wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

DRILLING 1 PERNIAGAAN

Total questions: 67

Worksheet time: 50mins

Name
Class
Date
1.

Apakah tujuan perniagaan?

a)

Menawarkan barang dan perkhidmatan

b)

Meningkatkan taraf hidup masyarakat

c)

Meningkatkan pendapatan negara

d)

Mewujudkan peluang pekerjaan

2.

Apakah ciri lain bagi Syarikat Sdn. Bhd.?

a)

Setiap ahli hanya mempunyai satu undi untuk memilih setiap ahli lembaga

b)

Hal ehwal kewangan syarikat perlu diumumkan kepada orang ramai

c)

Bilangan ahli di antara dua hingga lima puluh orang

d)

Liabiliti tidak terhad

3.

Apakah peranan kerajaan pusat dalam menangani isu-isu perniagaan?

a)

Menggubal undang-undang berkaitan perniagaan

b)

Menguruskan urusan berkaitan lesen perniagaan di kawasan perumahan

c)

Menguruskan urusan berkaitan cukai pintu premis perniagaan

d)

Menubuhkan perbadanan perniagaan negeri

4.

Antara yang berikut, yang manakah aktiviti perniagaan yang dijalankan oleh sektor primer?

a)

Pengilangan dan pembuatan

b)

Perkhidmatan Awam

c)

Pembalakan

d)

Pembinaan

5.

Isu yang manakah yang perlu diatasi oleh pihak kerajaan tempatan?

a)

Isu negara

b)

Isu serantau

c)

Isu dua hala

d)

Isu tempatan

6.

Apakah maksud visi?

a)

Visi merupakan satu perancangan jangka panjang di dalam sesebuah organisasi.

b)

Visi merupakan satu perancangan jangka pendek di dalam sesebuah organisasi.

c)

Visi merupakan satu ketetapan menjelaskan aktiviti organisasi yang akan dilaksanakan untuk mencapai visi.

d)

Visi merupakan maklumat tentang tujuan perniagaan dengan tepat dan khusus.

7.

Apakah tujuan penetapan visi perniagaan?

a)

Meningkatkan keuntungan

b)

Mengenal pasti peluang perniagaan

c)

Menggambarkan pencapaian yang khusus

d)

Merancang matlamat jangka masa panjang

8.

Pernyataan berikut berkaitan dengan objektif Syarikat Peralatan Elektrik Berhad.


Mengimport barangan peralatan elektrik buatan Jepun yang dikeluarkan dari kawasan industri Kobe untuk dijual di Malaysia pada musim perayaan.


Apakah ciri objektif bagi syarikat tersebut?

a)

Realistik

b)

Spesifik

c)

Jangkamasa

d)

Boleh diukur

9.

Antara yang berikut, yang manakah faktor dalaman yang boleh mempengaruhi perubahan visi, misi dan objektif perniagaan?

I Ekonomi

II Sosiobudaya

III Sumber manusia

IV Kewangan

a)

I dan II

b)

II dan III

c)

III dan IV

d)

I dan IV

10.

Pernyataan objektif "Keuntungan meningkat sebanyak 30% dalam tempoh 3 tahun".

Nyatakan SMART yang ada dalam pernyataan objektif.

a)

Boleh diukur dan spesifik

b)

Munasabah dan jangkamasa

c)

Boleh diukur dan jangkamasa

d)

Munasabah dan boleh diukur

11.

Apakah kesan negatif yang wujud jika sesebuah perniagaan tidak membentuk objektif perniagaan yang sesuai?

a)

Berlaku kerugian

b)

Sumber tidak diagih dengan betul

c)

Wawasan perniagaan tidak dapat dicapai

d)

Perniagaan tidak berada pada landasan yang betul

12.

Apakah maksud struktur organisasi?

a)

Struktur jawatan pihak atasan

b)

Struktur pengagihan tugasan pekerja

c)

Sistem pembahagian jawatan dan tugasan dalam organisasi

d)

Susunan dan hubungan antara setiap bahagian fungsian yang terdapat dalam sesebuah organisasi perniagaan

13.

Manakah tujuan bahagian fungsian pengagihan?

a)

Memastikan pembekal mematuhi prosedur pembekalan

b)

Memastikan pelanggan berpuas hati dengan produk yang diterima

c)

Memastikan organisasi membuat bayaran yang tepat kepada pembekal

d)

Memastikan setiap barang yang dikeluarkan dapat diterima oleh pengguna

14.

