Worksheetsair pada suhu bilik
Total questions: 10
Worksheet time: 3hrs 30mins
Haba daripada air panas mengalir ke persekitaran dari tempat yang panas ke tempat yang ___________
panas
sejuk
Rajah menunjukkan sebatang sudu besi yang diletakkan di dalam segelas air panas. Apakah perubahan yang berlaku pada sudu besi tersebut selepas 1 minit?
Sudu besi menjadi sejuk
Sudu besi menjadi panas
Sudu besi menjadi bengkok
Sudu besi tidak mengalami sebarang perubahan
Rajah menunjukkan semangkuk sup panas yang diletakkan di atas sebuah meja. Apakah yang boleh dilakukan untuk mengelakkan sup panas daripada kehilangan haba dengan lebih cepat?
Kacau sup panas itu dengan sudu
Letakkan ketulan ais ke dalam sup panas itu
Pindahkan sup panas itu ke dalam mangkuk yang lebih besar
Tutup mangkuk yang berisi sup panas itu dengan sebuah piring
Jika air didih ditambahkan ke dalam bikar berisi air suam, apa yang akan terjadi kepada suhu air dalam bikar itu?
Menaik
Menjadi 100℃
Menurun menjadi 0℃
Tiada perubahan
Tangan berasa _________ apabila menerima haba daripada sudu besi
sejuk
tiada perubahan
panas
Air yang masih panas ___________ diminum
boleh
tidak boleh
Apakah yang akan berlaku apabila suatu objek menerima haba?
Objek itu menjadi semakin kecil
Objek itu menjadi semakin sejuk
Suhu objek itu akan menurun
Suhu objek itu akan meningkat
JIKA MASA PEMANASAN AIR BERTAMBAH, MAKA SUHU AIR ____________ MANAKALA JIKA MASA PENYEJUKAN AIR BERTAMBAH, MAKA SUHU AIR ______________.
BERTAMBAH, BERKURANG
BERTAMBAH, BERTAMBAH
BERKURANG, BERTAMBAH
BERKURANG, BERKURANG
MENGAPAKAH SUHU AIR BERTAMBAH APABILA DIPANASKAN? (INFERENS)
kerana air kehilangan haba
kerana bacaan termometer meningkat
kerana air menerima haba
kerana api Penunu Bunsen tidak dipadamkan
Apakah yang berlaku apabila sebuah bikar yang berisi air suam dibiarkan menyejuk?
Air itu kehilangan haba
Air itu menerima haba
Air itu menjadi lebih panas
Aras air menaik
