wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Pengajian Am (Topik 3) -Perlembagaan&Kewarganegaraan-

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Yang manakah yang benar tentang Perlembagaan Persekutuan?


I. Tidak boleh dibuat pindaan

II. Asas kepada pembentukan kerajaan

III. Merupakan undang-undang tertinggi

IV. Diluluskan oleh Mahkamah

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

2.

Pernyataan manakah yang menepati konsep ketertinggian Perlembagaan Persekutuan?

a)

Perlembagaan tidak boleh dipinda

b)

Parlimen berkuasa mentafsir peruntukan perlembagaan

c)

Perlembagaan persekutuan menjadi asas kepada undang-undang

d)

Mahkamah tidak berkuasa untuk membatalkan undang-undang yang bercanggah dengan perlembagaan

3.

Yang manakah pernyataan yang benar tentang ketertinggian Perlembagaan Persekutuan?

a)

merupakan undang-undang tertinggi

b)

Undang-undang yang ada boleh berlawanan dengan Perlembagaan

c)

YDPA mempunyai kedudukan yang lebih tinggi daripada Perlembagaan

d)

Parlimen mempunyai kuasa penuh untuk membatalkan undang-undang yang bertentangan dengan Perlembagaan

4.

Yang manakah benar tentang kepentingan Perlembagaan.


I. Perlembagaan menjamin kedudukan para pentadbir

II. Perlembagaan menjamin hak sesuatu kaum untuk hidup sebagai warganegara secara aman dan harmoni

III. Perlembagaan menjadi asas penting untuk menjamin kesinambungan pentadbiran dan kestabilan politik

IV. Perlembagaan merupakan undang-undang yang mengandungi peraturan serta prinsip sebagai asas kepada pembentukan kerajaan

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

5.

Yang manakah kenyataan paling tepat tentang kepentingan Perlembagaan Persekutuan?

a)

Mengekalkan keamanan negara

b)

Memelihara kedudukan Majlis Raja-raja

c)

Memastikan kepentingan ekonomi terpelihara

d)

Menjaga hak istimewa bumiputera di Sarawak dan Sabah

6.

Yang manakah berkaitan dengan pindaan Perlembagaan?


I. Mendapatkan suara majoriti dalam Parlimen

II. Mendapatkan kelulusan dari Kerajaan Negeri

III. Mendapatkan persetujuan 2/3 ahli Majlis Parlimen

IV. Mendapatkan persetujuan selepas berbincang dengan agensi pusat

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan IV

d)

III dan IV

7.

Yang manakah antara yang berikut benar jika terdapat percanggahan antara undang-undang Persekutuan dengan Undang-undang Negeri?

a)

Undang-undang Persekutuan akan dibatalkan

b)

Undang-undang Persekutuan dan Undang-undang Negeri akan dipinda untuk mendapatkan persamaan

c)

Undang-undang Persekutuan akan digunakan dan Undang-undang Negeri akan terbatal setakat mana yang bercanggahan sahaja

d)

Undang-undang yang bercanggahan itu akan dirujuk kepada Parlimen dan Dewan Undangan Negeri

8.

Yang berikut merupakan pindaan-pindaan yang memerlukan sokongan 2/3 majoriti ahli Majlis Parlimen dan persetujuan Majlis Raja-Raja kecuali

a)

Hak-hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera

b)

Perubahan sempadan antara negeri di Semenanjung Malaysia

c)

Persempadanan kawasan pilihan raya

d)

Hal ehwal Islam

9.

X merujuk


I. Seseorang yang tinggal di Sabah dan menjadi warganegara

II. Seorang anak berumur bawah 18 tahun yang merupakan warga asing dan ibunya warganegara

III. Seorang isteri kepada warganegara yang bermastautin di Persekutuan melebihi 3 tahun

IV. Seseorang berumur 18 tahun dan membuktikan bermastautin di Persekutuan selama enam tahun

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

10.

- Bapa Joseph merupakan pemastautin tetap tetapi belum memperoleh kewarganegaraaan

- Ibu Joseph merupakan warga Australia

- Joseph dilahirkan di Sarawak


Bagaimana Joseph mendapatkan status warganegara?

a)

Warganegara secara kuat kuasa undang-undang

b)

Warganegara secara penggabungan wilayah

c)

Warganegara secara kemasukan

d)

Warganegara secara pendaftaran

11.