Penggunaan teknologi maklumat dalam sesebuah perniagaan dapat meluaskan pasaran ke peringkat global.


Berdasarkan pernyataan tersebut, apakah peranan bahagian fungsian teknologi maklumat?

a)

Membuat promosi melalui radio dan surat khabar

b)

Membina laman web untuk memperkenalkan barang

c)

Menggunakan kapal terbang untuk menghantar barang

d)

Mengambil lebih ramai pekerja untuk memeasarkan barang

15.

Pernyataan manakah yang menunjukkan trend pertumbuhan ekonomi yang baik?

a)

Guna tenaga semakin menurun

b)

Peniaga mengurangkan operasi pengeluaran

c)

Cukai yang dikutip kerajaan semakin meningkat

d)

Jualan dan keuntungan perniagaan malar

16.

1. Pernyataan manakah yang berkaitan dengan tujuan perniagaan kepada peniaga?


A. Mewujudkan faedah kepada pihak pengguna

B. Mengagihkan barang daripada pengeluar kepada pengguna

C. Menjual barang dan perkhidmatan untuk mendapat keuntungan

D. Melakukan pengeluaran barang dan perkhidmatan untuk memenuhi keperluan

a)

A

b)

B

c)

C

d)

D

17.

Pernyataan manakah yang menerangkan maksud pertukaran nilai?


A. Urus niaga antara penjual dan pembeli melibatkan pertukaran wang semata-mata

B. Pembeli mendapat kualiti barang yang tinggi bagi wang yang dibayar kepada penjual

C. Pembeli memberikan sesuatu yang bernilai kepada penjual untuk keluaran yang diterimanya

D. Penjual menyediakan barang dan perkhidmatan yang bermutu tinggi sebelum bertukar dengan pelanggan

a)

A

b)

B

c)

C

d)

D

18.

Apakah itu milikan tunggal?


I. Perniagaan yang dikawal oleh seorang individu

II. Perniagaan yang ditubuhkan oleh seorang individu

III. Perniagaan yang ditubuhkan oleh seorang tetapi dikawal beberapa orang

IV. Perniagaan yang ditubuhkan oleh beberapa orang tetapi dikawal oleh seorang individu


A. I dan II

B. I dan III

C. II dan IV

D. III dan IV

a)

A

b)

B

c)

C

d)

D

19.

Pilih langkah proses pendaftaran perniagaan milikan tunggal yang betul.


A. Mendapat Borang D → membuat pembayaran → mengisi Borang A → mengisi Borang Carian Nama


B. Membuat pembayaran → mengisi Borang A → mengisi Borang Carian Nama → mendapat Borang D


C. Mengisi Borang A → mengisi Borang Carian Nama → mendapat Borang D → membuat pembayaran


D. Mengisi Borang Carian Nama → mengisi Borang A → membuat pembayaran → mendapat Borang D

a)

A

b)

B

c)

C

d)

D

20.

Antara yang berikut, manakah kelebihan usaha sama?


I. Dapat meningkatkan keuntungan

II. Risiko perniagaan dapat dikurangkan

III. Dapat mengelakkan berlakunya konflik

IV. Mudah untuk mendapat pelbagai sumber


A. I, II dan III

B. I, II dan IV

C. I, III dan IV

D. II, III dan IV

a)

A

b)

B

c)

C

d)

D

21.

Manakah yang boleh digolongkan sebagai perniagaan bersaiz kecil?


A. Kilang pakaian

B. Kedai kek dan biskut

C. Loji penapisan minyak

D. Pengeluaran ubat-ubatan

a)

A

b)

B

c)

C

d)

D

22.

Aktiviti perniagaan antarabangsa dijalankan…..


A. Antara penduduk luar negara

B. Antara negara dengan negara

C. Antara penduduk dalam negara

D. Antara sempadan sesebuah negara

a)

A

b)

B

c)

C

d)

D

23.

Rajah di bawah ini menunjukkan skala perniagaan.


SKALA PERNIAGAAN


i)X

ii)ANTARABANGSA


Apakah X?


A. Zon

B. Global

C. Negeri

D. Domestik

a)

A

b)

B

c)

C

d)

D

24.

Apakah peranan yang dimainkan oleh MATRADE?


