NEW
Font size
Worksheets6 Fizik Nuklear
Total questions: 20
Worksheet time: 20mins
Tenaga yang besar dibebaskan semasa neutron melanggar nukleus yang berat membentuk dua nukleus yang lebih ringan berserta dua atau tiga nukleon.
Apakah nama proses ini?
Tindak balas berantai
Tindak balas nuklear
Pembelahan nuklear
Pelakuran nuklear
Alfa boleh dihentikan oleh ....................
Beberapa mm aluminium
Beberapa cm blok plumbum
Konkrit tebal
Sehelai kertas
Beta boleh dihentikan oleh ...............
Sehelai kertas
Beberapa mm aluminium
Beberapa cm blok plumbum
Kuasa penembusan Gama adalah ...............
Rendah
Sederhana
Sangat tinggi
Apakah keradioaktifan?
proses pereputan satu atom yang stabil
proses pembentukan satu atom yang stabil
proses pereputan nukleus yang tidak stabil
proses pembentukan nukleus yang stabil
Bekas yang digunakan untuk menyimpan sisa bahan radioaktif mestilah diperbuat daripada
plumbum
kayu
plastik
aluminium
Antara tindak balas nuklear berikut, yang manakah contoh pelakuran nukleus?
Dalam suatu tindak balas nuklear,
5.265 x 10-10 J tenaga dibebaskan. Berapakah cacat jisim bagi tindak balas ini?
[Diberi c = 3 x 108 m s-1]
Rumus : E = mc2
4.74 x 107 kg
1.58 x 10-2 kg
1.76 x 10-18 kg
5.85 x 10-27 kg
Pembelahan nuklear dan pelakuran nuklear membebaskan jumlah tenaga yang besar, E seperti yang ditunjukkan oleh persamaan di bawah. Apakah m?
E = mc2
Cacat jisim
Jisim genting
Jumlah jisim sebelum tindak balas nuklear
Jumlah jisim selepas tindak balas nuklear
Apakah maksud separuh hayat?
Masa yang diambil oleh bahan untuk menjadi lebih stabil
Masa yang diambil oleh bahan radioaktof untuk menjadi separuh dari asal
Masa yang diambil oleh bahan radioaktif untuk berubah jisim kepada lebih kecil
Masa yang siambil oleh bahan radioaktif untuk menjadi suku dari asal
Namakan sinaran radioaktif X?
Gama
Beta
Alfa
Bahan ini digunakan untuk menentukan usia artifak purba. Apakah bahan ini?
Carbon-14
Iodin-131
Cobolt-60
Apabila satu sampel Radium-226 mereput, tenaga yang dibebaskan ialah 7.81 × 10-13 J. Berapakah cacat jisim?
[Diberi c = 3 x 108 m s-1]
Rumus : E = mc2
8.68 × 10-30 kg
2.60 × 10-21 kg
3.84 × 1020 kg
1.15 × 1029 kg
Dalam sebuah reaktor nuklear, kadar tindakbalas berantai dikawal oleh
rod-rod uranium
rod-rod boron
teras grafit
pengadang konkrit
Berdasarkan persamaan, berapakah jisim yang ditukarkan kepada tenaga?
0.0025 uja
0.0050 uja
0.0060 uja
0.0075 uja
Rajah menunjukkan lengkung reputan bagi satu bahan radioaktif, Ruthenium-106.
Berapakah separuh hayat bagi sampel radioaktif tersebut?
0.2 tahun
0.4 tahun
1.0 tahun
2.9 tahun
Meter kadar pada satu tiub G-M mencatatkan sinaran latar belakang 40 bilangan per minit. Apabila satu bahan radioaktif diletakkan di hadapan tiub G-M, meter kadar mencatatkan 160 bilangan per minit. Selepas 6 jam, bacaan meter kadar menjadi 55 bilangan per minit.
Tentukan separuh hayat bagi bahan radioaktif itu
1 jam
2 jam
4 jam
6 jam
Rajah menunjukkan siri pereputan nucleus W kepada nucleus Z.
Berapakah bilangan zarah alfa dan zarah beta yang dipancarkan dalam proses ini?
alfa: 1 beta: 2
alfa: 1 beta: 1
alfa: 2 beta: 2
alfa: 2 beta: 1
Apabila Americium-241 mereput kepada Neptunium-X, proses ini memancarkan zarah alfa.
Apakah X, Y dan Z?
X:241 Y:93 Z: 0
X:237 Y:93 Z: 2
X:237 Y:90 Z: 1
X:240 Y:93 Z: 2
Rajah menunjukkan graf lengkung pereputan bahan radioaktif.
Jika aktiviti awal bahan radioaktif adalah 800 bilangan per minit, apakah aktiviti selepas 1 jam?
50
100
200
400
