Font size
WorksheetsKata Sendi Nama Tahap 2 SJK
Total questions: 12
Worksheet time: 6mins
Mak Cik Esah sedang menunggu anaknya pulang _______ Kuala Lumpur.
dengan
terhadap
daripada
dari
Banyak manfaat (நன்மைகள்) kita peroleh _______ ceramah itu.
daripada
akan
antara
dari
Faizal mengirim sepucuk surat __________ kawannya.
ke
dari
kepada
antara
Pak Mus bekerja di ladang kelapa sawitnya dari pagi hingga _______ petang.
di
ke
pada
kepada
Maria membeli sehelai selendang ______ ibunya sebagai hadiah hari jadi.
demi
untuk
daripada
bagi
Cikgu Maya menasihatkan kami supaya mempunyai rasa belas kasihan _______ haiwan.
terhadap
hingga
dalam
oleh
Majlis rumah terbuka Encik Halili itu berlangsung ______ pagi _______ ke petang.
daripada...... sehingga
dari........ hingga
sejak..... ke
pada.... hingga
Surat yang ayah baca itu _______ abang yang berada di luar negara .
dari
daripada
kepada
untuk
Berita _______ bencana alam itu disiarkan di televisyen dari semasa ke semasa .
akan
dengan
tentang
antara
Menteri-menteri Kesihatan Asean itu sedang berbincang __________wabak COVID di Thailand.
tentang
dalam
terhadap
oleh
”Tolong sampaikan pesanan saya ini _______ Kamil,”kata Siva kepada Chee Hong.
untuk
kepada
bagi
pada
Dia menerima sepucuk surat _______ abangnya yang menuntut di luar negara.
dari
daripada
pada
di
