Font size
WorksheetsTatabahasa BM Tahun 6
Total questions: 100
Worksheet time: 51mins
"__________ mesti belajar bersungguh-sungguh jika mahu berjaya," kata Cikgu Aziz kepada kami.
Kamu
Anda
Awak
Kalian
"Cikgu Rashidah menyuruh __________ menghantar borang senarai semak UPSR dengan segera," kata Musyidah kepada kawan-kawannya.
saya
kamu
kita
kalian
Sifat _____________ yang ditunjukkan oleh tuan rumah menyenangkan hati para tetamu.
remeh-temeh
kelam-kabut
ramah-tamah
keluh-kesah
Musim kemarau telah menyebabkan kawasan tadahan air itu ________________.
gembar-gembur
serba-serbi
gundah-gulana
kering-kontang
Mulut pelakon itu ____________ menghafal skrip sebelum penggambaran dijalankan.
comot-momot
simpang-siur
kumat-kamit
kusut-masai
______________ digunakan untuk menyimpan pelbagai peralatan seperti peralatan dapur terutama di rumah Melayu lama.
Pepara
Pepohon
Kekuda
Kekabu
Bantal atau tilam yang disi dengan _____________ mampu bertahan hingga 20 tahun.
kekabu
dedaun
pepohon
tetupai
________________tayar basikal Fateh patah akibat terjatuh di tepi bukit itu .
Jejari
Kekisi
Jeriji
Kekuda
Kalau hanya _____________, semua usaha anda tidak akan menghasilkan kejayaan.
berkobar-kobar
berangan-angan
andai-andaian
berkejar-kejaran
Mereka berjuang ___________ bagi mempertahankan tanah air daripada ditawan musuh.
berperang-perangan
bertembak-tembakan
bermati-matian
berbunuh-bunuhan
Sarimah ______________ kucing kesayangannya selepas pulang dari sekolah.
mengusap-usap
memicit-micit
mencubit-cubit
mengurut-urut
Pertandingan itu terbahagi ______________ dua kategori, iaitu murid Tahap Satu dan murid Tahap Dua.
dari
pada
kepada
daripada
Ayah menggantungkan jam baharu itu __________________ dinding di ruang tamu.
di
ke
pada
Seminar Bahasa Melayu itu telah dihadiri oleh para peserta ........................ Sabah dan Sarawak.
daripada
hingga
sampai
dari
Barang-barang perhiasan tembaga itu ___________ oleh Puan Suraya sehingga berkilat.
dilap
disapu
dicalit
digilap
Baju Ching Ting sudah ________kerana kerap dipakainya.
uzur
lusuh
layu
kelam
Encik Hamidi menyampaikan pendapatnya dengan suara yang lantang dalam mesyuarat itu.
Pilih perkataan sinonim bagi lantang.
kuat
hebat
cepat
ragu
Kami menikmati panorama indah di Pulau Tioman itu ketika berkunjung ke sana pada hujung tahun lepas.
Pilih perkataan sinonim bagi menikmati.
mendapati
mengingati
menghayati
menggemari
Banyak projek perumahan terbengkalai semasa pandemik Covid 19 yang melanda dunia pada masa kini.
Pilih perkataan sinonim bagi terbengkalai.
terhenti
tertinggal
tertangguh
tertunda
Encik Lim sering menggalakkan anak bongsunya supaya mengikut jejak langkah abang-abangnya yang telah berjaya.
Pilih perkataan sinonim bagi menggalakkan.
membiarkan
membasmi
mencegah
mendorong
Kedatangan kami ke kilang itu telah disambut dengan mesra oleh pengurus kilang.
Pilih perkataan antonim bagi disambut.
diherdik
ditolong
diburu
dihalau
Rakyat Malaysia perlu sentiasa berganding bahu demi kemajuan negara.
