Font size
WorksheetsSAINS TINGKATAN 1UJIAN SUMATIF 2
Total questions: 40
Worksheet time: 42mins
Antara radas berikut, yang manakah sesuai digunakan untuk menyukat isi padu cecair seperti 18 ml dan 55 ml?
Rajah 1 menunjukkan simbol amaran berbahaya di makmal.
Antara bahan kimia berikut, yang manakah bahan yang sepadan dengan simbol itu?
Fosforus
Petrol
Kloroform
Gas butana
Antara kuantiti fizik berikut, yang manakah unit S.I?
Kelvin
Minit
Gram
Kilometer
Antara yang berikut, pilih pertukaran unit kuantiti asas yang betul
2.3 kg → 23000 g
670 mm → 0.067 m
55 g → 0.055 kg
550 cm → 55 m
Langkah manakah yang ditentukan semasa merancang suatu eksperimen?
Mengenal pasti pemboleh ubah
Mengenal pasti masalah
Membuat hipotesis
Mengumpul data
Rajah 2 menunjukkan satu bentuk pada kertas grid.
Anggarkan luas bentuk itu.
13 cm2
11 cm2
9 cm2
7 cm2
Rajah 3 menunjukkan satu sel haiwan.
Antara yang berikut, yang manakah merupakan fungsi struktur yang berlabel P?
Mengawal semua aktiviti sel
Menghasilkan tenaga untuk tindak balas.
Menyimpan bahan-bahan terlarut untuk kegunaan sel
Mengawal pergerakan bahan ke dalam dan ke luar sel.
Antara yang berikut, yang manakah perbandingan yang benar antara sel haiwan dan sel tumbuhan
Kedua-dua sel mempunyai kloroplas.
Kedua-dua sel mempunyai dinding sel.
Kedua-dua sel mempunyai membran sel.
Kedua-dua sel mempunyai vakuol yang bersaiz besar
Apakah homeostasis?
Reaksi kepada seseorang atau sesuatu.
Pengekalan keadaan persekitaran dalam badan sesuatu organisma
Penyesuaian yang membantu organisma hidup
Keupayaan untuk menggunakan bahagian-bahagian yang berlainan dalam badan bersama-sama dengan lancar dan cekap
Maklumat berikut menerangkan tentang fungsi sistem X di dalam badan manusi.
- Merembeskan hormon untuk mengkoordinasikan aktiviti badan bersama-sama sistem saraf
- Kelenjar pituitari merupakan kalenjar utama dalam sistem ini.
Apakah sistem X?
Sistem endokrin
Sistem perkumuhan
Sistem limfa
Sistem pencernaan
Rajah 4 menunjukkan sistem pembiakan perempuan.
Antara A, B, C dan D, yang manakah perlu dipotong dan diikat untuk mencegah kehamilan yang seterusnya.
A
B
C
D
Berapa lamakah tempoh satu kitar haid.
270 hari
90 hari
28 hari
7 hari
Apakah masalah yang sesuai untuk mengatasi masalah kemandulan yang disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon?
I - Rawatan hormon
II - Pembedahan
III - Persenyawaan in vitro
IV - IUCD
I, II dan III
I, II dan IV
I, III dan IV
II, III, dan IV
Apakah persamaan antara proses pendidihan dan penyejatan?
Kedua-dua proses berlaku pada suhu 100 Celcius
Kedua-dua proses berlaku pada keseluruhan air
Kedua-dua proses melibatkan pembebasan haba
Kedua-dua proses melibatkan perubahan keadaan cecair kepada wap
Antara yang berikut yang manakah bukan contoh jirim.
Kilat
Bunga
Minyak
Belon
Antara proses berikut, yang manakah akan menyebabkan perubahan kimia?
Peleburan ais
Pendidihan air
Pereputan daun
Pembentukkan embun
Apakah tujuan menggunakan kaedah pengapungan?
Untuk mengasingkan pepejal dan pepejal
Untuk mengasingkan pepejal dan cecair
Untuk mengasingkan bahan-bahan yang berlainan isi padu
Untuk mengasingkan bahan-bahan yang berlainan ketumpatan
Antara organisma berikut, yang manakah mengekalkan suhu badan dengan menjelirkan lidahnya semasa cuaca panas
Kucing
Beruang
Anjing
Cicak
Bahagian ______ lobak merah induk akan berkembang menjadi lobak merah baharu.
akar
batang
daun
pucuk
Antara berikut, yang manakah membantu dalam proses kawal atur suhu badan?
Otak
Peparu
Perut
Hati
Proses respirasi sel dapat diringkaskan dengan persamaan perkataan berikut.
