wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

BIOLOGI TINGKATAN 4 (KEIMUNAN MANUSIA)

Total questions: 35

Worksheet time: 35mins

Name
Class
Date
1.

Apakah protein yang dihasilkan dalam gerak balas terhadap kehadiran antigen?

a)

Antibodi

b)

Antibiotik

c)

Antiserum

d)

Antiseptik

2.

Apakah struktur yang berlabel X?

a)

Antibiotik

b)

Antibodi

c)

Antiserum

d)

Antigen

3.

Antara yang berikut, yang manakah merupakan pertahanan badan semula jadi terhadap kemasukan patogen?

a)

Tindakan antibiotik

b)

Jus gastrik berasid dalam perut

c)

Pengangkutan sel darah merah

d)

Suntikan vaksin

4.

Berikut merupakan langkah-langkah yang dijalankan oleh fagosit semasa fagositosis.


P: Fagosom terbentuk

Q: Bakteria dicernakan

R: Fagosit mengepung dan menelan bakteria

S: Sisa disingkirkan

a)

P, R, Q, S

b)

R, Q, S, P

c)

R, P, Q, S

d)

Q, P, S, R

5.

Sel fagosit menelan dan mencerna patogen menggunakan enzim lisozim melalui proses

a)

Fagositosis

b)

Pemvaksinan

c)

Keimunan

6.

Apakah fungsi histamin semasa suatu keradangan berlaku pada manusia?

a)

Membekukan darah

b)

Menjalankan fagositosis

c)

Menyebabkan pengembangan kapilari darah

7.

Sel limfosit B yang menghasilkan dan membebaskan banyak antibodi dikenali sebagai

a)

Sel Plasma

b)

Sel pembantu

c)

Sel memori

8.

Mengapakah kulit bertindak sebagai barisan pertahanan pertama yang berkesan?

a)

Mempunyai asid hidroklorik untuk membunuh bakteria.

b)

Boleh membekukan darah.

c)

Mempunyai enzim lisozim untuk mengurai sesetengah bakteria.

d)

Bersifat liat dan sukar ditembusi oleh mikroorganisma

9.

Namakan sel fagosit yang menjalankan fagositosis selain sel monosit.

a)

Neutrofil

b)

Basofil

c)

Eusinofil

d)

Granulosit

10.

Antara berikut yang manakah menghasilkan antibodi?

a)

Neutrofil

b)

Monosit

c)

Basofil

d)

Limfosit

11.

Antara berikut, yang manakah benar tentang antigen?

a)

bendasing yang memasuki badan dan merangsang keimunan

b)

mikroorganisma yang menyebabkan penyakit

c)

bahan yang dihasilkan oleh badan untuk melawan patogen

12.

Berikut merupakan barisan pertahanan pertama dalam badan manusia, KECUALI

a)

Kulit

b)

Membran mukus

c)

Air liur

d)

Leukosit

13.

Rajah menunjukkan membran mukus yang melapik salur respirasi dan merembeskan bendalir melekit disebut mukus. Apakah yang terkandung dalam mukus?

a)

Enzim lisozim

b)

Bendalir mukus

c)

Hingus

d)

Leukosit

14.

Berikut merupakan barisan pertahanan kedua kecuali

a)

Demam

b)

Penghasilan antibodi

c)

Fagositosis

d)

Keradangan

15.

Berikut merupakan mekanisme antigen dimusnahkan oleh antibodi KECUALI

a)

pengaglutinan

b)

peneutralan

c)

pegopsoninan

d)

peluruhan

16.

Rajah menunjukkan tindakan sejenis antibodi. Apakah tindakan antibodi ini?

a)

Peneutralan

b)

Pemendakan

c)

Pengopsoninan

d)

Penguraian

17.

Sel limfosit yang terbentuk di nodus limfa menghasilkan ...

a)

Antibodi

b)

Antigen

18.

Apakah contoh vaksin?

a)

anti-rabies

b)

vaksin Salk

c)

vaksin HPV

d)

antitetanus

19.

Antiserum disuntik ke dalam badan bagi memberi keimunan segera dan sementara kepada pesakit.


Keimunan ini dikenali sebagai keimunan

a)

pasif semula jadi

b)

pasif buatan

c)

aktif buatan

d)

aktif semula jadi

20.

Keupayaan badan untuk melawan jangkitan penyakit yang disebabkan oleh patogen/ bendasing.

a)

Patogen

b)

Antigen

c)

Antibodi

d)

Keimunan

21.

