WorksheetsPENTAKSIRAN GEOGRAFI TINGKATAN 2 OGOS/SEPTEMBER 2021
Total questions: 30
Worksheet time: 30mins
Mengapakah jaringan jalan raya lebih banyak tertumpu di Pantai Barat berbanding dengan Pantai Timur di Semenanjung Malaysia?
Kawasan bebas bencana alam
Kegiatan ekonomi yang pelbagai
Kawasan berpendudk jarang
Kos pembinaan yang rendah
Apakah nama lebuh raya yang bertanda X di dalam peta?
Lebuh raya Utara-Selatan
Lebuhraya Timur-Barat
Lebuhraya Pantai Timur
Lebuhraya Persekutuan
Stesen kereta api apakah yang menjadi stesen persimpangan antara pantai timur dengan pantai barat Semenanjung Malaysia?
Stesen Kereta Api Gemas
Stesen Kereta Api Ipoh
Stesen kereta Api Seremban
Stesen Kereta Api Pelabuhan Klang
Turn Table Manual terakhir yang digunakan di Tumpat , Kelantan sejak 108 tahun lalu berfungsi sebagai?
Mengubah lokomoif unuk penyelenggaraan
Meminimumkan penggunaan bahan bakar
Mengurangkan pencemaran bunyi lokomotif
Memusingkan lokomotif bagi menukarkan arah kedudukan ruang pemandu
Negeri manakah yang tidak mempunyai landasan kereta api di Malaysia?
Kelantan
Pahang
Terengganu
Sabah
Lapangan terbang antarabangsa yang bertanda B seperti dalam rajah di atas ialah?
Lapangan Terbang Antarabangsa Senai
Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur
Lapangahn Terbang Antarabangsa Pulau Pinang
Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi
Apakah kelebihan menggunakan perkhidmatan pengangkutan diatas?
Menggalakkan kemasukan pelancong dalam dan luar negara
Mengurangkan jarak perjalanan
Berupaya mengangkut kontena yang banyak
Mengangkut barangan tanpa had
Pelabuhan yang menyediakan perkhidmatan pemunggahan, pemnyimpanan dan penyerahan bagi barangan pukal kering, pecah pukal, pecah cecair dan kargo berbahaya ialah?
Pelabuhan Kuantan
Pelabuhan Klang
Pelabuhan Tanjung Pelepas
Pelabuhan Pulau Pinang
Pelabuhan utama yang manakah mengendalikan urusan import dan eksport di Utara Semenanjung Malaysia?
Pelabuhan Johor
Pelabuhan Bintulu
Pelabuhan Pulau Pinang
Pelabuhan Tanjung Pelepas
Mengapakah sistem pengangkutan Rel Bersepadu seperti LRT, MRT serta Monorel diperkenalkan dibandar-bandar utama seperti di Kuala Lumpur?
Mengurangkan kos pengangkutan
Mengurangkan kesesakan lalulintas
Mengindahkan landskap bandaraya
Meningkatkan taraf hidup penduduk
Perkhidmatan Pengangkutan awam seperti feri di Pulau Pinang suatu masa lalu adalah penting untuk?
Mengurangkan pencemaran air
Menggalakkan integrasi nasional
Menarik pelabur asing
Mengurangkan kesesakan lalu lintas
Perkembangan jaringan pengangkutan di kawasan seperti Bintulu, Sarawak dan Kerteh, Terengganu dipengaruhi oleh?
Sumber Mineral
Kegiatan Pertanian
Kemajuan Teknologi
Perdagangan antarabangsa
Mengapakah jaringan pengangkutan adalah kurang maju di kawasan berlorek di dalam peta?
Kawasan berpaya
Kawasan yang terlindung
Kawasan yang perlu ditambak
Kawasan tanah tinggi dan terpencil
Keupayaan kerajaan membina Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah di Pulau Pinang sehingga menjadi jambatan terpanjang di Malaysia berkait rapat dengan faktor?
Dasar Kependudukan
Kemajuan Teknologi
Revolusi Perindustrian 4
Bentuk muka bumi
Apakah kesan perkembangan pengangkutan terhadap masyarakat di Malaysia?
