Font size
WorksheetsTeka Peribahasa Melayu
Total questions: 60
Worksheet time: 45mins
Apakah maksud simpulan bahasa "nyawa-nyawa ikan"
sedang sakit
hampir mati
sedang berjuang
hampir ditimpa musibah
Jelaskan maksud peribahasa, "Bagai buluh ditarik songsang"?
Seseorang yang mendapat harta pusaka yang banyak, tidak tahu menggunakan harta itu.
Orang yang mendapat sesuatu barang yang disukai akan bersifat tamak dan tidak akan memberikan barang itu kepada orang lain.
Orang yang tidak mahu mengikut perubahan masa, padahal keadaan di sekelilingnya telah berubah.
Menunjukkan kesukaran mempengaruhi seseorang atau sesuatu kumpulan mengikut seperti yang dikehendaki.
Berikan peribahasa yang sama maksud atau hampir sama maksud dengan peribahasa berikut:-
"Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran"
Ibarat mendengar guruh di langit, air di tempayan dicurahkan.
Burung terbang dipipiskan lada
Ikan lagi di laut, lada garam sudah di sengkalan.
Rusa masih di hutan, kancah sudah dijerang
Jelaskan maksud peribahasa berikut:-
Ular menyusur akar, tidak akan hilang bisanya
Makin kaya (berilmu) makin sombong
Orang besar atau mulia tidak akan hilang atau jatuh martabatnya apabila merendah diri
Makin banyak ilmu atau makin tinggi pangkat makin merendah diri.
Orang yang jahat, jika bergaul dengan orang yang baik-baik tidak akan berubah tabiatnya.
Berikan maksud peribahasa di bawah :
Air beriak tanda tak dalam
Banyak bercakap tanda tidak berilmu.
Banyak bercakap tanda banyak ilmu.
Banyak bercakap menentukan kecerdikan seseorang.
Kurang bercakap menandakan sesorang yang pemalu
Membuat kerja sambilan sementara mendapat pekerjaan yang tetap.
Berikan peribahasa yang sesuai bagi penyataan di atas.
Berjagung-jagung dahulu sementara menanti padi masak.
Biar alah sabung, asalkan menang sorak.
Biar putih tulang, jangan putih mata.
Buang yang keruh, ambil yang jernih.
Berikan maksud peribahasa "jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya".
Pekerjaan yang tidak dapat diselesaikan, jangan kita kusutkan.
Sangat sedih atau kecewa dalam sesuatu perkara.
Sesuatu kejayaan tidak akan mampu dicapai sekiranya tiada usaha.
Sesuatu harapan yang hanya sia-sia.
Berikan maksud peribahasa "kalau kail panjang sejengkal, jangan lautan api hendak diduga".
Orang bodoh jangan bersaing dengan orang pintar, orang miskin jangan bersaing dengan orang kaya.
Sekiranya ilmu kita sedikit, jangan cuba hendak bertanding dengan orang yang lebih banyak pengalaman dan ilmu pengetahuan.
Menjawab dengan tepat dan benar.
Mendapat kesusahan dari orang yang diberi kepercayaan.
Apakah maksud "raja sehari"?
Orang yang berkuasa
Raja
Pengantin
Apakah maksud "ringan mulut"?
Suka bercakap
Pendiam
Peramah
Tidak suka bercakap
Apakah maksud "asam garam"?
Pengalaman hidup
Makanan yang tidak sedap
Apakah maksud "air muka"?
Berpeluh
Maruah
Apakah maksud "kepala batu"?
Tidak bijak
Enggan mengikut nasihat
Mujurlah kemarahan Syafiq terlerai setelah Adli memujuknya dengan kata-kata lembut. Jika tidak, sudah pasti lebam muka Johari.
berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul
air yang dingin juga yang dapat memadamkan api
besar kapal, besarlah gelombang
jika ular menyusur akar, tidak akan hilang bisanya
Sebagai orang tua, Fafa sedar bahawa dia perlu menegur kelakuan anak-anaknya daripada kecil kerana jika mereka sudah sampai ke tahap remaja, perangai mereka sukar dibentuk dan hati mereka telah menjadi keras.
melentur buluh biarlah dari rebungnya
menatang bagai minyak yang penuh
seperti labah-labah cinta akan telurnya
pelepah bawah luruh, pelepah atas jangan gelak
Remaja hari ini yang taksub melayari media sosial sepanjang hari hanya membuang masa dengan melakukan perkara yang tidak berfaedah.
nasi tak dingin, pinggan tak retak
seperti harimau menyembunyikan kukunya
membuang garam ke laut
pagi tidak dibuang, senja tidak dikejar
Sebagai ketua kelas, Iffah memang berdaya bingkas. Dia layak dijadikan suri teladan kerana bukan sahaja cerdik malah dia juga rajin.