A. Mempromosikan produk keluaran tempatan di luar negara

B. Menyediakan pembiayaan kepada para usahawan kecil

C. Menjalankan kajian dan penyelidikan dalam bidang pertanian

D. Menyediakan latihan keusahawanan kepada usahawan tempatan

a)

A

b)

B

c)

C

d)

D

25.

Apakah itu inflasi?


A. Satu fenomena lambakan barang dan perkhidmatan di pasaran

B. Satu fenomena kenaikan harga barang dan perkhidmatan secara berterusan

C. Satu keadaan di mana harga barang menurun akibat pengeluaran yang berlebihan

D. Satu keadaan di mana permintaan untuk barang dan perkhidmatan jatuh mendadak

a)

A

b)

B

c)

C

d)

D

26.

Apakah kesan daripada inflasi?


A. Kuasa beli wang meningkat

B. Taraf hidup rakyat meningkat

C. Kos sara hidup semakin meningkat

D. Pendapatan boleh guna meningkat

a)

A

b)

B

c)

C

d)

D

27.

Trend menurun dalam persekitaran perniagaan menunjukkan aktiviti perniagaan semakin menurun. Faktor luaran manakah yang membawa kepada keadaan sedemikian?


A. Pekerja kurang bermotivasi

B. Keadaan ekonomi semakin lembap

C. Strategi pemasaran yang kurang berkesan

D. Kos pengeluaran semakin meningkat

a)

A

b)

B

c)

C

d)

D

28.

Maklumat yang berikut berkaitan dengan sejenis gaya pengurusan.


 Pekerja diberikan kebebasan untuk membuat keputusan

 Pengurus kurang mengawal tingkah laku pekerja

 Objektif mungkin tidak tercapai


Apakah gaya pengurusan berkenaan?


A. Gaya pengurusan laissez-faire

B. Gaya pengurusan autokratik

C. Gaya pengurusan demokratik

D. Gaya pengurusan sokongan

a)

A

b)

B

c)

C

d)

D

29.

Gaya pengurusan yang manakah berkaitan dengan tindakan pengurus yang mengamalkan toleransi dan menjalin hubungan yang baik dengan pekerja?


A. Gaya pengurusan laissez-faire

B. Gaya pengurusan autokratik

C. Gaya pengurusan demokratik

D. Gaya pengurusan sokongan

a)

A

b)

B

c)

C

d)

D

30.

Pernyataan manakah yang berkaitan dengan guna tenaga penuh?


A. Tidak berlaku keadaan inflasi dalam ekonomi

B. Kadar pengangguran kurang daripada empat peratus

C. Ekonomi negara bakal mengalami kemelesetan

D. Semua orang dewasa dalam sesebuah negara bekerja

a)

A

b)

B

c)

C

d)

D

31.

Antara berikut, yang manakah benar tentang tujuan perniagaan?

a)

Mewujudkan peluang pekerjaan

b)

Menawarkan barang dan perkhidmatan

32.

Apakah maksud perniagaan?

I Memperoleh keuntungan

II Menyediakan peluang pekerjaan

III Bersikap kreatif

IV Berani menanggung risiko

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

33.
a)

A

b)

B

c)

C

d)

D

34.

Maklumat di bawah berkaitan dengan sebuah organisasi perniagaan.

Perniagaan Prihatin menawarkan barang dan perkhidmatan secara percuma, pada harga kos atau di bawah kos. Ini bertujuan untuk membantu golongan kurang berkemampuan.


Ciri-ciri tersebut menerangkan

a)

perkongsian

b)

milikan tunggal

c)

organisasi bukan bermotifkan untung

d)

organisasi bermotifkan keuntungan

35.

Maklumat di bawah ini berkaitan dengan suatu bentuk milikan perniagaan.


· Ditubuhkan oleh sekumpulan individu secara sukarela.

· Melaksanakan kegiatan untuk memenuhi keperluan ahli-ahlinya.


Manakah yang merupakan contoh perniagaan tersebut?

a)

Maxis Berhad

b)

Pasar Raya Jimat

c)

Bank Simpanan Nasional

d)

Koperasi Permodalan Felda Malaysia Berhad

36.

Di bawah ini berkaitan sejenis perniagaan.

AirAsia

Apakah kelebihan perniagaan bersaiz demikian?


I Dapat menguasai pasaran

II Risiko kerugian yang kecil

III Komunikasi yang berkesan

IV Menikmati ekonomi bidangan

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

37.