Memperluaskan aktiviti dalam talian
Meningkatkan mobiliti penduduk
Mewujudkan petempatan baru
Pengangkutan yang murah
Apakah kepentingan pengangkutan awam seperti e-panggilan berikut?
Mengurangkan kos perjalanan
Mewujudkan peluang pekerjaan
Mengendalikan urusan perdagangan
Membangunkan kawasan pedalaman.
Apakah kelebihan penggunaan kereta elektrik dan hibrid?
Menjimatkan penggunaan bahan api
Mengurangkan kesesakan lalu lintas
Membebaskan gas monoksida
Menjimatkan masa perjalanan
Bagaimanakah amalan pengangkutan lestari dapat memelihara alam sekitar?
Moden dan berkelajuan tinggi
Penggunaan bahan bakar yang mesra alam
Melalui kawasan rendah dan rata
Meningkatkan kos dan bahan api
Apakah alat telekomunikasi yang diperkenalkan oleh British pada tahun 1876 untuk urusan pentadbiran di Tanah Melayu?
Telegraf
Telefon
Mesin Faks
Satelit
Alat telekomunikasi ini dilengkapi dengan aplikasi media sosial seperti Facebook, Instagram, Twitter, WeChat, Whatsapp, Telegram serta permainan maya. Alat ini lebih tepat merujuk kepada?
Mesin Faks
Telefon Bimbit
Telefon Pintar
Satelit
Sateli bumi pertama Malaysia seperti dalam gambar diatas dibina di ?
Kuantan
Pulau Langkawi
Cyberjaya
Sematan
Syarikat telekomunikasi diatas memainkan peranan penting dalam memajukan industri telekomunikasi di Malaysia. Syarikat telekomunikasi tersebut merujuk kepada?
Maxis Berhad
Telekom Malaysia Berhad
Telekom Melaka Berhad
Time dotCom Berhad
Apakah peranan Koridor Raya Multimedia ( MSC )
Menyediakan telefon talian tetap dan memajukan industri telekomunikasi negara.
Meluaskan jalur lebar ke serata pelusuk negara.
Menarik syarikat-syarikat berteknologi tinggi untuk memajukan industri ICT tempatan.
Mewujudkan jaringan internet dan perisian komputer.
Bagaimanakah kemajuan telekomunikasi membantu dalam pembangunan ekonomi Malaysia?
Meluaskan perdagangan antarabangsa
Meningkatkan kemahiran pekerja
Meningkatkan taraf kesihatan pekerja
Mempercepatkan kemasukan buruh asing
Apakah kepentingan sistem telekomunikasi moden dalam membangunkan masyarakat Malaysia?
Meningkatkan kualiti pendidikan
Meningkatkan hubungan dalam kalangan ahli keluarga
Menyediakan pekerjaan berpendapatan lumayan
Meningkatkan mobiliti penduduk
Perkhidmatan teleperubatan telah dilaksanakan di beberapa hospital di Malaysia yang bertujuan untuk?
Memberi rawatan percuma
Mengurangkan kos perubatan
Memberi rawatan terbaik kepada pesakit
Menggalakkan perkongsian kepakaran doktor
Pernyaaan yang manakah betul tentang e-dagang?
Meramal cuaca dengan lebih terperinci
Membekalkan imej data yang lebih jelas
Menyediakan perkhidmatan telefon tetap
Perkhidmatan dan jual beli dilakukan atas talian
Semasa musim Pandemik Covid-19 ini, sebahagian penduduk Malaysia memanfaatkan kemudahan telekomunikasi untuk tujuan berikut, kecuali?
Membuat pesanan makanan melalui atas talian
Mendapatkan maklumat serta laporan harian Covid-19
Belajar dan bekerja di rumah
Menyebarkan berita palsu dan negatif
Apakah kepentingan utama penggunaan internet kepada pelajar?
Murid dapat berbual dengan rakan-rakan
Maklumat pelajaran diperoleh dengan cepat
Murid dapat menonton banyak video hiburan secara percuma
Murid dapat menonton persembahan langsung di dalam kelas
Apakah tindakan yang patut dilakukan apabila anda melihat laman web atau maklumat yang bersifat negatif?
Menyebarkan dengan segera
Memberi penilaian yang tinggi
Menyimpan untuk koleksi peribadi
Melaporkan kepada pihak yang berkenaan