- Puan Y ialah seorang wanita warga asing yang berkahwin dengan lelaki warganegara Malaysia

- Beliau menetap di Malaysia selama dua tahun sebelum tarikh permohonan untuk mendapatkan kewarganegaraan Malaysia


Yang manakah cara untuk Puan Y mendapatkan kewarganegaraan Malaysia?

a)

Percantuman wilayah

b)

Kuat kuasa undang-undang

c)

Pendaftaran

d)

Kemasukan

12.

Encik X berasal dari India dan menjadi warganegara Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1948.


Encik X memperoleh kewarganegaraan Malaysia secara

a)

Percantuman wilayah

b)

Kuat kuasa undang-undang

c)

Pendaftaran

d)

Kemasukan

13.

Anak: Dilahirkan Brunei

Ibu: Warganegara Thailand

Ayah: Warganegara Malaysia


Manakah antara berikut benar mengenai taraf kewarganegaraan anak di atas?

a)

Bukan warganegara

b)

Warganegara secara masukan

c)

Warganegara secara pendaftaran

d)

Warganegara secara kuat kuasa undang-undang

14.

Encik Z lahir di Sabah pada Disember 1963 dan ibunya seorang pemastautin tetap


Yang manakah cara Encik Z untuk mendapatkan kewarganegaraan Malaysia?

a)

Kuat kuasa undang-undang

b)

Percantuman wilayah

c)

Pendaftaran

d)

Kemasukan

15.

- Micheal bukan warganegara tetapi bermastautin di Persekutuan lebih daripada 10 tahun

- Dia mempunyai pengetahuan memadai dalam Bahasa Melayu


Yang manakah cara Micheal untuk mendapatkan kewarganegaraan Malaysia?

a)

Kuat kuasa undang-undang

b)

Percantuman wilayah

c)

Pendaftaran

d)

Kemasukan

16.

Puan Y telah berkahwin dengan Encik X yang merupakan warganegara Malaysia.


Pilih kenyataan yang benar sekiranya Puan Y ingin memohon menjadi warganegara Malaysia

secara pendaftaran.


I. Fasih berbahasa Melayu

II. Telah menetap di Malaysia selama 2 tahun

III. Berumur lebih daripada 21 tahun pada tarikh permohonan

IV. Berminat untuk menetap di Malaysia dan berkelakuan baik

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan IV

d)

III dan IV

17.

- En. X belum mendapat taraf pemastautin di Malaysia

- Isteri En. X bukan warganegara Malaysia

- Anak En. X lahir pada 31 Disember 2011 di Pulau Pinang


Berdasarkan maklumat di atas, yang manakah benar tentang status anak Encik X?

a)

Tidak layak menjadi warganegara

b)

Menjadi warganegara melalui naturalisasi

c)

Merupakan warganegara melalui kuat kuasa undang-undang

d)

Boleh memohon untuk menjadi warganegara melalui pendaftaran

18.

- Isteri Ragu warganegara Malaysia

- Isteri Ragu melahirkan anaknya di atas sebuah kapal yang didaftarkan di Indonesia di perairan antarabangsa


Yang manakah cara anak Ragu memperoleh kewarganegaraan Malaysia?

a)

Kuat kuasa undang-undang

b)

Pendaftaran

c)

Pencatuman wilayah

d)

Naturalisasi

19.

Seseorang warganegara Malaysia hilang taraf kewarganegaraannya secara penolakan apabila

a)

Belot semasa peperangan

b)

Memohon kewarganegraan negara lain

c)

Memburuk-burukkan imej negara di luar negara

d)

Dituduh menderhaka kepada Yang di-Pertuan Agong

20.

Individu X telah dilucutkan taraf kewarganegaraannya.


Berdasarkan penyataan di bawah, pilih perbuatan yang mungkin telah dilakukan oleh individu X.


I. Berada di luar Malaysia lebih dari 5 tahun atas urusan rasmi

II. Belot dalam peperangan

III. Dituduh telah mencemarkan kedaulatan negara

IV. Telah mendapat taraf kewarganegaraan dari negara luar

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan IV

d)

III dan IV