Pernyataan manakah yang menunjukkan kelebihan perniagaan francais kepada francaisi ?

a)

Menjual barang keluaran sendiri.

b)

Menaikkan harga berdasarkan permintaan pasaran.

c)

Menggunakan jenama yang sudah terkenal.

d)

Mengubah suai premis mengikut cita rasa pelanggan

38.

Pernyataan manakah yang benar tentang kelebihan perniagaan perkongsian berbanding milikan tunggal?

a)

mudah ditubuhkan

b)

bebas mengurus perniagaan

c)

boleh berkongsi kepakaran

d)

keputusan dibuat oleh pemilik

39.

Apakah tujuan koperasi ditubuhkan?

a)

memaksimumkan keuntungan

b)

menawarkan barang percuma

c)

menjalankan tanggungjawab sosial

d)

menjaga kepentingan dan kebajikan bersama

40.

Antara berikut, yang manakah benar tentang tujuan perniagaan?

a)

Mewujudkan peluang pekerjaan

b)

Menawarkan barang dan perkhidmatan

41.

Berikut ialah jenis pelepasan cukai KECUALI

a)

Taraf Perintis

b)

Elaun Cukai Pelaburan

c)

Potongan Cukai

d)

Taraf Piawaian

42.

Yang manakah pasaran dalam trend persekitaran perniagaan?

a)

Pasaran untuk semua

b)

Pasaran semasa

c)

Pasaran tempatan

d)

Pasaran Kualitatif

43.

Berikan kelebihan menggunakan sumber manusia dalaman dalam sesebuah organisasi.

a)

Memotivasikan pekerja

b)

Meningkatkan taraf hidup pekerja

c)

Menjana pendapatan pekerja

d)

Menawarkan perkhidmatan pekerja

44.

Apakah gaya pengurusan dalam faktor dalaman yang membawa perubahan kepada persekitaran perniagaan?

a)

Demokrasi

b)

Autokratik

c)

Laissez-fairness

d)

GST

45.

Apakah gaya pengurusan autokratik?

a)

Mewujudkan masalah tingkah laku pekerja yang sukar dikawal

b)

mempengaruhi pekerja terus berusaha untuk mencapai matlamat yang telah ditetapkan

c)

Menyebabkan organisasi gagal mencapai matlamat yang telah ditetapkan

d)

Tindakan majikan yang tegas dalam mencapai matlamat yang telah ditetapkan

46.

Apakah peranan kerajaan dalam mengatasi masalah berkaitan Deflasi?

a)

Meningkatkan harga barang melalui Dasar Bebas Cukai

b)

Menurunkan kadar cukai dan menaikkan perbelanjaan kerajaan melalui Dasar Fiskal

c)

Memberi insentif kepada peniaga-peniaga baharu

d)

Meningkatkan cukai eksport bagi menggalakkan aktiviti perniagaan pada peringkat antarabangsa

47.

Yang manakah bukan kandungan dalam perjanjian perkongsian?

a)

Nama firma

b)

Nama semua rakan kongsi

c)

Jenis & Tempat Perniagaan

d)

Cara memulakan perniagaan

48.

Nama perniagaan: Farmasi Murni

Bentuk pemilikan: Sendirian Berhad

Aktiviti perniagaan: Menjual pelbagai jenis ubat dan peralatan perubatan

Modal berbayar: RM250 000

Bilangan pekerja tetap: 25 orang

Jumlah jualan pada tahun 2017: RM550 000


Yang manakah benar tentang perniagaan di atas?

a)

Diklasifikasikan sebagai perniagaan bersaiz kecil

b)

Terlibat dalam sektor kedua

c)

Perniagaan menjual produk sahaja

d)

Tidak sah melalui undang-undang

49.

Apakah kepentingan untung kepada organisasi perniagaan?

a)

Meningkatkan saham syarikat & eksport import perniagaan

b)

Popular dalam kalangan peniaga lain melalui keuntungan berpanjangan

c)

Memotivasikan pekerja yang baka menerima keuntungan juga

d)

Membantu mengukur tahap prestasi dan hala tuju perniagaan

50.

Kaedah yang digunakan oleh OBBU untuk menjalankan perniagaan ialah

a)

Kos yang rendah

b)

Jualan pada harga kos

c)

Jualan pada harga yang dipersetujui ramai

d)

Kos yang berlipat kali ganda

51.

manakah antara berikut benar tentang maksud perniagaan?

a)

Jualan barang dan perkhidmatan kepada pembeli

b)

Jual beli antara penjual dan pembeli

c)

Aktiviti jual beli barang dan perkhidmatan mendapatkan keuntungan

d)

Aktiviti jual beli barang dan perkhidmatan untuk memenuhi keperluan dan kehendak pengguna

52.