Baik membawa resmi ayam betina
Besar kapal, besarlah gelombang
Seperti harimau menyembunyikan kukunya
Belum disuruh pergi sudah pergi, belum dipanggil sudah datang
Sejak pandemik ini bermula, ramai yang telah kehilangan pekerjaan dan akibatnya, ramai pelajar daripada keluarga yang berpendapatan rendah mengalami masalah kewangan. Pihak sekolah cuba membantu namun hanya mereka yang terbeban sahaja yang mengetahui penderitaan yang mereka tanggung.
Baik membawa resmi ayam betina
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul
Jika tidak dipecah ruyung, di mana boleh mendapat sagunya
Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, baik juga di negeri sendiri
Nayli sedar bahawa dia harus lebih gigih membaca novel bahasa Melayu untuk mendapatkan gred A dalam subjek itu. Jika dia malas, cita-citanya tidak akan tercapai.
Jika tidak dipecahkan ruyung, di mana boleh mendapat sagunya.
Genggam bara api biar sampai jadi arang
Belum disuruh pergi sudah pergi, belum dipanggil sudah datang
kalau kail panjang sejengkal, jangan lautan hendak diduga
Sebagai seorang pelajar yang berkeperluan khas dan sering diejek rakan-rakan, Didi tetap bersabar dan terus rajin berusaha ke sekolah demi mencapai kejayaan dan mendapat masa depan yang lebih cerah.
jika tidak dipecahkan ruyung, manakan mendapat sagunya
kalau kail panjang sejengkal, jangan lautan hendak diduga
melentur buluh biar dari rebungnya
genggam bara api, biar sampai jadi arang
Persengketaan dan perselisihan keluarga besar Datuk Lim tidak perlu digembar-gemburkan kerana pasti satu hari nanti ikatan mereka akan terjalin baik semula.
biduk lalu kiambang bertaut
carik-carik bulu ayam
air dicincang tidak akan putus
kilat dalam kilau, kabus dalam hujan
Lawatan ahli politik itu ke kampung Batu Kikir hari ini pasti ada tujuannya. Maklumlah, dua bulan lagi Pilihanraya Umum akan menjelang. Tentu dia ke sana kerana mahu mendapatkan kepercayaan orang kampung agar dia dapat memenangi kerusi dewan rakyat tahun ini.
seperti garam jatuh ke air
kilat dalam kilau, kabus dalam hujan
ada gula adalah semut
ada kerak adalah nasi
Fani sedih melihat nasib Manisah, temannya yang berbudi dan berhati mulia. Manisah sering dituduh mencuri di kelas hanya kerana keadaannya yang miskin. Sesungguhnya, Manisah tidak pernah melakukan perbuatan tersebut dan Fani pasti kawan-kawannya yang lain akan sedar akan kemuliaan hati Manisah suatu hari nanti.
air pun ada pasang surutnya
berani kerana benar, takut kerana salah
pelepah bawah luruh, pelepah atas jangan gelak
meski tertimbun dalam tanah, namun teras timbul juga
Anggota ekspidisi yang sesat itu terpaksa ___________ kerana bekalan makanan mereka semakin sedikit.
alas perut
ikat perut
makan hati
makan garam
Sikap Mak Munah yang _____________ itu menyebabkan jiran-jirannya berpecah-belah.
angkat muka
muka tembok
bermuka-muka
tebal muka
Adli tidak menyesal membeli kasut kulit yang mahal itu kerana baginya __________________________.
hati hendak, semua jadi
alah membeli, menang memakai
nasi sudah menjadi bubur
jauh panggang dari api
Puan Nurul _______________ oleh sikap anaknya yang tidak mahu mendengar nasihat itu.
membuang garam ke laut
makan hati berulam jantung
menangguk di air keruh
hidup segan, mati tak mahu
Orang yang bijak menggunakan masa pasti akan mencipta kejayaan dalam hidupnya kerana _________________.
masa itu emas
ilmu pelita hati
bertangguh itu pencuri masa
bahasa jiwa bangsa
Jurang perbezaan yang terlalu besar
Bagai tikus jatuh ke beras
Bagai bulan jatuh ke riba
Bagai dihiris dengan sembilu
Bagai langit dengan bumi
Orang yang selalu bertengkar
Bagai aur dengan tebing
Air dicincang tidak akan putus
Seperti anjing dengan kucing
Bagai dihiris sembilu
Seseorang yang dianggap tidak berguna dan tidak dipedulikan
Seperti rumput di tepi jalan
Bagai tikus jatuh ke beras
Berpantang maut sebelum ajal
Yang lama dikelek, yang baharu didukung
Kecelakaan yang terjadi secara tiba-tiba tanpa diduga.