Pilih perkataan antonim bagi kemajuan.
kesejahteraan
kesusahan
kemunduran
kemelesetan
Kerja-kerja mengorek lubang itu perlu dilakukan dengan segera sebelum hujan turun.
menimbus
menutup
menanam
menggali
Pilih perkataan antonim bagi perkataan berikut
kampung
bandar
malang
Pilih perkataan antonim bagi perkataan berikut
bertuah
malang
meningkat
Maksud simpulan bahasa 'tangkai jering' ialah
Orang yang kedekut
Orang yang tamak
Orang yang rajin
Maksud simpulan bahasa 'otak udang' ialah
Orang yang pandai
Orang yang bodoh
Orang yang menjual udang
Maksud simpulan bahasa 'kera sumbang' ialah
Suka memelihara haiwan
Tidak suka bergaul dengan orang lain
Menyayangi haiwan
Maksud simpulan bahasa 'nyawa - nyawa ikan' ialah
Hampir mati
Ikan yang masih hidup
Hidup dalam air
Aishah Humairah ialah seorang ______________ yang disenangi para pensyarah universitinya.
mahasiswa
mahasiswi
peragawan
peragawati
Tuan Haji Amirul diminta menulis _________________ bagi buku terbitan Doktor Hafiz yang berjudul "Covid-19".
tatabahasa
dwibahasa
prakata
prasekolah
Kakinya berdarah kerana ________ tunggul kayu.
tersepak
menyepak
disepak
bersepak
Ibu membeli cecair_________________ di kedai untuk membuat kuih lapis.
mengwarna
diwarna
mewarna
pewarna
Hanis Sofia _________ gambar pemandangan di atas Gunung Everest.
merakam
terakam
berakam
dirakam
__________ keputusan peperiksaan boleh dibuat melalui Internet.
Semaki
Menyemak
Semakan
Penyemakan
"Tolong __________ salam saya kepada keluarga kamu," kata Ali kepada Ahmad.
sampaikan
kesampaian
penyampaian
menyampaikan
"__________ kaki kamu mengikut muzik yang dimainkan," kata Cikgu Nazira kepada murid- muridnya.
Hentakan
Hentakkan
Penghentak
Menghentak- hentak
Janet ____pengalamannya bercuti kepada kawan-kawan karibnya.
penceritaan
diceritakan
menceritakan
______ tarian itu mendapat tepukan yang gemuruh daripada para penonton.
Persembahan
Mempersembahkan
Dipersembahkan
Pak Busu akan __________ pembedahan pada minggu hadapan.
menjalani
menjalankan
perjalanan
dijalankan
Di belakang pondok itu terdapat se ____________________ pokok buluh yang merimbun.
ruas
pohon
batang
rumpun
Cikgu Tiaga menulis beberapa __________________ ayat pada papan tulis.
baris
patah
rangkap
untai
Peminta sedekah itu meminta belas kasihan untuk mendapatkan se __________________ nasi.
gugus
cubit
suap
butir
Cikgu Shikin mengayuh bot berbentuk angsa di ________ tasik.
dalam
sisi
tengah
bawah
Cikgu Wan Hassan telah meminta murid-muridnya supaya melukis __________ sebuah rumah mesra alam.
reka bentuk
reka cipta
Mereka memotong kepingan papan menggunakan __________ berdasarkan lakaran rumah yang telah dilukis dengan berhati-hati.
gerudi tangan
gergaji tangan
Projek yang telah dirancang itu akan melibatkan ______________ orang ibu bapa murid.
para
semua
beberapa
sesetengah
Festival makanan itu mempamerkan ______ jenis kuih tempatan yang terdapata di Malaysia.
sebahagian
seluruh
pelbagai-bagai
pelbagai
Katherina mendapat tempat _______ dalam pertandingan lari 100 meter dalam sukan tahunan.
satu
kesatu
johan
pertama
Ibrahim ...........dipilih sebagai olahragawan sekolah pada tahun 2020 atas kejayaannya mengharumkan nama sekolah.
pernah
belum
dapat
"Jangan sekali-kali minum air yang.......dimasak", pesan Cikgu Rosni.
belum
akan
sudah
Suasana di desa menjadi _______ kerana banyak penduduk berehat awal.
longlai
langsai
longgar
lengang
Wajah Tze Yan kelihatan ______ kerana dia baru sembuh daripada sakit.
putih
pucat
lebam
kuning
Kipas siling itu berputar dengan _______ setelah dibersihkan kotorannya.
ligat
deras
gopoh
kencang
Gaun pengantin perempuan itu labuh sehingga mencecah lantai.
