wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KSSM FiziK Ting.5: 7.2 Kesan Fotoelektrik

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Kesan fotoelektrik ialah pelepasan ____________ dari permukaan logam setelah disinari alur cahaya yang mempunyai frekuensi tertentu

a)

elektron

b)

proton

c)

neutron

d)

plasma

2.

Siapakah orang pertama yang menemui kesan fotoelektrik?

a)

Albert Einstein

b)

Heinrich Hertz

c)

James Clerk Maxwell

d)

J.J. Thompson

3.

Apakah ramalan ahli fizik klasik tentang kesan fotoelektrik?

(Lebih dari satu jawapan)

a)

Semakin tinggi kecerahan (intensiti) cahaya kejadian, semakin besar tenaga elektron yang dipancarkan dari permukaan.

b)

Setiap frekuensi gelombang cahaya sepatutnya dapat melepaskan elektron, dengan syarat keamatan yang munasabah dikekalkan.

c)

Sekiranya cahaya insiden mempunyai keamatan yang rendah (terlalu lemah), maka permukaan logam mesti didedahkan secara berterusan untuk beberapa waktu sehingga gelombang yang cukup menyerang permukaan untuk melepaskan elektron.

d)

Kesan fotoelektrik memerlukan foton dengan tenaga yang menghampiri sifar (dalam kes afinion elektron negatif) hingga lebih dari 1 MeV untuk elektron teras dalam unsur-unsur dengan bilangan atom yang tinggi.

4.

Senaraikan ciri kesan fotoelektrik.

(Lebih dari satu jawapan)

a)

semakin tinggi frekuensi foton cahaya, semakin tinggi tenaga kinetik fotoelektron yang dipancarkan daripada permukaan logam

b)

frekuensi minimum bagi suatu logam yang boleh mengeluarkan elektron dikenali sebagai frekuensi ambang, 

c)

keamatan cahaya yang bertambah tidak menyebabkan fotoelektron mempunyai tenaga kinetik yang lebih tinggi

d)

fotoelektron dipancar secara serta merta apabila permukaan logam disinari cahaya

5.

Berikut merupakan aplikasi kesan fotoelektrik..............

(Lebih dari satu jawapan)

a)

Pengesan cahaya pada pintu automatik

b)

Stesen angkasa antarabangsa (ISS)

c)

Sel solar

d)

Pengesan imej

6.

Apakah maksud fotoelektron?

a)

Pengeluaran elektron daripada suatu permukaan logam apabila permukaan itu disinari suatu alur cahaya

b)

Frekuensi minimum yang diperlukan untuk menghasilkan elektron

c)

Pengeluaran elektron daripada suatu permukaan logam yang dipanaskan

d)

Pergerakan elektron dari katod ke anod

7.

Pernyataan manakah yang betul tentang kesan fotoelektrik?

a)

Semakin tinggi keamatan cahaya, semakin tinggi tenaga kinetik fotoelektron

b)

Kesan fotoelektrik boleh berlaku pada sebarang frekuensi gelombang cahaya

c)

Pemancaran fotoelektron tidak dipengaruhi oleh keamatan cahaya

d)

Pemancaran fotoelektron bergantung pada keamatan cahaya

8.

Dalam kesan fotoelektrik, jika panjang gelombang bagi cahaya tuju bertambah

a)

Tenaga kinetik purata bagi fotoelektron berkurang

b)

Tenaga kinetik maksimum bagi fotoelektron bertambah

c)

Tenaga kinetik minimum bagi fotoelektron bertambah

d)

Fungsi kerja bagi logam sasaran bertambah

9.

Rajah menunjukkan keputusan eksperimen bagi penyiasatan hubungan antara voltan pengaktifan, V dan frekuensi, f bagi cahaya tuju.

Kecerunan bagi graf bergantung kepada

a)

keamatan cahaya tuju

b)

panjang gelombang cahaya tuju

c)

fungsi kerja bagi logam sasaran

d)

pemalar Planck

10.

Keamatan bagi sumber cahaya monokromatik telah digandakan. Momentum bagi setiap foton cahaya akan

a)

bertambah sebanyak empat kali

b)

berganda

c)

tidak berubah

d)

menjadi separuh

11.

