wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PENGAJIAN AM SEMESTER 1 PERLEMBAGAAN -KEWARGANEGAANRA

Total questions: 15

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.

* Meliputi catatan dokumen.

* Menjadi rujukan apabila berlaku percanggahan undang-undang antara negeri dengan persekutuan.


Pernyataan di atas merujuk kepada

a)

Perlembagaan bertulis

b)

Perlembagaan tidak bertulis

c)

Pindaan Perlembagaan Negeri

d)

Pindaan Perlembagaan Persekutuan

2.

Perlembagaan boleh ditakrifkan sebagai satu dokumen yang

a)

Menentukan hak asasi rakyat

b)

Mengandungi undang-undang tertinggi

c)

Mengandungi undang-undang subsidiari

d)

Menentukan tanggungjawab rakyat terhadap negara

3.

Anak – berumur kurang 21 tahun

Ibu bapa- warganegara walaupun masa kematian


Apakah taraf kewarganegaraan anak di atas?

a)

Warganegara Asing

b)

Warganegara secara pendaftaran

c)

Warganegara secara naturalisasi (kemasukan)

d)

Warganegara secara kuat kuasa undang-undang.

4.

Puan Y berasal dari China dan menjadi warganegara Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1948.


Puan Y memperoleh kewarganegaraan Malaysia secara

a)

masukan

b)

pendaftaran

c)

penggabungan wilayah

d)

kuat kuasa undang-undang.

5.

Pilih syarat-syarat untuk memperoleh kewarganegaraan melalui pendaftaran.


I. Berkahwin dalam Persekutuan

II. Telah bermastautin di Persekutuan selama 5 tahun.

III. Boleh bertutur dalam bahasa Melayu.

IV. Lahir di mana-mana negeri Persekutuan sebelum merdeka

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan IV

d)

III dan IV

6.

Yang manakah antara yang berikut padanan tang tepat tentang cara untuk mendapat kewarganegaraan I, II dan III dengan pemohon X, Y dan Z?

a)

X - II

Y - III

Z - I

b)

X - I

Y - II

Z - III

c)

X- III

Y - II

Z - I

d)

X - II

Y - I

Z - III

7.

PINDAAN PERLEMBAGAAN DALAM PERKARA TERTENTU MESTILAH TERLEBIH DAHULU MEMERLUKAN PERSETUJUAN MAJLIS RAJA-RAJA SEBELUM DI BAWA KE PARLIMEN.


Maklumat di atas berkaitan dengan perkara

a)

Bahasa Melayu

b)

Kabinet Persekutuan

c)

Persempadanan negeri

d)

Peraturan pilihan raya

8.

Yang manakah benar tentang konsep ketertinggian perlembagaan ?

I Perlembagaan tidak boleh dipinda melainkan dengan kebenaran Parlimen.

II Kuasa Yang di-Pertuan Agong adalah berasaskan kepada perlembagaan.

III Perlembagaan meruapakan undang-undang yang hanya boleh digubal dengan perkenan Majlis Raja-Raja.

IV Rang undang-undang yang digubal akan terbatal dengan sendirinya setakat yang bercanggah dengan perlembagaan.

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan IV

d)

III dan IV

9.

Yang manakah benar tentang Perlembagaan Persekutuan ?

I Memberi perlindungan ke atas Sabah dan Sarawak

II Perlembagaan Persekutuan menentukan konsep pembahagian kuasa.

III Perlembagaan Persekutuan hanya boleh dipinda dengan persetujuan Majlis Raja-Raja.

IV Parlimen berkuasa membatalkan mana-mana peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan tanpa melalui apa-apa prosedur.

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan IV

d)

III dn IV

10.

Yang manakah antara yang berikut mengakibatkan terlucutnya kewarganegaraan seseorang?

a)

Warganegara melalui kuatkuasa undang-undang telah berniaga dengan musuh negara.

b)

Rakyat perempuan asing yang menjadi warganegara kerana berkahwin dengan rakyat Malaysia tetapi suaminya meninggal dunia lapan bulan kemudian.

c)

Warganegara melalui kuatkuasa undang-undang telah menunjuk dirinya dengan perbuatan tidak lagi taat dan setia kepada Persekutuan.

d)

Warganegara melalui naturalisasi dalam tempoh lima tahun dari tarikh ia menjadi warganegara telah dijatuhkan hukuman denda sebanyak RM6000 dan tidak menerima pengampunan.

11.

Apakah syarat-syarat yang harus dipenuhi oleh seseorang warganegara jika dia mahu menolak kewarganegaraannya?

I Mestilah menguasai sesuatu bahasa asing.

II Telah mencapai umur 21 tahun dan ke atas.

III Berniat atau merancang untuk berkhidmat di negara lain.

IV Sudah memperoleh kewarganegaraan negara lain atau hampir memperoleh

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan IV

d)

III dan IV

12.

Keadaan yang manakah menunjukkan bahawa seseorang warganegara melalui pendaftaran boleh dilucutkan kewarganegaraannya

a)

Seseorang yang diarahkan untuk melakukan sesuatau tugasan bagi pihak Kerajaan Persekutuan.

b)

Seseorang yang dipenjarakan selama 10 tahun dan didenda sebanyak RM 2000 disebabkan sesuatu kesalahan.

c)

Seseorang yang mempersendakan peranan kerajaan Malaysia dlam menangani masalah yang dihadapi oleh negara dan rakyat.

d)

Seseorang yang bermastautin di luar negara dalam tempoh tiga hingga lima tahun atas maklumat pejabat kedutaan Malaysia di sana.

13.

Apakah status kewarganegaraan seorang bayi yang dijumpai di sebuah taman pemainan tanpa sebarang dokumen rasmi yang ditinggalkan?

a)

Kuat kuasa undang-undang

b)

Pendaftaran

c)

Masukan

d)

Pencatuman wilayah

14.

Cik Ong Xi Chuan seorang warganegara Taiwan ingin berkahwin dengan Encik Chong Yong Hao seorang warganegara Malaysia.

Apakah jenis kewarganegaraan yang boleh dimohon oleh Cik ong xi Chuan >

a)

Pendaftaran selepas bermastautin selama dua tahun di Malaysia.

b)

Pendaftaran sebaik sahaja permohonan kewarganegaraan dibuat.

c)

Naturalisasi sebaik sahaja menetap di Malaysia dalam tempoh lima tahun.

d)

Kuat kuasa undang-undang sebaik sahaja bermastautin selama dua tahun di Malaysia.

15.

Ronald telah dilahirkan di Sabah. Tetapi taraf kewarganegaraan beliau tidak dapat ditentukan.

Yang manakah situasi Ronald mengikut undang-undang negara?

a)

Beliau akan diberikan kewarganegaraan melalui pendaftaran bila mencukupi syarat yang ditetapkan.

b)

Beliau akan diberikan kad MyPR oleh Jabatan Pendaftaran Negara.

c)

Ronald perlu memperbaharyi kad MyKAS setia 5 tahun sekali kerana beliau bukan warganegara.

d)

Ronald perlu berkahwin dengan wanita tempatan untuk mendapatkan status kewarganegaraan.