wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

TATABAHASA

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.
Motosikal yang dipandu laju itu ________ melanggar kereta yang
datang dari arah bertentangan .
a)
nyaris
b)
jauh
c)
cepat
d)
dekat
2.

Pihak Majlis Perbandaran Teluk Intan bercadang untuk ____________ jambatan yang telah rosak itu.

a)

memperbaikkan

b)

perbaikan

c)

membaiki

d)

kebaikan

3.

1. “_________ tidak bersalah dalam hal ini, semuanya adalah fitnah semata-mata”, jelas Hang Tuah kepada Sultan Mahmud Shah.

a)

Tuan hamba

b)

Patik

c)

Beta

d)

Beliau

4.

Setelah menamatkan ____________ di universiti kelak, Syafiq berhasrat untuk membuka sebuah syarikat di bandar.

a)

pendidikan

b)

pengajaran

c)

perguruan

d)

pengajian

5.

Para pelajar boleh bertemu dengan kaunselor sekolah pada ____________ masa.

a)

bila

b)

apa-apa

c)

bila-bila

d)

mana-mana

6.

Kejayaan cemerlang Aidid dalam PT3 ialah hasil ... usahanya yang bersungguh-sungguh

a)

dari

b)

bagi

c)

untuk

d)

daripada

7.

Ayah berlari ________ kawasan tebing sungai apabila beliau mendengar sayup-sayup suara orang meminta tolong.

a)

A. di

b)

B. ke

c)

C. pada

d)

D. kepada

8.

Arahan: Pilih ayat-ayat yang menggunakan kata berhuruf condong dengan betul.


I Sumathi menghirup sup yang masih panas itu perlahan-lahan.

II Nyamuk Aedes biasanya menghirup darah mangsanya pada waktu senja.

III Kajian daripada pakar menunjukkan bahawa kita boleh terkena penyakit serius jika kerap menghirup asap rokok.

IV Afiqah gemar bersiar-siar di taman itu sambil menghirup udara yang segar.

a)

I dan II

b)

II dan III

c)

III dan IV

d)

I dan IV

9.

Arahan: Pilih ayat-ayat yang menggunakan kata berhuruf condong dengan betul

I Pasaran saham tempatan ditutp rendah petang ini setelah susut sebanyak 6.4 mata.

II Belon itu susut kerana dicucuk dengan jarum oleh adik.

III Paras air di Sungai Pahang semakin susut apabila musim kemarau telah melanda negeri Pahang.

IV Berat badan Aisyah semakin susut kerana sudah seminggu dia mengalami demam panas.

a)

I dan II

b)

II dan III

c)

III dan IV

d)

I dan IV

10.

Puan Rosma menjemput kami makan di rumahnya sebagai menghargai pertolongan kami.

Pepatah yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah

a)

orang berbudi kita bahasa, orang memberi kita merasa

b)

lembu punya susu sapi dapat nama

c)

pahit dahulu manis kemudian

d)

ringan tulang berat perut

11.

Mak Tijah tidak menduga anaknya yang lemah dalam pelajaran dahulu kini bergelar siswazah.

Bidalan yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah

a)

biar putih tulang jangan putih mata

b)

genggam bara api biar sampai jadi arang

c)

yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran

d)

belakang parang sekali pun kalau diasah akan tajam juga

12.

Pilih ayat yang betul.


i Baju itu dibeli oleh Puan Jamilah untuk anaknya.

ii Longkang itu telah bercuci oleh Pak Kamal.

iii Farid paling lewat datang ke sekolah.

iv Sungguh nyaman udara di puncak bukit itu.

a)

i dan ii

b)

iii dan iv

c)

i, iii dan iv

d)

i, ii, iii, dan iv

13.

Pilih ayat yang betul.


i Gerai buah- buahan Pak Usu terletak pada tepi jalan.

ii Kedua anak Encik Asim bekerja sebagai mekanik.

iii Pisang goreng Mak Cik Sarah laris kerana sangat sedap.

iv Puan Adila melayan para pelanggannya dengan mesra.

a)

i dan ii

b)

ii dan iv

c)

iii dan iv

d)

i, ii, iii dan iv

14.

Pilih ejaan yang betul?

a)

cendiakawan

b)

cendekiawan

15.

Pilih ejaan yang betul?

a)

kerenah

b)

karenah

16.

Pilih ejaan yang betul?

a)

mengehadkan

b)

menghadkan

17.

Pilih ejaan yang betul?

a)

efisien

b)

efisyen

18.

Keputusan rasmi pertandingan menulis surat kepada Perdana Menteri itu telah kami terima.

a)

telah diterima oleh kami

b)

telah kami menerima

c)

kami telah terima

d)

Tiada kesalahan

19.

Seorang dari peserta rancangan realiti televisyen itu menjadi jutawan setelah berjaya menjawab soalan yang diberikan.

a)

Seorang daripada peserta-peserta

b)

Seorang dari peserta-peserta

c)

Seorang daripada peserta

d)

Tiada kesalahan

20.

Pengalamannya yang bertambah dari setahun ke setahun menyebabkan dia semakin yakin dalam menjalankan tugas sebagai pendidik.

a)

dari tahun ke setahun

b)

daripada tahun ke tahun

c)

daripada setahun ke setahun

d)

dari setahun ke setahun