WorksheetsKuiz Sains Bab 1 F4
Total questions: 15
Worksheet time: 11mins
Apakah fungsi topeng muka?
Melindungi hidung dan mulut daripada terhidu bahan kimia yang sengit.
Menjaga kebersihan diri.
Kelihatan profesional.
Melindungi mata daripada terkena bahan kimia berbahaya.
Antara berikut, yang manakah bukan peralatan perlindungan diri?
Kasut bertutup
Baju makmal
Tali leher
Gogal
Maklumat berikut menerangkan tentang sejenis peralatan.
Digunakan untuk menjalankan eksperimen melibatkan bahan yang mudah meruap, mudah terbakar, beracun dan mengakis.
Maklumat tersebut merujuk kepada
kabinet aliran laminar
kebuk wasap
penyiram kecemasan.
pembilas mata.
Rajah 1 menunjukkan sebuah peralatan perlindungan diri di dalam makmal.
Apakah kegunaan peralatan ini?
Membilas dan mencuci tangan yang terkena bahan kimia.
Menjalankan eksperimen yang menggunakan bahan yang mudah meruap, mudah terbakar, beracun dan mengakis
Mengelakkan pencemaran semasa menjalankan eksperimen berkaitan dengan mikrobiologi.
Membersihkan dan membilas bahagian badan atau pakaian yang terkena bahan kimia.
Antara berikut, bahan yang manakah boleh dibuang ke dalam singki?
Bahan reaktif
Bahan buangan radioaktif
Logam berat
Asid yang mempunyai pH 5.5
Rajah 2 menunjukkan sebuah peralatan perlindungan diri di dalam makmal.
Apakah peralatan tersebut?
Kabinet aliran laminar
Kebuk wasap
Penyiram kecemasan
Pembilas mata
Sarung tangan terletak dalam kategori bahan sisa apa?
Kategori A
Kategori B
Kategori C
Kategori D
Antara berikut, yang manakah merupakan bahan sisa kategori C?
Jarum
Darah
Haiwan uji kaji
Medium kultur
Antara berikut, yang manakah cara untuk melupuskan picagari?
Dilupuskan secara terus ke dalam sistem kumbahan melalui singki makmal.
Dibungkus dengan cermat dan disimpan sementara di dalam peti sejuk beku sebelum dilupuskan
Dimasukkan ke dalam beg plastik biobahaya dan diautoklaf
Disimpan sementara di tempat yang selamat sebelum dibuang
Apakah warna label alat pemadam kebakaran jenis serbuk kering?
Merah
Krim
Hitam
Biru
Apakah jenis kebakaran yang melibatkan logam seperti magnesium dan natrium?
Kelas A
Kelas C
Kelas D
Kelas F
Apakah jenis alat pemadan kebakaran dengan label berwarna hitam?
Buih
Karbon dioksida
Air
Serbuk kering
Antara pernyataan berikut, yang manakah salah tentang selimut kebakaran?
Boleh digunakan untuk semua jenis kebakaran
Diperbuat daripada dua lapisan gentian kaca.
Memadamkan api pada badan mangsa
Mampu memadamkan api yang susah dipadamkan oleh air
Alat pemadam kebakaran jenis karbon dioksida boleh digunakan untuk memadamkan api melibatkan bahan berikut, kecuali
petrol
kayu
minyak masak
gas LPG
Antara berikut, yang manakah merupakan contoh jenis kebakaran kelas A?
Melibatkan kerosin
Melibatkan minyak masak
Melibatkan peralatan elektrik
Melibatkan kayu
