wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

UEC 2016C

Total questions: 15

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.

Lengkapkan ayat-ayat di bawah ini dengan memilih jawapan yang paling tepat.

Kakak membalut luka jari adik dengan se _______ kain.

a)

carik

b)

helai.

c)

bidang

d)

keping

2.

Selepas makan malam, ibu suka ___________ di tepi pantai.

a)

berlari-lari

b)

bersiar-siar

c)

berlumba-lumba

d)

berlepak-lepak

3.
___________ Pameran Senjata Api Malaysia ke-15 akan diadakan?
a)
Apakah
b)
Bilakah
c)
Siapakah
d)
Bagaimanakah
4.
Orang asli dari tanah tinggi Cameron __________ tikar untuk dijual.
a)
menenun
b)
menjahit
c)
menyulam
d)
menganyam
5.
Michelle __________ seorang gadis yang buta melintasi jalanraya yang sibuk itu.
a)
memangku
b)
mengusung
c)
memimpin
d)
menggongong
6.
___________ murid-murid, ingatlah bahawa budi yang baik akan sering dikenang orang!
a)
Wahai
b)
Eh
c)
Aduhai
d)
Oh
7.
Pokok-pokok jagung di kebun itu ___________ akibat ditiup angin kencang petang tadi"
a)
bongkok
b)
serong
c)
senget
d)
condong
8.
Pejabat Encik Chan __________ setelah dipecah masuk oleh pencuri semalam.
a)
berselerak
b)
berkeliaran
c)
berlonggok
d)
berguguran
9.
Marcus terpaksa __________ pada setiap hujung bulan kerana tidak merancang perbelanjaannya.
a)
makan hati
b)
patah hati
c)
ikat perut
d)
potong leher
10.
Adik Wilson lebih pandai _________ abangnya dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia.
a)
oleh
b)
dari
c)
kepada
d)
daripada
11.
Jam yang tergantung __________ dinding itu sudah tidak bergerak kerana bateri sudah rosak.
a)
di
b)
ke
c)
pada
d)
dari
12.
"Jika tuanku izinkan, _________ mohon turut serta dalam rombongan tersebut," sembah Tun Ali kepada Sultan Mansuh.
a)
tuan hamba
b)
hamba
c)
beta
d)
patik
13.
Jasa pahlawan-pahlawan Tanah Melayu menentang _________ haruslah diingati oleh rakyat Malaysia.
a)
penjajah
b)
pengkhianat
c)
penjenayah
d)
pemerintah
14.
Pengetua menasihati pelajar-pelajar agar mereka _________ mementingkan pencapaian dalam bidang akademik __________ dalam bidang ko-kurikulum.
a)
sama ada ... ataupun
b)
sungguhpun ... tetapi
c)
bagaimana... begitulah
d)
bukan sahaja ... tetapi juga
15.
Yang mana satukah ayat tunggal?
a)
Liza mengajak Sin Woan dan Ratna ke bandar.
b)
Mona menyapu lantai dan mengelap tingkap yang kotor.
c)
Baik abang mahupun kakak mempunyai kegemaran yang sama.
d)
Sultan Johor akan merasmikan majlis pembukaan Sukan Malaysia.