Contoh perniagaan berasaskan perkhidmatan ialah

a)

Kedai Runcit Wan

b)

Kedai Dobi Ani

c)

Kedai Kek Oren

d)

Kedai Buku Permata

53.

apakah kaedah perniagaan yang dijalankan oleh organisasi seperti di atas?

a)

Jualan selepas diskaun

b)

Jualan di atas harga kos

c)

jualan pada harga kos

d)

Jualan pada harga promosi

54.

apakah kekurangan milikan perniagaan di atas?

a)

Menanggung liabiliti terhad

b)

Beban cukai yang tinggi

c)

perniagaan tidak berterusan

d)

sukar ditubuhkan

55.

Berikut ialah kepentingan untung kepada perniagaan kecuali

a)

Memenuhi keperluan dan kehendak pengguna

b)

Melambangkan imej perniagaan

c)

Mengembangkan perniagaan

d)

Melaksanakan tanggungjawab sosial

56.

Kelebihan syarikat sendirian berhad berbanding syarikat awam berhad ialah

a)

modal yang besar

b)

menikmati ekonomi bidangan

c)

hal ehwal syarikat dirahsiakan

d)

perniagaan berterusan

57.

Rakan kongsi yang menyumbangkan modal dalam perkongsian dan dibayar gaji setiap bulan ialah

a)

rakan kongsi biasa

b)

rakan kongsi nominal

c)

rakan kongsi lelap

d)

rakan kongsi aktif

58.

Apakah kelebihan perniagaan perkongsian?

a)

dapat berkongsi kepakaran

b)

Menanggung liabiliti tidak terhad

c)

Perniagaan berterusan

d)

Modal yang terhad

59.

Kelebihan koperasi berbanding syarikat berhad ialah

a)

Perniagaan yang berterusan

b)

tiada beban cukai

c)

menanggung liabiliti terhad

d)

Modal yang besar

60.

kekurangan usahasama ialah

a)

visi dan misi yang berbeza boleh menyebabkan konflik

b)

risiko perniagaan yang tinggi

c)

memerlukan modal yang besar

d)

sukar mendapatkan bahan mentah dan sumber lain

61.

berikut adalah kelebihan francais kepada francaisor kecuali

a)

Dapat menikmati ekonomi bidangan

b)

Dapat mengembangkan perniagaan secara global

c)

Dapat berkongsi risiko bersama francaisi

d)

Jenama yang sudah terkenal

62.

Dua buah syarikat yang bersama-sama membentuk sebuah perniagaan baharu untuk menambahkan pendapatan perniagaan masing-masing dikenali sebagai

a)

Francais

b)

Usahasama

c)

Syarikat sendirian berhad

d)

Syarikat awam berhad

63.

Saiz sesebuah perniagaan bergantung kepada

a)

Jumlah untung dan bilangan pekerja tetap

b)

Jumlah untung dan bilangan aset

c)

Jumlah jualan dan bilangan aset

d)

Jumlah jualan dan bilangan pekerja tetap

64.

Antara kekurangan perniagaan bersaiz kecil ialah

a)

Sukar menyediakan latihan

b)

Risiko kerugian lebih besar

c)

Kekurangan sumber kewangan

d)

Sukar memajukan kerjaya

65.

Manakah bidang perniagaan yang tergolong dalam sektor utama?

a)

perkhidmatan

b)

bekalan tenaga

c)

pembalakan

d)

pengilangan

66.

Manakah antara berikut betul mengenai sektor kedua?

a)

aktiviti memproses bahan mentah menjadi barang siap atau separuh siap

b)

aktiviti mengekstrak hasil semula jadi bumi

c)

aktiviti memberikan perkhidmatan terus kepada pengguna

d)

melibatkan aktiviti seperti pertanian dan perikanan

67.

Sam Moon Enterprise menjalankan perniagaan menjual ikan masin di Kuantan, Pahang. Ikan masin tersebut dipasarkan ke seluruh negara melalui pemborong. Apakah skala perniagaan Sam Moon Enterprise?

a)

tempatan

b)

negeri

c)

kebangsaan

d)

zon