Mendengar guruh di langit, air di tempayan dicurahkan
Malang tidak berbau
Bagai telur di hujung tanduk
Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna
Bagai tikus jatuh ke beras bermaksud
Seseorang yang berada dalam keadaan bahaya.
Seseorang yang tidak tahu untuk berbuat apa-apa.
Orang yang mendapat keuntungan dan kedudukan yang mewah.
Seseorang yang mengalami kerisauan.
Bagai dihiris dengan sembilu bermaksud
keadaan yang pilu, sedih atau sakit sekali
Keadaan kesakitan yang tiba-tiba
Muka pucat kerana kesakitan
Mencari arah tujuan
Bagai bulan jatuh ke riba bermaksud
Perkara khayalan
Angan-angan yang tidak akan menjadi kenyataan
Mendapat keuntungan besar dengan tiba-tiba
Mendapat kecelakaan
Berpantang maut sebelum ajal bermaksud
tidak akan menyerah kalah walaupun ajal
berusaha untuk mengelak sesuatu
tidak akan meninggal dunia jika belum tiba waktunya
berjaga-jaga dengan kehidupan mendatang.
Seperti halilintar membelah bumi
bunyi yang sangat kuat
hari penghabisan
seseorang yang terlalu marah
suasana cerah tiba-tiba
Perasaan yang sangat sedih, sakit dan pilu
bagai halilintar membelah bumi
bagai bulan jatuh ke riba
bagai dihiris dengan sembilu
bagai telur di hujung tanduk
Peribahasa yang sesuai bagi gambar tersebut ialah
Bagai halilintar membelah bumi
Bagai isi dengan kuku
Bagai anjing dengan kucing
Air dicencang tidak akan putus
Peribahasa yang paling tepat untuk gambar tersebut ialah
Bagai isi dengan kuku
Bagai dakwat dengan kertas
Bagai cincin dengan permata
Bagai bulan dipagar bintang
Lee dikatakan _____ kerana tidak tahu menghargai hadiah yang diberi oleh kawannya.
bagai itik pulang petang
bagai kera dapat bunga
bagai bertepuk sebelah tangan
bagai menatang minyak yang penuh
Sikap Carrie yang menganiaya Connie yang telah membantunya diibaratkan sebagai _____
bagai kumbang putus tali
seperti cincin dengan permata
bagai kelip-kelip terbang malam
bagai melepaskan anjing tersepit
Nasihat ibu kepada Ramesh _____ kerana Ramesh langsung tidak mempedulikan nasihatnya.
seperti sampah hanyut
seperti gergaji dua mata
seperti ayam patuk anaknya
bagai mencurah air ke daun keladi.
Jia Ling _____ kerana kurang membaca.
bagai abu di atas tunggal
bagai pinang dibelah dua
bagai bertepuk sebelah tangan
seperti katak di bawah tempurung
Pendatang asing yang baru datang bekerja di Kuala Lumpur itu _______
bagai itik pulang petang
seperti rusa masuk kampung
bagai bulan dipagari bintang
air dicencang tidak akan putus
Mak cik itu _____ apabila mendapati dompetnya hilang.
bagai ayam berak dapur
bagai ayam disambar helang
bagai kucing kehilangan anak
bagai mencurah air ke daun keladi
Menolong Rudi ______ kerana dia hanya mengharapkan simpati ahli keluarga tanpa mahu berusaha.
bagai aur dengan tebing
bagai bunyi periau pecah
bagai ayam dimakan tungau
bagai mendukung biawak hidup
Lily yang jelita ______ diminati oleh ramai pemuda.
seperti isi dengan kuku
bagai murai tercabut ekor
bagai bulan purnama penuh
seperti katak di bawah tempurung
Puan Lee dan suaminya berasa bimbang kerana keadaan anak mereka _______ setelah terlibat dalam kemalangan.
seperti cicak makan kapur
bagai telur di hujung tanduk
bagai sirih pulang ke gagang
seperti kerbau dicucuk hidung