Glukosa + X → Air + Karbon dioksida + Y
Antara yang berikut, yang manakah mewakili X dan y?
X : Klorofil , X : Oksigen
X : Tenaga, X : Klorofil
X : Klorofil , X : Tenaga
X : Oksigen , X : Tenaga
Rajah diatas menunjukkan proses pendebungaan.
Antara anak panah yang berikut, yang manakah menunjukkan pendebungaan kacuk? Pilih jawapan berdasarkan gambar tersebut.
A
B
C
D
Rajah di atas menunjukkan sejenis pembiakan aseks.
Antara organisma berikut, yang manakah menggunakan kaedah pembiakan yang sama seperti yang ditunjukkan dalam Rajah di atas?
Amoeba
Hydra
Paku pakis
Kulat
Antara padanan berikut, yang manakah padanan yang betul bagi organisma dan cara pembiakan?
Organisma: Amoeba , Cara pembiakan: Pertunasan
Organisma: Yis , Cara pembiakan: Belahan dua
Organisma: Lumut , Cara pembiakan: Spora
Organisma: Halia, Cara pembiakan: Penjanaan semua
Apakah organ yang mengawal atur jumlah air dalam badan manusia?
Trakea
Mata
Perut
Buah pinggang
Rajah 1 menunjukkan tiga langkah untuk mengukur isipadu gabus.
Urutan manakah yang menunjukkan langkah yang betul?
L – M – N
M – N – L
L – N – M
M – L – N
Antara yang berikut, yang manakah merupakan ciri sel darah merah?
Tidak mengandungi hemoglobin.
Jangka hayat selama 50 hari
Berbentuk cakera dwicekung.
Sel yang matang mempunyai nukleus
Yang manakah suatu fenomena semula jadi?
Menanam pokok manga
Biji benih bercambah
Sebiji bom meletup
Memasak
Apakah contoh organisma multisel?
Amoeba
Hydra
Chlamydomonas
Paramecium
Aiman sedang berjemur di bawah sinaran cahaya matahari. Antara berikut, yang manakah merupakan mekanisme pembetulan yang dihadapi oleh Aiman?
Otot rangka mengecut dan mengendur dengan aktif.
Buku roma menegak
Salur darah mengembang.
Kurang berpeluh
Antara yang berikut, yang manakah terdiri daripada satu jenis zarah sahaja?
Gula
Garam
Zink
Pasir
Puan Salmah baru pulang dari kedai runcit dan membeli satu kilogram kacang hijau untk membuat bubur. Secara tidak sengaja, anak perempuannya telah mencampurkan kacang hijau yang belum dimasak tersebut dengan larutan garam. Antara kaedah yang berikut yang manakah sesuai untuk digunakan oleh Puan Salmah untuk mengasingkan semula kacang hijau tersebut?
Penapisan
Penyulingan
Kromotografi
Pemisah menggunakan magnet
Terdapat tiga subatom dalam satu atom iaitu...
(Tiga jawapan)
Proton
Elektron
Proton saga
Pepejal
Neutron
- Bahan yang paling ringkas
- Tidak boleh diuraikan secara kimia kepada dua atau lebih bahan yang lebih ringkas lagi
- Terdapat hanya satu jenis zarah
Unsur
Sebatian
Campuran
Separa
Antara kumpulan berikut, yang manakah terdiri daripada sebatian sahaja?
Gula, tanah dan berlian
Plastik, klorin dan petrol
Oksigen, hidrogen dan nitrogen
Garam, ubat gigi dan sabun
Raju mendapati tayar basikalnya yang kempis mengembang selepas dipam. Mengapakah hal ini berlaku?
udara keluar daripada tayar basikal
tayar basikal mengembang secara automatik
udara memenuhi ruang di dalam tayar basikal
tayar basikal mempunyai udara yang keluar
Manakah antara berikut merupakan susunan zarah-zarah dalam keadaan cecair?
Ibu Ali telah memasak air dalam cerek. Ali dapat melihat stim keluar daripada penutup cerek. Apakah proses yang berlaku dan menyebabkan stim terbentuk?
Kondensasi
Pendidihan
Penyejatan
Peleburan
Jika kitar haid Lisa bermula pada 5 Jun 2020, bilakah kemungkinan berlakunya pengovulan pada kitaran ini?
10 Jun 2020
17 Jun 2020
18 Jun 2020
3 Julai 2020
Antara yang berikut, yang manakah dijumpai dalam sel daun tetapi tidak dalam sel otot?
Nukleus
Kloroplast
Sitoplasma
Membran sel
