WorksheetsPendidikan Sivik - Terima Kasih Kepada Warga Sekolah
Total questions: 15
Worksheet time: 8mins
Saya membantu warga sekolah dengan..
membuang sampah merata tempat
memberi derma kepada kawan yang ditimpa kesusahan
membiarkan pinggan dan cawan kotor di atas meja kantin
membiarkan guru membawa barang dan buku-buku
Kita harus menolong orang dengan ikhlas supaya ......
sentiasa dipuji
disenangi semua orang
diberi ganjaran
dijauhi rakan-rakan
Saya TIDAK sepatutnya ...... demi menjaga nama baik sekolah.
melanggar peraturan sekolah
berlajar bersungguh-sungguh
menyertai aktiviti sekolah
menghormati guru
Saya sebagai murid sepatutnya menjaga kelakuan supaya ......
sekolah mendapat malu
dibenci guru-guru
tidak mencemarkan nama sekolah
Di bawah ialah cara berterima kasih kepada warga sekolah, kecuali (bukan)
Memberi hadiah dan kad ucapan kepada guru
Bersalam atau memberi senyuman kepada pengawal keselamatan
Membuang sampah merata-rata dan biarkan pekerja am yang kutip
Mengucapkan terima kasih kepada mak cik kantin selepas membeli makanan
Yang manakah bukan pertuturan atau perlakuan sopan
Mengajuk percakapan guru
Meminta maaf atas kesalahan
Mengucapkan salam
Meminta izin keluar atau masuk kelas
Contoh perbuatan yang mulia.
Mematahkan bunga yang ditanam pekerja am di taman sekolah.
Membantu kawan yang lemah dalam pelajaran.
Bercakap-cakap dengan rakan semasa perhimpunan sekolah.
Makan semasa guru sedang mengajar di dalam kelas.
Adam........... oleh warga sekolah kerana dia sentiasa menghormati mereka.
dibenci
disayangi
dihina
dimarahi
Suasana sekolah akan menjadi......... dan kacau-bilau jika murid tidak mengamalkan sikap toleransi.
aman
huru -hara
senyap
diam
Pelawat yang datang ke sekolah akan berasa ......... jika mendapat layanan yang terbaik dari warga sekolah.
gelisah
selesa
takut
marah
Murid-murid perlu sentiasa menghormati guru sebagai tanda.....di atas segala jasa dan pengorbanan mereka.
harga
syukur
dihargai
terima kasih
Salamah berasa ...... kerana dapat membantu pekerja kantin mengutip sampah.
sedih
gembira
marah
benci
Chee Wah dan Vincent diarahkan untuk mengutip ........ daripada rakan-rakannya untuk diserahkan kepada mangsa kebakaran di sekolahnya.
denda
sewa
hadiah
derma
Apabila guru sedang mengajar di dalam kelas. Saya akan ........ terhadap pengajaran guru.
berbual
bercakap
menconteng meja
menumpukan perhatian
Ucapan terima kasih diucapkan kepada seseorang. Berikut adalah ucapan terima kasih yang betul.
Terima kasih atas bantuan anda
Saya tidak memerlukan bantuan kamu
Jangan bantu saya
Biarkan sahaja
