wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

MEMAHAMI IKTIBAR BAB 1 - BAB 4 SEJARAH 3

Total questions: 10

Worksheet time: 20mins

Name
Class
Date
1.

Kuasa Barat datang ke negara kita ingin mengaut keuntungan dalam aktiviti perdagangan. Namun mereka berada di negara kita apabila memlihat banyak khazanah negara untuk dieksploitasi sehingga membuat petempatan.

a)

Bertanggungjawab mempertahankan kedaulatan negara

b)

Menghargai kemakmuran dan kekayaan negara kita

2.

Negara Barat telah melakukan pelbagai strategi untuk mendapatkan kekayaan negara kita. Sultan dan pembesar Melayu sering kali dimanipulasi agar tertipu dengan tipu helah mereka.

a)

Kita haruslah bersatu padu dalam menentang penjajah

b)

Kita haruslah berwaspada dengan anasir luar

3.

Sultan Kedah tidak membuat perjanjian semasa Francis Light menawarkan bantuan ketenteraan British. Kesannya, Sultan Kedah diserang oleh Siam dan British tidak membantu. Namun Sultan Kedah telah kehilangan Pulau Pinang di tangan Francis Light.

a)

Kita mestilah bijak dalam membuat sebarang keputusan

b)

Kita mestilah berwaspada dengan anasir luar

4.

Kejatuhan Pulau Pinang, Singapura dan Melaka ke tangan British menandakan strategi yang digunakan British berjaya. Sultan dan pembesar gagal dalam mempertahankan kedaultan masing-masing.

a)

Kita haruslah menjaga kedaulatan negara daripada anasir luar

b)

Kita haruslah menjaga kestabilan dan kemakmuran negara kita

5.

Perjanjian British dan Belanda telah memecahkan Alam Melayu kepada dua entiti geopolitik yang kekal sehingga hari ini.

a)

Kita haruslah bijak dalam membuat keputusan agar kedaulatan negara terjamin

b)

Kita haruslah mempertahankan kedaulatan negara daripada pencerobohan kuasa asing

6.

Pembentukan Negeri-negeri Selat menandakan British berjaya menjamin kedudukan politik dan ekonomi di negara kita. Kesannya, British meneruskan peluasan kuasanya ke negeri-negeri Melayu yang lain bagi mendapatkan hasil bumi yang lebih banyak.

a)

Kita mestilah menjaga kedaulatan negara kita daripada kuasa luar

b)

Kita mestilah menjaga keistimewaan negara kita daripada dieksploitasi kuasa asing

7.

Kekayaan negeri-negeri Melayu dengan bijih timah dan emas telah menggiatkan usaha British meneruskan peluasan kuasa. Bijih timah penting sehingga orang Cina dan India dibawa masuk untuk mengusahakan perlombongan bijih timah.

a)

Kita haruslah bijak dalam mengurus perdagangan agar terus maju

b)

Kita sewajarnya bersyukur negara kita dikurniakan kekayaan hasil bumi

8.

Raja Abdullah telah dilantik menjadi Sultan melalui Perjanjian Pangkor. Namun kesan perjanjian ini telah menyebabkan British lebih berkuasa melalui Sistem Residen.

a)

Kita haruslah bijak dalam membuat sebarang keputusan

b)

Kita haruslah berwaspada dalam melakukan sesuatu

9.

Negeri Kedah, Kelantan, Perlis, Terengganu dan Johor mempunyai sistem pemerintahan yang teratur. Malahan mempunyai pentadbiran yang sistematik. Hal ini menyebabkan British berusaha mendapatkan negeri-negeri ini melalui perjanjian yang berperingkat.

a)

Kita haruslah bijak mengatur strategi

b)

Kita haruslah berusaha mengekalkan kestabilan politik

10.

Johor merupakan negeri yang mempunyai pentadbiran yang moden. Oleh itu, British sukar untuk mendapatkan Johor. Kebijaksanaan pemerintah menyebabkan Johor terus maju dan makmur.

a)

Kita haruslah mencontohi kewibawaan pemimpin dalam memperjuang martabat bangsa

b)

Kita haruslah mecontohi sikap jujur dan tanggungjawab oleh pembesar dalam menjalankan tugas