WorksheetsTATABAHASA
Total questions: 20
Worksheet time: 20mins
KATA NAMA:
Sudah empat tahun _______________ bertugas di Hospital Kuala Lumpur sebagai pakar bedah.
Cikgu Zaki
Doktor Sidek
Leftenen Muda Azlan
Pak Leman
KATA GANTI NAMA:
"_________ memerlukan bantuan ___________ untuk menangkap penjenayah itu, " kata polis kepada lelaki yang disoal siasat itu.
Kita ... mereka
Kami ... encik
Beliau ... anda
Saya ... tuan hamba
AYAT TANYA:
_________ jawapan bagi soalan teka-teki itu?
Apakah
Siapakah
Berapakah
Manakah
KATA GANTI NAMA:
Sultan Perak dan kerabat ____________ sedang bercuti di Australia.
dia
tuanku
mereka
baginda
KATA KERJA:
Pihak Polis sedang ________ gerak-geri kumpulan penjenayah itu sebelum melancarkan serbuan.
meninjau
memandang
mengintip
mengintai
KATA KERJA:
Firdaus sedang __________ bakul buah-buahan itu dengan berhati-hati.
menatang
menggalas
mengelek
menjunjung
KATA KERJA:
Demam denggi merebak _________ gigitan nyamuk.
melalui
menyerupai
mengalami
mengenai
KATA ADJEKTIF:
Kita dapat melihat banyak binatang _______ di dalam zoo.
besar
tinggi
liat
liar
KATA ADJEKTIF:
Muka Nurina kelihatan __________ kerana tidak sihat.
pudar
lenguh
pucat
lemah
KATA HUBUNG:
Emak merebus ubi kentang ___________ empuk sebelum dilecek.
setelah
sehingga
meskipun
ketika
KATA HUBUNG:
Said berbadan besar ___________ dia sentiasa cergas.
maka
atau
yang
tetapi
KATA SERU:
__________, kamu memang orang yang tidak mengenang budi!
Cis
Hai
Nah
Aduh
KATA SERU:
________, besarnya piala pusingan di dalam almari kaca itu!
Aduh
Wahai
Amboi
Aduhai
AYAT PERINTAH:
____________ semua yang hadir dapat bersabar. Majlis akan dimulakan sebentar lagi.
Tolong
Jemput
Sila
Harap
AYAT PERINTAH:
"_________ belikan sebungkus nasi lemak," kata Amir kepda Alia.
Minta
Sila
Jemput
Tolong
KATA PEMERI:
Pilih ayat yang betul
Puan Zainab adalah guru besar di sekolah itu.
Gajah adalah haiwan darat yang terbesar.
Masjid ialah tempat beribadat bagi orang Islam.
Anis ialah antara pekerja di Syarikat Megah Holding.
KATA SENDI NAMA:
Masakan itu dibuat _____________ bahan-bahan yang bermutu tinggi.
dari
daripada
oleh
dengan
KATA MAJMUK:
Kamil membeli sebotol gam dan sebatang pembaris di kedai ________________ itu.
alat ganti
alat solek
alat bantu
alat tulis
IMBUHAN:
Rasyid hanya berdiam diri walaupun namanya ____________ berulang kali oleh gurunya
pemanggil
dipanggil
memanggil
terpanggil
PENJODOH BILANGAN:
Ayah makan beberapa __________ limau sebagai pencuci mulut selepas makan.
biji
ulas
buah
pangsa
