NEW
Font size
WorksheetsTINGKATAN 4 UNIT 9 PERPADUAN MASYARAKAT ASAS KEMAKMURAN
Total questions: 8
Worksheet time: 4mins
Apakah maksud Perpaduan?
Menghargai dan memuliakan seseorang serta menghormati peraturan institusi sosial.
Sifat yang wajar seperti bertimbang rasa, tolong-menolong dan bersimpati yang perlu dimiliki oleh setiap manusia.
Proses menyatupadukan seluruh masyarakat dan negara supaya setiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta dan bangga terhadap tanah air.
Sifat utama yang melahirkan jati diri produktif dan berkualiti dalam setiap perlakuan.
Yang berikut merupakan antara contoh amalan perpaduan di Malaysia, kecuali
Aktiviti Patriotik
Kelestarian Alam
Majlis Keramaian
Kerosakan akhlak dalam kalangan anggota keluarga
Agensi kerajaan yang bertanggungjawab memupuk semangat perpaduan. KECUALI
Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional (Jabatan Perdana Menteri)
Rukun Negara
Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara
Jabatan Penerangan Malaysia
Mengekalkan kedaulatan negara dan keselamatan negara merupakan salah satu kepentingan amalan perpaduan dalam masyarakat majmuk
Betul
Salah
Apakah kesan jika perpaduan kaum tidak wujud?
Keadaan negara aman damai
Tidak akan berlaku pertelingkahan antara kaum
Ekonomi negara meningkat
perpecahan kaum
Tindakan rakyat yang boleh menjejaskan perpaduan kaum ialah...
Menyertai aktiviti yang boleh memecahbelahkan perpaduan kaum
Menghormati budaya kaum lain
Menjaga keamanan negara
Menjalankan apa-apa aktiviti bagi meningkatkan dan mengukuhkan semangat kejiranan, perpaduan, muhibah, keharmonian, keselesaan, keamanan, kerjasama, keselamatan, kebajikan, kesihatan, kesejahteraan ekonomi dan kualiti hidup di kalangan anggota masyarakat merupakan peranan ?
Jabatan Penerangan Malaysia
Rukun Tetangga
Jabatan Kesenian dan Kebudayaan Malaysia
Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional (Jabatan Perdana Menteri)
Berikut merupakan cabaran dalam membentuk amalan perpaduan di malaysia .....
i/ Penyebaran maklumat palsu dan negatif
ii/ Kurang menerima, menghormati dan mengurus
iii/ kurangnya pemahaman agama dan kebudayaan kaum lain
iv/ Penguasaan bahasa kebangsaan
I dan II sahaja
I, III dan IV sahaja
I, II, dan III sahaja
Kesemua di atas
