wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PERENGGAN PENUTUP PT3

Total questions: 11

Worksheet time: 6mins

Name
Class
Date
1.

Pilih penyataan yang tepat tentang menulis kesimpulan.

a)

Merumuskan keseluruhan karangan

b)

Membuat andaian tentang isi karangan

c)

Membuat kesimpulan sekurang kurangnya dua perenggan

2.

Apakah kaedah menulis kesimpulan ?

a)

menggunakan kaedah ayat kesimpulan, ayat cadangan dan ayat harapan

b)

menggunakan kaedah kesimpulan mengikut sendiri

c)

membuat kesimpulan yang pendek dan ringkas

3.

Apakah yang dimaksudkan dengan'' Ayat Cadangan '' dalam perenggan penutup

a)

Membuat cadangan lain berbentuk KBAT

b)

Memberi cadangan yang relevan dan mengaitkan dimensi dengan fokus arahan yang diberikan.

c)

Membuat huraian yang panjang

4.

Berikut merupakan cadangan pengolahan perenggan kesimpulan karangan kecuali .........

a)

Kesimpulan berkaitan tajuk

b)

Saranan atau cadangan

c)

Harapan

d)

Contoh

5.

Adakah perenggan penutup penting?

a)

Tidak

b)

Ya

6.

Sila pilih penanda wacana yang sesuai untuk perenggan penutup.

a)

Tuntasnya

b)

Antaranya

c)

Selain itu

d)

Oleh itu

7.

Adakah calon perlu menyebutkan setiap isi penting yang digunakan di dalam perenggan penutup?

a)

Ya

b)

Tidak

8.

Intihanya, penderaan kanak-kanak merupakan perbuatan keji yang dilarang keras oleh agama. Oleh itu, sayangilah kanak-kanak kerana merekalah aset pada masa hadapan. Ingatlah bahawa anak-anak itu ialah amanah daripada Tuhan dan jagalah amanah Tuhan ini sebaik-baiknya.


Adakah perenggan penutup tersebut lengkap?

a)

Ya

b)

Tidak

9.

Apakah kata kunci bagi perenggan penutup tersebut?


Tuntasnya, banyak langkah yang dapat diimplimentasikan bagi mengatasi gejala buli di sekolah. Sesungguhnya, gejala buli ini perlu dibanteras ke akar umbi untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih kondusif, seterusnya dapat melahirkan generasi muda yang mampu mnegharumkan nama negara di persada dunia.

a)

Faktor-faktor peningkatan gejala buli dalam kalangan pelajar.

b)

Kesan-kesan yang dihadapi oleh mangsa buli.

c)

Langkah-langkah mengatasi gejala buli di sekolah.

d)

Peranan guru alam mengatasi gejala buli di sekolah.

10.

Sila pilih karangan yang tidak memerlukan perenggan penutup.

a)

Fakta

b)

Ringkasan

c)

Cereka

d)

Surat kiriman rasmi

11.

Tuntasnya, masalah ketagihan merokok dapat dicegah melalui pelbagai usaha.


Ayat di atas merupakan ayat?

a)

Ayat cadangan

b)

Ayat rumusan

c)

Ayat harapan

d)

Ayat amaran