wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

AYAT AKTIF DAN PASIF SPM

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Kami sedang menonton televisyen ketika ibu ke pasar pagi tadi.

a)

Ayat Pasif

b)

Ayat Aktif

2.

Pelajar kelas tingkatan 5 sedang diberikan taklimat SPM oleh guru kelas mereka masing-masing.

a)

Ayat Pasif

b)

Ayat Aktif

3.

Tukarkan ayat berikut kepada ayat pasif.


Farah Aina akan membentangkan tugasan novel yang telah disiapkan sejak dua hari yang lepas.

a)

Tugasan novel yang telah disiapkan sejak dua hari yang lepas akan dibentangkan oleh Farah Aina.

b)

Sejak dua hari yang lepas, tugasan yang disiapkan oleh Farah Aina akan dibentangkan.

c)

Tugasan novel yang telah disiapkan akan dibentangkan oleh Farah Aina sejak dua hari yang lepas.

4.

Tukarkan ayat di bawah menjadi ayat aktif.


Patung beruang yang dibelikan oleh ayah akan saya simpan dengan elok kerana itu adalah hadiah untuk saya.

a)

Saya akan simpan dengan elok patung beruang yang ayah belikan kerana itu adalah hadiah untuk saya.

b)

Patung beruang yang ayah belikan akan disimpan dengan elok oleh saya kerana itu adalah hadiah untuk saya.

c)

saya akan menyimpan patung beruang yang dibelikan oleh ayah dengan elok kerana itu adalah hadiah untuk saya.

5.

Ayat di bawah merupakan ayat aktif.


Jumadi telah dinaikkan pangkat sebagai Ketua Pengawas oleh Cikgu Asman kerana kewibawaannya.

a)

Salah

b)

Betul

6.

Pilih ayat pasif yang betul daripada ayat di bawah. Anda boleh memilih lebih daripada satu jawapan.

a)

Masjid itu telah dibersihkan oleh pihak Jabatan Kesihatan Kinabatangan untuk mencegah penularan virus korona.

b)

Cikgu Dini memberikan modul Sejarah SPM untuk dijawab oleh pelajarnya sepanjang waktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

c)

Virus yang disebarkan melalui udara ini perlu dihentikan oleh kita semua.

7.

Tukarkan ayat aktif ini kepada ayat pasif.

Saya menyapu krim pada roti untuk sarapan.

a)

Krim disapu pada roti oleh saya untuk sarapan.

b)

Krim saya sapu pada roti untuk sarapan.

c)

Untuk sarapan, krim disapu pada roti oleh saya.

d)

Menyapu krim pada roti untuk sarapan saya.

8.

Tukarkan ayat aktif ini kepada ayat pasif.

Ayah mengambil masa selama satu jam untuk membasuh kereta.

a)

Mengambil masa selama satu jam untuk membasuh kereta ayah.

b)

Untuk membasuh kereta, ayah mengambil masa selama satu jam

c)

Masa selama satu jam ayah ambil untuk membasuh kereta.

d)

Masa selama satu jam diambil oleh ayah untuk membasuh kereta.

9.

Tukarkan ayat aktif ini kepada ayat pasif.

Pihak sekolah akan memperkenalkan satu peraturan baharu untuk semua murid.

a)

Akan memperkenalkan satu peraturan baharu untuk semua murid pihak sekolah.

b)

Satu peraturan baharu pihak sekolah akan perkenalkan untuk semua murid.

c)

Satu peraturan baharu akan diperkenalkan oleh pihak sekolah untuk semua murid.

d)

Satu peraturan baharu pihak sekolah akan memperkenalkan untuk semua murid.

10.

Tukarkan ayat aktif ini kepada ayat pasif.

Puan Aisyah telah menggubah bunga yang cantik itu.

a)

Bunga yang cantik itu telah digubah oleh Puan Aisyah.

b)

Telah menggubah bunga yang cantik itu Puan Aisyah.

c)

Bunga yang cantik itu telah Puan Aisyah gubah.

d)

Puan Aisyah yang cantik itu telah menggubah bunga.

11.

Tukarkan ayat aktif ini kepada ayat pasif.