Manakah merupakan satu contoh keimunan aktif?

a)

Penyusuan ibu

b)

Pulih dari sejenis penyakit

c)

Mengambil antibiotik

d)

Suntikan antibodi

22.

Apakah jenis keimunan yang sesuai diberi kepada seseorang yang digigit oleh anjing gila?

a)

Keimunan pasif semula jadi

b)

Keimunan pasif buatan

c)

Keimunan aktif semula jadi

d)

Keimunan aktif buatan

23.

Apakah yang dimaksudkan keimunan?

a)

mikroorganisma yang menyebabkan penyakit

b)

bendasing yang memasuki badan dan merangsang keimunan

c)

protein pada permukaan limfosit yang dibebaskan ke dalam plasma darah

d)

keupayaan badan untuk melawan jangkitan penyakit disebabkan patogen

24.

Manakah benar mengenai keimunan pasif buatan?

a)

Bertujuan untuk pencegahan

b)

Tidak kekal lama, memberi perlindungan serta-merta, jangka pendek, sementara.

c)

Antibodi dihasilkan seccara semula jadi oleh sel limfosit.

d)

Kekal untuk jangka masa yang lama.

25.

Manakah benar mengenai keimunan aktif buatan?

a)

Terjadi setelah individu sembuh daripada jangkitan.

b)

Vaksin disuntik ke dalam badan.

c)

Diperoleh melalui suntikan antiserum

d)

Antibodi melindungi bayi bagi beberapa bulan pertama.

26.

Virus HIV memusnahkan sel limfosit menyebabkan ...

a)

Sistem keimunan badan musnah

b)

Pesakit terhindar daripada penyakit lain

c)

Pesakit tidak menunjukkan simptom jangkitan

d)

Pesakit mempunyai daya tahan penyakit yang tinggi

27.

Antibodi bergabung dengan antigen dan bertindak sebagai petanda supaya sel fagosit boleh mengenali antigen dan memusnahkannya.

a)

pengopsoninan

b)

peneutralan

c)

penguraian

d)

pengaglutinan

28.

Antibodi bertindak balas dengan antigen terlarut lalu membentuk bahan kompleks yang tidak larut. Apakah jenis tindakan antibodi yang terlibat?

a)

peneutralan

b)

pemendakan

c)

pengaglutinan

d)

pengopsoninan

29.

Antibodi menggumpalkan patogen bersama dan menjadikan patogen sasaran mudah sel fagosit.

a)

pengopsoninan

b)

pengaglutinan

c)

penguraian

d)

pemendakan

30.

Antibodi bergabung dengan toksin yang dihasilkan oleh patogen dan meneutralkan toksin tersebut.

a)

pengaglutinan

b)

pengopsoninan

c)

penguraian

d)

peneutralan

31.

Antibodi bergabung dengan antigen dan menyebabkan bakteria pecah dan terurai.

a)

pengaglutinan

b)

pengopsoninan

c)

penguraian

d)

peneutralan

32.

Seorang pemburu telah dipatuk sejenis ular yang berbiasa dan beliau telah dimasukkan ke hospital. Apakah yang perlu diberikan kepada pemburu tersebut dengan segera?

a)

Suntikan vaksin

b)

Suntikan antiserum

c)

Suntikan antigen

d)

Suntikan antibodi

33.

Rajah menunjukkan graf sejenis keimunan.

Yang manakah antara pernyataan berikut benar tentang keimunan tersebut?

a)

Keimunan adalah sementara

b)

Keimunan diperolehi dari suntikan vaksin

c)

Keimunan diperolehi dengan segera

d)

Keimunan ini perlu untuk merawat penyakit anjing gila

34.

"Antibodi menyebabkan patogen menggumpal."


Antara berikut, yang manakah merujuk kepada mekanisme tersebut?

a)
b)
c)
d)
35.

Mengapakah kita perlu mematuhi dan melengkapkan rancangan imunisasi di Malaysia?

a)

Membantu menguatkan sistem keimunan dan melindungi diri daripada kemungkinan berlaku komplikasi yang mengancam nyawa.

b)

Membantu kerajaan mendapatkan negara yang benar-benar sihat.

c)

Membantu syarikat-syarikat farmasi mendapatkan keuntungan hasil jualan vaksin kepada hospital dan klinik.

d)

Membantu meningkatkan pendapatan negara apabila syarikat-syarikat farmasi membayar cukai yang tinggi kepada kerajaan.