WorksheetsBAHASA MELAYU-ULANGKAJI KERTAS 1
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai.
Ibu segera mengelap air sirap yang tertumpah di atas meja itu supaya semut-semut tidak ____________nya.
menghurungi
mengelilingi
mendatangi
menghinggapi
Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai.
Abang Din yang dituduh merosakkan surau itu tetap bersabar _______________ pelbagai cemuhan dilemparkan oleh penduduk kampung terhadapnya.
ketika
biarpun
lantaran
sementara
Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai.
Tugas sebagai tentera memerlukan kudrat dan ____________ yang tinggi, terutamanya ketika berada di medan perang.
daya usaha
daya tahan
daya saing
daya cipta
Kain songket bercorak siku keluang _____________ dengan begitu teliti untuk mengekalkan kekemasan dan keindahan seni warisan.
dianyam
disulam
ditenun
dijahit
Pengetua menyampaikan _____________ kepada murid-murid yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran malaysia supaya belajar dengan bersungguh-sungguh.
teguran
amaran
amanat
petunjuk
Ayat-ayat di bawah ini mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan, kesalahan itu telah ditandakan dengan A, B, atau C dan jika tiada kesalahan telah ditandakan dengan D.
Oleh sebab telah lama tidak bersua, kakak dan kawannya bertukar-tukar pelbagai cerita menarik di pertemuan itu.
A. Oleh sebab
B. pelbagai
C. di
D. tiada kesalahan
Ayat-ayat di bawah ini mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan, kesalahan itu telah ditandakan dengan A, B, atau C dan jika tiada kesalahan telah ditandakan dengan D.
Ketiga-tiga tokoh motivasi terkenal itu akan membincangkan pandangan mereka tentang isu gejala sosial dalam forum yang akan diadakan pada malam ini.
A . Ketiga-tiga
B. pandangan
C. pada
D. Tiada kesalahan
Ayat-ayat di bawah ini mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan, kesalahan itu telah ditandakan dengan A, B, atau C dan jika tiada kesalahan telah ditandakan dengan D.
"Bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat biskut kacang ini ialah gula, mentega, telur putih, dan tepung gandum." kata chef itu.
A. Bahan-bahan
B. ialah
C. telur putih
D. Tiada kesalahan
Ayat-ayat di bawah ini mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan, kesalahan itu telah ditandakan dengan A, B, atau C dan jika tiada kesalahan telah ditandakan dengan D.
Guru-guru telah memberikan beberapa buah pandangan semasa sesi dialog dengan pengetyua yang baharu.
A. memberikan
B. buah
C. baharu
D. Tiada kesalahan
pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul.
I Sudah menjadi rasmi Salmah bersalaman dengan gurunya setiap kali habis kelas.
II "Kita harus mengikut rasmi padi, semakin berisi semakin tunduk," kata Tok Mat.
III Cikgu kasim mengajar murid-murid cara-cara menulis surat kiriman rasmi.
IV Bangunan tambahan di hospital itu akan dibuka secara rasmi oleh Menteri Kesihatan.
I dan II sahaja
III dan IV sahaja
I, II, dan III sahaja
II, III, dan IV sahaja
pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul.
I Kami pulang dengan hampa kerana kalah dalam perlawanan itu.
II Ibu membuang padi yang hampa itu ke dalam tong sampah.
III Dania sungguh hampa apabila gagal dalam temu duga itu.
IV Dia rela menjadi hampa lantaran kemiskinan hidup.
I dan II sahaja
III dan IV sahaja
I, II, dan III sahaja
II, III, dan IV sahaja
Bahagian yang bergaris dalam ayat yang berikut mungkin mengandungi kesalahan penggunaan bahasa atau mengkin juga tidak. Tandakan sama ada A, B, atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan.
Walaupun saya menafikannya, ibu masih bertanya kepada saya tentang tuduhan tersebut.
bertanya pada saya
bertanyakan kepada saya
menanyakan kepada saya
bertanya kepada saya
Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau maksud yang paling hampir dengan ayat yang diberikan.
Persatuan Ibu Bapa dan Guru akan membantu pihak sekolah menjalankan pelbagai aktiviti kebajikan.
Aktiviti kebajikan akan dilaksanakan oleh pihak sekolah kerana Persatuan Ibu Bapa dan Guru berhasrat untuk membantu.
Persatuan Ibu Bapa dan Guru akan bertanggungjawab untuk menjalankan pelbagai aktiviti kebajikan di sekolah.
Pelbagai aktiviti kebajikan akan dibantu oleh pihak sekolah bersama dengan Persatuan Ibu Bapa dan Guru.
Pelbagai aktiviti kebajikan yang dijalankan oleh pihak sekolah akan dibantu oleh Persatuan Ibu Bapa dan Guru.
Pilih ayat-ayat yang betul.
I Oleh sebab tidak sihat, saya tidak dapat berlatih bola sepak pada petang ini.
II Suadah berhari-hari ayah dan ibu membincangkan persiapan majlis perkahwinan abang saya.
III Persatuan Bahasa Melayu bercadang untuk mengadakan jamuan akhir tahun di Restoran Kampungku.
IV Penglibatan murid-murid dalam perlumbaan haram adalah di antara soalan yang diajukan oleh wartawan itu.
I dan II sahaja
III dan IV sahaja
I, II, dan III sahaja
II, III, dan IV sahaja
Pilih peribahasa yang paling sesuai.
Lee Mei dan adiknya selalu bertengkar, namun mereka akhirnya akan berbaik semula.
Keadaan ini sesuai dengan peribahasa..
didengar ada dipakai tiada
seperti embun di hujung rumput
sedikit-sedikit lama-lama menjadi bukit.
carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga.
Baca syair ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
Dalam rangkap pertama, penyair menyatakan bahawa pihak berkuasa hendaklah
membantu golongan atasan sahaja.
mengesyaki semua orang dan menangkap mereka.
menghukum seseorang yang dituduhmelakukan kesalahan.
menjalankan tugas dengan adil tanpa mengira pangkat dan darjat.
Yang berikut merupakan peranan anggota masyarakat dalam mengukuhkan perpaduan seperti yang digambarkan oleh penyair, kecuali..
orang kaya sedia membantu golongan yang memerlukan
pemimpin mementingkan pangkat dan darjat masing-masing.
golongan tua dan muda berganding bersama-sama.
pihak berkuasa membantu semua orang tanpa mengira pangkat.
Baris syair di atas merujuk kepada gaya bahasa
inversi
anafora
metafora
hiperbola
Apakah persoalan yang terdapat dalam syair tersebut?
Pangkat tidak membezakan seseorang dalam masyarakat
Pihak berkuasa mempunyai kuasa untuk menghukum semua orang
Setiap anggota masyarakat perlu mementingkan kehidupan sendiri agar tidak terlibat dalam masalah.
Golongan muda tidak perlu berganding bahu dengan golongan tua dalam menjayakan sesuatu program kemasyarakatan.
Apakah tema Syair Pohon Buluh?
Perpaduan atau keutuhan hidup bersatu
Kekuasaan dan pangkat pihak berkuasa
Golongan tua dan golongan muda hidup bersaudara
Setiap anggota masyarakat bertanggungjawab untuk menjaga nama baik negara
