wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Sejarah bab 8 T4 : Pilihan Raya

Total questions: 50

Worksheet time: 25mins

Name
Class
Date
1.

Di manakah pilihan raya majlis perbandaran yang pertama diadakan? (Buku teks m/s 197)

a)

Kuala Lumpur

b)

George Town, Pulau Pinang

c)

Johor Bahru

d)

Alor Setar

2.

Antara berikut, yang manakah benar mengenai pilihan raya peringkat negeri 1954?

(Buku teks m/s 197)

I. Perikatan UMNO-MCA

II. Perikatan UMNO-MIC

III. Memenangi 250 daripada 300 kerusi

IV. Memenangi 226 daripada 268 kerusi

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

3.

Antara berikut yang manakah benar mengenai Jawatankuasa Pilihan Raya?

(Buku teks m/s 198)

I. 40 orang ahli

II. 46 orang ahli

III. mengkaji hal ehwal pilhan raya

IV. menetapkan kawasan pilihan raya

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

4.

Mengapakah Tunku Abdul Rahman berangkat ke London bersama Tan Cheng Lock, T. H. Tan dan Dato Abdul Razak Hussein pada 21 April 1954?

(Buku teks m/s199)

a)

Menentukan calon perdana menteri Tanah Melayu yang merdeka

b)

Menetapkan tarikh kemerdekaan

c)

Membincang tarikh pilihan raya

d)

Menentukan tiga perlima bilangan anggota MPP

5.

Badan ini membentuk 52 kawasan pilihan raya bagi Piilihan Raya Majlis Perundangan Persekutuan 1955. Badan yang dimaksudkan ialah

(Buku teks 200)

a)

Jawatankuasa Pilihan Raya

b)

Rang Undang-Undang Pilihan Raya Persekutuan Tanah Melayu

c)

Parti Perikatan

d)

Suruhanjaya Penentuan Sempadan Kawasan

6.

Apakah persamaan di antara pengundi dan calon Pilihan Raya Majlis Perundangan Persekutuan 1955 ?

(Buku teks m/s 200)

I. Warganegara Persekutuan Tanah Melayu

II. Berumur 21 tahun ke atas

III. Warganegara Persekutuan Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak

IV. Berumur 18 tahun ke atas

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

7.

Siapakah yang dilantik sebagai Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu yang pertama?

(Buku teks m/s 204)

a)

Dato Onn Jaafar

b)

Dato' Abdul Razak Hussein

c)

Tunku Abdul Rahman

d)

Dr. Ismail Abdul Rahman

8.

Siapakah yang menyandang jawatan Menteri Pelajaran dalam Kabinet pertama Persekutuan Tanah Melayu?

(Buku teks m/s 206)

a)

H. S. Lee

b)

V.T Sambanthan

c)

Dato' Abdul Razak Hussein

d)

Dr. Ismail Abdul Rahman

9.

"Hak atau kuasa penuh yang diberi kepadapihak tertentu sahaja."

Pernyataan di atas merujuk kepada maksud

(Buku teks m/s 206)

a)

Kuasa veto

b)

Model Westminister

c)

Sistem pemerintahan demokrasi

d)

Portfolio

10.

"Perikatan" merupakan gabungan (Buku teks m/s 197)

a)

UMNO dan MIC

b)

MCA dan MIC

c)

UMNO dan MCA

d)

UMNO dan British

11.

Berdasarkan keputusan Pilihan Raya Majlis Perundangan Persekutuan 1955, 51 kerusi dimenangi oleh Perikatan manakala satu kerusi dimenangi oleh

(Buku teks m/s 202)

a)

Parti Negara

b)

Parti Buruh

c)

Calon Bebas

d)

Parti Islam se-Tanah Melayu

12.

Pilih susunan yang betul Pilihan raya yang diadakan di Tanah Melayu?

a)

Peringkat Majlis Perbandaran,Peringkat Negeri,Peringkat Persekutuan

b)

Peringkat Negeri,Peringkat Perbandaran,Peringkat Persekutuan

c)

Peringkat Kampung,Peringkat Negeri,Peringkat Persekutuan

d)

Peringkat Wilayah,Peringkat Negeri,Peringkat Persekutuan

13.