Hanif menelan ubat yang disediakan oleh Hasif dengan terpaksa.

a)

Ubat yang disediakan oleh Hasif Hanif menelan dengan terpaksa.

b)

Ubat yang disediakan oleh Hanif ditelan oleh Hasif dengan terpaksa.

c)

Ubat yang disediakan oleh Hasif ditelan oleh Hanif dengan terpaksa.

d)

Ubat yang disediakan oleh Hasif Hanif telan dengan terpaksa.

12.

Tukarkan ayat aktif ini kepada ayat pasif.

Mak Suri menggalas bungkusan kain itu di atas bahunya.

a)

Bungkusan kain itu digalas oleh Mak Suri di atas bahunya.

b)

Bungkusan kain itu Mak Suri galas di atas bahunya.

c)

Menggalas bungkusan kain itu di atas bahunya Mak Suri.

d)

Di atas bahunya Mak Suri menggalas bungkusan kain itu.

13.

Tukarkan ayat aktif ini kepada ayat pasif.

Pihak pemaju telah memberikan penjelasan kepada penduduk tentang projek pembinaan itu.

a)

Telah memberikan penjelasan pihak pemaju kepada penduduk tentang projek pembinaan itu.

b)

Penjelasan telah pihak pemaju berikan kepada penduduk tentang projek pembinaan itu.

c)

Pihak pemaju telah berikan penjelasan kepada penduduk tentang projek pembinaan itu.

d)

Penjelasan telah diberikan oleh pihak pemaju kepada penduduk tentang projek pembinaan itu.

14.

Tukarkan ayat aktif ini kepada ayat pasif.

Kami membawa kemajuan di kampung dengan cara tersendiri.

a)

Kemajuan di kampung kami bawa dengan cara tersendiri.

b)

Membawa kemajuan di kampung dengan cara tersendiri kami.

c)

Kemajuan di kampung dibawa oleh kami dengan cara tersendiri.

d)

Kemajuan di kampung kami membawa dengan cara tersendiri.

15.

Tukarkan ayat aktif ini kepada ayat pasif.

Produk itu dapat memberikan kesan yang positif terhadap kesihatan manusia.

a)

Kesan yang positif dapat produk itu berikan terhadap kesihatan manusia.

b)

Dapat memberikan kesan yang positif terhadap kesihatan manusia produk itu.

c)

Kesan yang positif dapat diberikan oleh produk itu terhadap kesihatan manusia.

d)

Terhadap kesihatan manusia produk itu dapat memberikan kesan yang positif.

16.
Tukarkan ayat pasif berikut kepada ayat aktif yang betul. Bola itu ditendang oleh Syafiq Rahim.
a)
Syafiq Rahim menendang bola itu.
b)
Syafiq Rahim menendang bolanya itu.
c)
Syafiq Rahim yang menendang itu bola.
d)
Yang menendang bolanya ialah Syafiq Rahim.
17.
Tukarkan ayat pasif berikut kepada ayat aktif yang betul. Bola itu ditendang oleh Syafiq Rahim.
a)
Syafiq Rahim menendang bola itu.
b)
Syafiq Rahim menendang bolanya itu.
c)
Syafiq Rahim yang menendang itu bola.
d)
Yang menendang bolanya ialah Syafiq Rahim.
18.
Tukarkan ayat pasif berikut kepada ayat aktif yang betul. Cadangan itu kami sokong.
a)
Cadangan itu menyokong kami.
b)
Cadangan kami mendapat sokongan.
c)
Kami menyokong cadangan itu.
d)
Para penyokong menyokong cadangan kami.
19.
Tukarkan ayat pasif berikut kepada ayat aktif yang betul. Makmal Sains itu dirasmikan oleh Datuk Bandar.
a)
Datuk Bandar merasmikan Makmal Sains itu.
b)
Datuk merasmikan Makmal Sains itu di bandar.
c)
Datuk merasmikan Makmal Sains bandar itu.
d)
Persatuan Sains merasmikan Makmal Datuk Bandar itu.
20.
Tukarkan ayat pasif berikut kepada ayat aktif yang betul. Air milo ini dibancuh oleh Puan Faridah pagi tadi.
a)
Puan Faridah bancuh pagi tadi air milo ini.
b)
Puan Faridah pagi tadi bancuh air milo ini .
c)
Air milo ini membancuh Puan Faridah pagi tadi.
d)
Puan Faridah membancuh air milo ini pagi tadi.