Pilih perkataan antonim bagi labuh.
cetek
renek
suntuk
singkat
Penghuni diseru agar berpindah segera memandangkan dinding bangunan itu sudah _______ .
retak
patah
bocor
kendur
Ayam itu ________ dengan bahan-bahan seperti bawang, serai dan halia supaya rasanya lebih sedap.
dibilas
diperap
dibenam
direndam
Mercu tanda yang _______ indah di bandar raya itu menarik banyak pelancong.
terpaku
tercegat
tersergam
tercengang
Johan ________ daripada menyertai lawatan sambil belajar ke pusat kraf tangan.
menarik diri
meminta diri
membuta tuli
mengikut jejak
Idham melarikan diri dan membiarkan adiknya dituduh sedangkan dirinya yang melakukan kesalahan.
Pilih simpulan bahasa yang sesuai dengan pernyataan di atas.
pilih kasih
langkah kiri
lepas tangan
kera sumbang
Azman amat tekun menjalankan kerja-kerjanya seperti ______________ .
ayam berak kapur
kera mendapat bunga
anai-anai makan kayu
kerbau dicucuk hidung
Nasib nelayan itu _________ kerana botnya yang buruk itu akan karam pada bila-bila masa sahaja apabila ditimpa ombak kuat.
seperti telur di hujung tanduk
seperti melukut di tepi gantang
seperti pungguk rindukan bulan
seperti embun di hujung rumput
Encik Kamal sangat suka akan kereta idaman yang mahal itu tetapi dia sedar akan kemampuan dirinya yang sederhana.
Pilih peribahasa yang sesuai dengan pernyataan di atas.
Hangat-hangat tahi ayam
Beri betis hendakkan paha
Ukur baju di badan sendiri
Indah khabar daripada rupa
Nenek tidak mampu untuk mengunyah daging yang _________ kerana dia sudah tidak bergigi.
liat macam getah
kasar macam pasir
masam macam cuka
pahit macam hempedu
Tenaga kerja yang _______ dalam bidang perkilangan amat diperlukan dalam negara membangun.
arif
mahir
matang
canggih
Hao Min berasa ______ kerana terpaksa berpisah dengan rakan-rakannya.
gerun
gusar
pilu
lena
Minyak masak ________ ke tangan kakak semasa dia sedang menggoreng ayam.
tersiar
tersebar
terpercik
tercampak
Nenek Sarah masih suka _______ nasi dengan menggunakan kayu api.
merebus
menanak
mendidih
menjerang
Mak Cik Limah ______ kelapa untuk memasak kari daging kegemaran anak-anaknya.
mengikis
menghiris
mengukur
mencencang
Kedua-dua buah syarikat gergasi itu ______ kerjasama dalam bidang perhotelan untuk meluaskan sektor perusahaan mereka.
dijalin
jalinan
terjalin
menjalinkan
Datuk mengikat se________ lidi dengan rapi untuk dijadikan penyapu lidi.
laras
cucuk
berkas
kelompok
Se________ penjenayah telah diberkas oleh pihak polis dalam suatu operasi semalam.
pasukan
angkatan
jambangan
gerombolan
Sekolah itu mengadakan minggu ________ untuk murid-murid baharu.
temu ramah
temu duga
janji temu
suai kenal
Abang kelihatan gugup semasa menghadiri sesi _______ di syarikat itu.
temu ramah
temu duga
janji temu
suai kenal
Kakak Liza berpakaian cantik kerana dia mempunyai ________ pada malam ini.
temu ramah
temu duga
janji temu
suai kenal
Sesi ________ bersama dengan atlet terkemuka itu berlangsung selama 30 minit.
temu ramah
temu duga
janji temu
suai kenal
Cik Suriana seorang yang penyayang dan sentiasa menjaga __________ .
tatasusila
mahasiswi
sukarelawati
prasekolah
Hati abang _______ apabila mendapati komputer ribanya hilang dicuri perompak.
kucar-kacir
kusut-masai
remuk-redam
porak-peranda
Suara seseorang meminta pertolongan __________ kedengaran dari arah hutan itu.
sayup-sayup
samar-samar
jarang-jarang
nyaris-nyaris
Pelbagai jenis kenderaan dan peralatan ketenteraan yang canggih dipamerkan dalam pameran Hari Tentera Darat itu.
Pilih perkataan sinonim bagi canggih.
moden
ganjil
pelik
unik
Kelab Seni Fotografi itu akhirnya dibubarkan kerana tiada sambutan daripada murid-murid.
Pilih perkataan antonim bagi dibubarkan.
diadakan
ditubuhkan
diwujudkan
dibangunkan
