Font size
WorksheetsT4B6 ANCAMAN KOMUNIS DAN PERISYTIHARAN DARURAT
Total questions: 23
Worksheet time: 12mins
Siapakah pengasas ideologi komunisme?
Hasanoesi
Karl Marx
Tan Malaka
Boedisoejitro
Berikut merupakan bandar-bandar penubuhan cawangan Parti Kuomintang di negara kita KECUALI
Shah Alam
Melaka
Kuala Lumpur
Sungai Petani
Bilakah perisytiharan Darurat?
17 Jun 1948
16 Mei 1948
17 Mei 1948
16 Jun 1948
Apakah peristiwa yang membawa kepada perisytiharan Darurat?
Pelancaran perjuangan bersenjata bagi menubuhkan Republik Komunis di Tanah Melayu
Pembunuhan tiga orang pengurus ladang Eropah di Sungai Siput, Perak
Penyebaran fahaman komunis di Tanah Melayu
Pengikut komunis digesa supaya memperhebatkan perjuangan kuasa imperialis di setiap negara Asia
Berikut merupakan tindakan Parti Komunis Malaya (PKM) dalam melumpuhkan ekonomi British di Tanah Melayu KECUALI
Mengganggu kerja harian di lombong dan ladang
Merosakkan pokok getah, kilang, kedai dan sekolah
Pemerdagangan manusia
Lori dibakar
Apakah tindakan yang dilakukan oleh British dalam penguatkuasaan undang-undang Darurat bagi menangani ancaman Komunis?
Mewujudkan pasukan yang dikenali sebagai Special Constables
Menubuhkan Home Guard
Mengenakan hukuman berat kepada sesiapa sahaja yang membantu pihak komunis
Senoi Praaq ditubuhkan untuk mengesan tempat persembunyian komunis di dalam hutan
Apakah tujuan Pendaftaran Kebangsaan dan Kad Pengenalan diperkenalkan oleh British pada zaman Darurat?
memudahkan penduduk tempatan menerima bantuan dari kerajaan British
memudahkan penduduk di Tanah Melayu untuk berkahwin
memudahkan penduduk di Tanah Melayu mendapatkan pekerjaan di luar negara
memudahkan pihak keselamatan membezakan orang awam dengan komunis
Berdasarkan gambar berikut,siapakah tokoh tersebut?
Adam Weishaupt
Friedrich Engels
Karl Marx
Martin Luther
Pilih buku yang ditulis oleh Karl Marx untuk ideologi komunis
pertubuhan yang manakah membawa masuk pengaruh komunis di negara kita?
Parti Kuomintang (KMT)
Parti Komunis Malaya ( PKM)
Malayan Democratic Union (MDU)
Malayan People's Anti Japanese Army
Apakah ideologi yang diasaskan oleh kedua-dua tokoh berikut?
• Karl Marx
• Friedrich Engels
Demokrasi
Sekularisme
Komunisme
Nasionalisme
Mengapakah fahaman komunis tidak mendapat sambutan daripada orang Melayu?
Menggunakan kekerasan
Dikuasai oleh kaum Cina
Dianggap fahaman baharu
Bimbang ditangkap British
Mengapakah British mengharamkan PKM pada tahun 1948?
Menentang British secara kekerasan
Menjalinkan hubungan dengan Jepun
Menuntut kemerdekaan Tanah Melayu
Menjejaskan ekonomi dan keselamatan negara
Apakah sumbangan Sir Edward Gent?
Mengharamkan PKM
Mengisytiharkan darurat
Melonggarkan syarat kewarganegaraan
Senarai berikut menunjukkan tindakan komunis pada tahun 1948.
• Merosakkan ladang
• Menyerang lombong
Melumpuhkan ekonomi
Mencetuskan huru-hara
Menubuhkan kerajaan baharu
Menentang pentadbiran British
Senarai berikut menunjukkan negara yang membantu membanteras komunis di Tanah Melayu.
• Australia
• New Zealand
• Afrika Timur
Apakah pasukan keselamatan yang boleh dikaitkan dengan senarai tersebut?
Senoi Praaq
Home Guard
Askar Komanwel
Sarawak Rangers
Apakah cabaran British mewujudkan Kampung Baru dalam Rancangan Briggs?
Memerlukan kos yang besar
Mendapatkan tapak yang sesuai
Menyediakan kemudahan moden
Melibatkan penduduk pinggir hutan
Apakah yang boleh dikaitkan dengan organisasi berikut?
• Memberi maklumat
• Membekalkan makanan
• Membekalkan ubat-ubatan
MPAJA
Home Guard
Min Yuen
Apakah persamaan kedua-dua program berikut?
• Memenangi kepercayaan Orang Asli
• Melonggarkan syarat kewarganegaraan
Di bawah rancangan Perang Saraf
Dilancarkan dalam Rancangan Briggs
Diperkenalkan oleh Sir Henry Gurney
Dilaksanakan melalui Perintah Berkurung
Ancaman komunis semasa Zaman Darurat menyebabkan kerajaan menekankan aspek pertahanan bertujuan memulihkan keamanan.
Apakah kesan tindakan tersebut?
Membangunkan kawasan luar bandar
Menjejaskan pembangunan sosioekonomi
Mewujudkan sistem perhubungan yang cekap
Meningkatkan pergantungan terhadap kuasa luar
Terdapat dua buah negara di Asia yang terlibat dalam penyebaran fahaman komunis, iaitu (ms 146)
[pilih 2 jawapan]
Indonesia
Vietnam
Kemboja
China
Mengapakah Parti Komunis Malaya (PKM) bertambah kuat semasa pendudukan Jepun? (ms 147)
[Pilih 2 jawapan]
Mendapat bantuan kewangan
Memiliki kemudahan pengangkutan
Mendapat sokongan penduduk tempatan
Memperolehi bekalan senjata daripada British
Apakah tindakan komunis yang menggugat
keamanan dan kestabilan negara
Melumpuhkan ekonomi
Merosakkan infrastruktur
Membunuh pemimpin tempatan
Mendesak supaya menyokong komunis