Kesan fotoelektrik berikut hanya dapat dijelaskan dengan menganggap bahawa cahaya terdiri daripada zarah kecuali

a)

tiada kelewatan masa antara sinar tuju dan pembebasan elektron

b)

peningkatan keamatan cahaya akan menambahkan bilangan elektron yang dibebaskan

c)

peningkatan frekuensi sinaran akan menambahkan fotoarus

d)

frekuensi cahaya yang melebihi frekuensi ambang membolehkan elektron dibebaskan daripada permukaan logam

12.

Gas manakah yang berikut diisikan ke dalam sel fotoelektrik?

a)

Helium

b)

Nitrogen

c)

Neon

d)

Hidrogen

13.

Sel foto ialah suatu alat untuk

a)

menyimpan foton

b)

mengukur keamatan cahaya

c)

menukar tenaga foton kepada tenaga elektrik

d)

mengukur kadar pancaran fotoelektron

14.

Kesan fotoelektrik diterangkan oleh

a)

Hertz

b)

De Broglie

c)

Planck

d)

Einstein

15.

Tenaga kinetik maksimum bagi fotoelektron yang dipancarkan dari permukaan logam bergantung kepada

a)

keamatan sinaran tuju

b)

jenis permukaan logam yang digunakan

c)

panjang gelombang sinaran tuju

d)

suhu permuekaan logam yang digunakan

16.

Frekuensi ambang, f0 ialah frekuensi __________ yang boleh menghasilkan kesan fotoelektrik pada satu jenis logam.

a)

maksimum

b)

minimum

c)

optimum

17.

Pilih 2 ciri kesan fotoelektrik yang betul

a)

semakin tinggi frekuensi foton cahaya, semakin tinggi tenaga kinetik fotoelektron yang dipancarkan daripada permukaan logam

b)

Cahaya yang terang mempunyai kandungan tenaga yang tinggi dan boleh mengeluarkan elektron dengan cepat

c)

keamatan cahaya yang bertambah tidak menyebabkan fotoelektron mempunyai tenaga kinetik yang lebih tinggi

d)

Kesan fotoelektrik boleh berlaku pada sebarang frekuensi gelombang cahaya.

18.

Pilih 2 ciri kesan fotoelektrik yang betul

a)

Cahaya yang malap mempunyai kandungan tenaga cahaya yang rendah, maka elektron memerlukan masa yang lebih panjang untuk menyerap tenaga yang cukup bagi membolehkannya terlepas

b)

frekuensi minimum bagi suatu logam yang boleh mengeluarkan elektron dikenali sebagai frekuensi ambang, 

c)

gelombang cahaya merupakan spektrum yang mempunyai tenaga selanjar

d)

fotoelektron dipancar secara serta merta apabila permukaan logam disinari cahaya

19.

Apakah 3 ramalan ahli fizik klasik tentang kesan fotoelektrik?

a)

Semakin tinggi kecerahan (intensiti) cahaya kejadian, semakin besar tenaga elektron yang dipancarkan dari permukaan.

b)

Setiap frekuensi gelombang cahaya sepatutnya dapat melepaskan elektron, dengan syarat keamatan yang munasabah dikekalkan.

c)

Sekiranya cahaya insiden mempunyai keamatan yang rendah (terlalu lemah), maka permukaan logam mesti didedahkan secara berterusan untuk beberapa waktu sehingga gelombang yang cukup menyerang permukaan untuk melepaskan elektron.

d)

Kesan fotoelektrik memerlukan foton dengan tenaga yang menghampiri sifar (dalam kes afinion elektron negatif) hingga lebih dari 1 MeV untuk elektron teras dalam unsur-unsur dengan bilangan atom yang tinggi.

20.

Senaraikan 4 ciri utama kesan fotoelektrik.

a)

Untuk logam dan frekuensi yang ditentukan, jumlah fotoelektron yang dipancarkan berkadar terus dengan intensiti cahaya kejadian.

b)

Untuk logam tertentu, terdapat frekuensi tertentu di bawah di mana pelepasan fotoelektrik tidak berlaku. Frekuensi ini dipanggil frekuensi ambang.

c)

Setiap frekuensi gelombang cahaya sepatutnya dapat melepaskan elektron, dengan syarat keamatan yang munasabah dikekalkan.

d)

Untuk frekuensi yang lebih besar daripada frekuensi ambang, tenaga kinetik fotoelektron bergantung pada frekuensi atau panjang gelombang tetapi tidak pada intensiti cahaya.

e)

Pelepasan fotoelektrik adalah proses seketika. Jeda masa antara kejadian radiasi dan pelepasan elektron adalah 10^-9 saat.