Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Latihan Objektif Sejarah T5B8 (Set 2)

Total questions: 20

Worksheet time: 20mins

Name
Class
Date
1.

Maklumat berikut berkaitan dengan strategi Dasar Ekonomi Baru (DEB).


- membasmi kemiskinan

- X


Apakah X?

a)

Menambah peluang pekerjaan

b)

Menyusun semula masyarakat

c)

Memacu peranan sektor swasta

d)

Memperkukuh perpaduan rakyat

2.

Rancangan Buku Hijau peringkat kebangsaan telah dilancarkan oleh Tun Abdul Razak Hussein pada 20 Disember 1974.

Mengapakah Rancangan Buku Hijau diperkenalkan?

a)

Memajukan pelbagai jenis perindustrian

b)

Mempercepatkan pembangunan wilayah

c)

Menggalakkan kemasukan pelabur asing

d)

Menambah pengeluaran bahan makanan

3.

Maklumat berikut berkaitan dengan agensi yang ditubuhkan oleh kerajaan.


1973 - Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP)


Bagaimanakah agensi tersebut membantu petani?

a)

Menstabilkan harga padi

b)

Melalui kegiatan koperasi

c)

Memasarkan hasil tanaman

d)

Membantu penanaman getah

4.

Senarai di bawah merujuk kepada dana unit amanah yang dilancarkan dalam Dasar Ekonomi Baru (DEB).


- Amanah Saham Nasional (ASN)

- Amanah Saham Bumiputera (ASB)


Apakah kepentingan program tersebut?

a)

Memberi kemudahan kredit

b)

Menawarkan kursus kemahiran

c)

Menambah pemilikan saham bumiputera

d)

Menggalakkan orang ramai membuat pelaburan

5.

Pembangunan kemudahan fizikal dan alam sekitar dititikberatkan dalam Dasar Pembangunan Nasional (DPN).

Bagaimanakah usaha tersebut dilaksanakan?

a)

Pembukaan tanah baharu

b)

Penggunaan teknologi hijau

c)

Program Penanaman semula

d)

Penguatkuasaan undang-undang

6.

Agensi berikut telah diswastakan oleh kerajaan melalui Dasar Penswastaan


- Keretapi Tanah Melayu - Keretapi Tanah Melayu Berhad

- Jabatan Penerbangan Awam - Malaysia Airports Berhad


Apakah faktor yang mempengaruhi tindakan tersebut?

a)

Meluaskan pasaran

b)

Meningkatkan produktiviti

c)

Menambahkan kualiti perkhidmatan

d)

Mengimbangi pemilikan harta antara kaum

7.

Apakah usaha kerajaan untuk memperbaiki ketidakseimbangan pembangunan wilayah dalam Dasar Pembangunan Nasional (DPN)?

a)

Penyebaran industri terpilih

b)

Pelaburan asing dipertingkatkan

c)

Pelaksanaan program pembangunan bandar

d)

Penglibatan bumiputera dalam sektor perusahaan

8.

Kawasan Estet Perindustrian dibangunkan sebagai bandar terancang yang lengkap hasil kejayaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan Dasar Pembangunan Nasional (DPN).

Apakah badan yang dipertanggungjawabkan terhadap kawasan perindustrian tersebut?

a)

Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri (PKEN)

b)

Perbadanan Nasional Berhad (PERNAS)

c)

Majlis Perundingan Negara (MAPEN)

d)

Majlis Amanah Rakyat (MARA)

9.

Maklumat berikut menunjukkan perkembangan industri kereta buatan Malaysia.


PROTON (1983) - Saga, Waja, Persona

PERODUA (1993) - Kancil, Axia, Alza


Apakah kesan perkembangan tersebut?

a)

Meningkatkan perdagangan antarabangsa

b)

Membentuk kelas bumiputera komersial

c)

Memajukan sistem perhubungan

d)

Membuka peluang pekerjaan

10.

Apakah agensi yang terlibat dalam projek penswastaan syarikat perniagaan bumiputera?

a)

Majlis Amanah Rakyat (MARA)

b)

Perbadanan Nasional Berhad (PERNAS)

c)

Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA)

d)

Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA)

11.

Apakah usaha kerajaan membaiki ketidakseimbangan pembangunan wilayah dalam DPN?

a)

meluluskan lesen kepada syarikat usahasama

b)

memperkenalkan konsep pertanian pintar

c)

menggiatkan lagi penyertaan bumiputera

d)

menyelaraskan program pembangunan bandar

12.

Apakah kesan pembangunan DEB dan DPN terhadap rakyat?

a)

melahirkan insan berilmu

b)

meningkatkan kualiti hidup

c)

mengatasi sifat perkauman

d)

menyatukan negara bangsa

13.

DEB dan DPN bejaya meningkatkan penyertaan bumiputera dan bukan bumiputera dalam pekerjaan di bandar dengan kewujudan masyarakat baharu.


Apakah masyarakat baharu tersebut?

a)

pemodal

b)

peladang

c)

penternak

d)

pengurusan

14.

Apakah sumbangan tokoh korporat berikut terhadap rakyat?


Tan Sri Mustapha Kamal - Tokoh Hartanah

Tan Sri Azman Hashim - Tokoh Perbankan

Tan Sri Effendi Norwawi - Ahli Perniagaan

a)

mengukuhkan perpaduan antara kaum

b)

membentuk kelas bumiputera komersial

c)

memberi tawaran pekerjaan dalam syarikat

d)

menjadi penaung kepada program kebajikan

15.

Bandar baharu berikut berkembang daripada sebuah tanah rancangan FELDA.


Felda Segitiga Jengka


Bandar baharu tersebut terletak di antara daerah....

a)

Maran

b)

Jerantut

c)

Kuantan

d)

Raub

16.

Apakah agensi kerajaan yang ditubuhkan untuk menguruskan projek industri barat negara kita?

a)

MIDA

b)

RISDA

c)

PETRONAS

d)

HICOM

17.

Apakah ciri Zon Perindustrian Bebas?

a)

Bandar terancang yang mengandungi kemudahan asas

b)

Kawasan perdagangan yang diberi pelepasan cukai

c)

Berasal daripada kawasan pembangunan wilayah

d)

Pusat penyelidikan dan pembangunan industri

18.

Senarai berikut berkaitan dengan industri kereta dan motosikal buatan Malaysia.


- PROTON

- PERODUA

- MODENAS


Apakah kesan pertumbuhan industri tersebut terhadap negara?

a)

melahirkan golongan korporat

b)

mengukuhkan pertahanan negara

c)

meningkatkan pendapatan rakyat

d)

memajukan bandar terancang

19.

Pernyataan berikut merujuk penyususunan semula modal saham dalam sektor korporat di bawah DPN.


Penyusunan semula modal saham dibuat supaya bahagian saham kaum bumiputera dapat dipertingkatan selaras dengan matlamat asal DEB bagi encapai sekurang-kurangnya 30 peratus dalam pemilikan,, penguasaan dan pengurusan sektor moden.


Bagaimanakah matlamat penyususunan semula modal saham tersebut dilaksanakan?

a)

Pelaksanaan program penswastaan

b)

Menggalakkan pelaburan modal asing

c)

Membuka tanah pertanian besar-besaran

d)

Pemodenan sektor pertanian bersepadu

20.

Apakah tujuan pembetukan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB)?

a)

menyusun semula masyarakat

b)

meningkatkan pendapatan rakyat

c)

membentuk masyarakat berdisiplin

d)

mewujudkan masyarakat perdagangan