Tandakan tiga kawasan yang terlibat dalam Pilihan Raya Majlis Perbandaran Kuala Lumpur 1952?

a)

Kuala Lumpur,Johor Baharu,Ipoh

b)

Seremban,Melaka,George Town

c)

Johor Baharu,Kota Baharu,Shah Alam

d)

Melaka,Kuala Terengganu,Pahang

14.

Apakah syarat untuk menjadi Pengundi dalam Pilihan Raya Majlis Perundangan Persekutuan 1955?

a)

Berumur 21 tahun ke atas

b)

Berumur 18 tahun ke atas

c)

Berumur 35 tahun ke atas

d)

Berumur 40 tahun ke atas

15.

Di manakah pilihan raya majlis perbandaran yang pertama diadakan? (Buku teks m/s 197)

a)

Kuala Lumpur

b)

George Town, Pulau Pinang

c)

Johor Bahru

d)

Alor Setar

16.

Antara berikut merupakan pilihan raya yang telah diadakan di Persekutuan Tanah Melayu secara berperingkat kecuali (T4 ms196)

a)

Pilihan raya Majlis Daerah

b)

Pilihan raya Majlis Perbandaran

c)

Pilihan raya Majlis Negeri

d)

Pilihan raya Majlis Perundangan Persekutuan

17.

Kerajaan telah mengadakan Pilihan raya Majlis Perundangan Persekutuan 1955.

Apakah tujuan utama pilihan raya tersebut? (T4 ms196)

a)

Perpaduan kaum dibentuk

b)

Proses memilih wakil rakyat

c)

Penggubalan undang-undang

d)

Penyatuan negara dikukuhkan

18.

Rajah di atas menunjukkan calon yang memenangi Pilihan raya Majlis Perundangan Persekutuan pada tahun 1955.

Apakah parti yang memenangi pilihan raya tersebut? (T4 ms202)

a)

Parti Buruh

b)

Parti Negara

c)

Parti Progresif

d)

Parti Perikatan

19.

Kabinet pertama telah diketuai oleh Tunku Abdul Rahman.

Apakah kesan perlantikan kabinet tersebut? (T4 ms206)

a)

Perpaduan antara kaum tercapai

b)

Penjajahan baru tidak berulang

c)

Pentadbiran negara berjalan lancar

d)

Penggubalan perlembagaan negara

20.

Apakah ikhtibar daripada peristiwa orang ramai menghulurkan derma kepada rombongan Tunku Abdul rahman ke London?

a)

Kepentingan bekerjasama

b)

Pelaksanaan pilihan raya

c)

Kepentingan untuk bekerjasama

d)

Pemulihan kuasa golongan raja

21.

Mengapakah Pilihan Raya Umum Pertama perlu diadakan?

a)

Menghalang British campur tangan semula dalam pentadbiran negara

b)

Merintis jalan ke arah kemerdekaan

c)

Memberi peluang penduduk merasai suasana pilihan raya

22.

Apakah tugas Jawatankuasa Pilihan Raya yang dibentuk pada 1 Februari 1946?

a)

Memantau calon-calon yang hendak bertanding

b)

Memberikan dana kempen kepada calon bertanding

c)

Mengkaji hal ehwal pilihan raya yang akan dijalankan

23.

Rombongan Tunku Abdul Rahman telah berangkat ke London pada 21 April 1946. Apakah tujuan rombongan tersebut?

a)

Menyatakan hasrat menentukan tiga perlima bilangan anggota MPP yang dipilih melalui pilihan raya

b)

Membuat lawatan ke Parlimen London untuk menimba ilmu dalam aspek pentadbiran

c)

Menetapkan tarikh kemerdekaan negara

24.

Mengapakah Suruhanjaya Penentuan Sempadan Kawasan ditubuhkan?

a)

Meluluskan lambang parti calon

b)

Menentukan kawasan pilihan raya

c)

Mengendalikan kempen pilihan raya

25.

Apakah kandungan laporan Pilihan Raya Pertama Majlis Perundangan Persekutuan Tanah Melayu 1955?

a)

Penerangan berkaitan proses pilihan raya

b)

Senarai calon yang layak diundi

c)

Kebaikan pelaksanaan pilihan raya

26.

Gambar berikut berkaitan dengan calon yang memenangi pilihan raya Majlis Perundangan Persekutuan 1955. Apakah parti yang memenangi pilihan raya tersebut?

a)

Parti Buruh

b)

Parti Negara

c)

Parti Perikatan

27.

Pilihan raya tempatan pertama di Sarawak telah diadakan pada tahun 1956. Apakah matlamat pilihan raya tersebut?

a)

Pengundian untuk menyertai Persekutuan Tanah Melayu

b)

Persediaan ke arah berkerajaan sendiri

c)

Penyelesaian penyatuan pelbagai kaum

28.

Mengapakah rakyat pelbagai kaum menyokong pilihan raya di Sarawak?

a)

Memilih wakil dalam kerajaan

b)

Menentang peluasan kuasa Brooke

c)

Mengatasi pertelingkahan antara ketua

29.

Kuching telah dibahagikan kepada beberapa kawasan dalam piliihan raya Kuching Municipal Council. Berapakah pembahagian kawasan tersebut?

a)

Tujuh kawasan

b)

Sembilan kawasan

c)

Sepuluh kawasan

30.

Apakah tugas Setiausaha Kolonial bagi Kerajaan Tempatan di Sabah?

a)

Ketua pengira undi

b)

Pendaftar pengundi

c)

Penguasa pilihan raya

31.

Apakah pilihan raya yang terawal di negara kita?

a)

Pilihan raya negeri

b)

Pilihan Raya Majlis Bandaran Kota Bharu

c)

Pilihan Raya Majlis Perbandaran George Town

d)

Pilihan Raya Majlis Perbandaran Kuala Lumpur

32.

pakah tujuan kerajaan mengadakan Pilihan Raya Majlis Perundangan Persekutuan 1955?

a)

Perpaduan kaum dibentuk

b)

Proses memilih wakil rakyat

c)

Penggubalan undang-undang

d)

Penyatuan negara diperkukuh

33.

Kerajaan Persekutuan telah menubuhkan sebuah jawatankuasa untuk mengkaji hal ehwal pilihan raya yang akan dijalankan.

Apakah jawatankuasa tersebut?

a)

Jawatankuasa Pilihan Raya

b)

Jawatankuasa Perundingan Perpaduan

c)

Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum

d)

Jawatankuasa Perundangan Persekutuan

34.

Mengapakah Jawatankuasa Pilihan Raya bagi Majlis Mesyuarat Persekutuan dibentuk?

a)

Membentuk Kabinet pertama

b)

Membolehkan Perikatan memenangi pilihan raya umum

c)

Meluluskan Ordinan Pilihan Raya

d)

Mengkaji dan membuat cadangan tentang pilihan raya umum

35.

Apakah kepentingan pilihan raya peringkat awal di negara kita?

a)

Memperkenalkan birokrasi Barat

b)

Menyedarkan rakyat tentang demokrasi

c)

Menggalakkan kerjasama politik

d)

Membolehkan rundingan kemerdekaan

36.

Perikatan UMNO-MCA telah memenangi 226 kerusi daripada 268 kerusi yang dipertandingkan dalam pilihan raya peringkat

a)

Majlis Negeri

b)

Majlis Perbandaran

c)

Majlis Daerah

d)

Majlis Perundangan Persekutuan

37.

Pilihan Raya X.

# Pilihan raya pertama diadakan

# Bertujuan memilih 9 orang ahli Pesuruhjaya Perbandaran

Di manakah pilihan raya X diadakan?

a)

Ipoh, Perak

b)

Bangsar, Kuala Lumpur

c)

Alor Setar, Kedah

d)

George Town, Pulau Pinang

38.

Apakah implikasi daripada pilihan raya pada peringkat awal?

a)

Mengelakkan perpecahan kaum

b)

Menyedarkan rakyat tentang amalan demokrasi

c)

Membolehkan pemimpin mendapat jawatan yang diminati

d)

Menyeru rakyat mempelajari perundangan negara

39.

Dalam Pilihan Raya Majlis Perbandaran Kuala Lumpur 1952, UMNO bahagian Kuala Lumpur dan MCA bahagian Selangor mengadakan kerjasama dan bergabung. Gabungan tersebut dikenali sebagai __________.

a)

Perikatan

b)

Permuafakatan

c)

Persepakatan

d)

Persefahaman

40.

Dalam pilihan raya peringkat negeri 1954, Perikatan UMNO-MCA telah memenangi 226 daripada 268 kerusi yang dipertandingkan.

Apakah kesimpulan yang dapat diambil daripada kemenangan tersebut?

a)

Manifesto yang bagus mudah memenangi hati rakyat

b)

Penerimaan masyarakat terhadap kerjasama kaum dalam politik

c)

Masyarakat mula sedar tentang kepentingan berpolitik

d)

Parti yang memperjuangkan kepentingan kaum mempunyai masa depan yang cerah

41.

Apakah DUA sebab Pilihan Raya Umum Pertama diadakan?

a)

Memilih anggota Majlis Perundangan Persekutuan

b)

Menggalakkan kerjasama politik pelbagai kaum

c)

Menyelesaikan isu yang berkaitan dengan perundangan

d)

Usaha awal ke arah kemerdekaan negara

42.

# Tunku Abdul Rahman

# Tan Cheng Lock

# Dato' Abdul Razak Hussein

Apakah tujuan mereka ke London pada 21 April 1954?

a)

Menyelesaikan isu berkaitan dengan kaum

b)

Mendapatkan sokongan Britishdalam pembentukan kerajaan

c)

Menentukan bentuk susunan MPP yang dikehendaki

d)

Merundingkan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu

43.

Apakah kepentingan Rang Undang-Undang Pilihan Raya Persekutuan Tanah Melayu yang diluluskan pada 18 hingga 19 Ogos 1954?

a)

Menetapkan syarat pilihan raya

b)

Membolehkan pembentukan kerajaan sendiri

c)

Mengenal pasti bentuk susunan MPP

d)

Membolehkan pilihan raya Persekutuan Tanah Melayu diadakan

44.

Apakah DUA syarat untuk menjadi seorang pengundi?

a)

Berumur 19 tahun ke atas

b)

Warganegara Persekutuan Tanah Melayu

c)

Berumur 21 tahun ke atas

d)

Berpengetahuan dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris

45.

Apakah DUA persamaan syarat sebagai calon dan pengundi?

a)

Umur

b)

Tempat tinggal

c)

Pekerjaan

d)

Kewarganegaraan

46.

Apakah peranan Suruhanjaya Penentuan Sempadan Kawasan?

a)

Meluluskan lambang parti calon

b)

Mengendalikan kempen pilihan raya

c)

Menentukan kawasan pilihan raya

d)

Menjalankan pendaftaran parti politik

47.

Pilihan raya Majlis Perundangan Persekutuan telah diadakan pada tahun 1955. Apakah parti yang memenangi pilihan raya tersebut?

a)

Parti Buruh

b)

Parti Progresif

c)

Parti Negara

d)

Parti Perikatan

48.

Pada 1 Februari, Jawatankuasa Pilihan Raya telah dibentuk denan 46 orang ahli. Antara berikut, yang manakah DUA bentuk penyata susunan MPP Bentuk A?

a)

60 orang yang dipilih melalui pilihan raya

b)

Tidak menetapkan tarikh pilihan raya

c)

Seorang ahli tidak rasmi

d)

Pilihan raya diadakan tidak lewat daru bulan November 1954

49.

Bagaimanakah cara pemilihan anggota Majlis Perundangan Persekutuan (MPP)?

a)

Dipilih melalui pilihan raya

b)

Dipilih berdasarkan kelayakan

c)

Dipilih melalui keturunan

d)

Dipilih berdasarkan pengalaman

50.

Sebelum Pilihan Raya MPP, Siapakah yang berkuasa melantik anggota dalam Majlis Perundangan Persekutuan ?

a)

Pesuruhjaya Tinggi British

b)

Gabenor NNS