NEW
Font size
WorksheetsGARAM DAN ANALISIS KUALITATIF
Total questions: 25
Worksheet time: 50mins
Antara yang berikut, yang manakah garam tak terlarutkan?
Ammonium klorida
Kalsium sulfat
Plumbum (II) nitrat
Natrium karbonat
Antara yang berikut, yang manakah BUKAN ciri-ciri suatu hablur?
Mempunyai permukaan yang rata
Mempunyai sisi yang lurus
Mempunyai bucu yang tajam
Mempunyai saiz yang tetap
Antara pasangan berikut, yang manakah dapat menghasilkan garam tak terlarutkan?
I HCl (ak) + AgNO3 (ak)
II K2CO3 (ak) + ZnCl2 (ak)
III CuSO4 (ak) + Pb(NO3)2 (ak)
IV Mg(NO3)2 (ak) + CuCl2 (ak)
II dan III sahaja
I, II dan III sahaja
II dan IV sahaja
I, II, III dan IV
Gas Y dialir melalui kalium manganat (VII) berasid. Warna larutan berubah daripada ungu kepada tak berwarna. Gas Y ialah...
karbon dioksida
hidrogen klorida
nitrogen dioksida
sulfur dioksida
Rajah menunjukkan langkah-langkah yang terlibat dalam pengecaman kation dalam satu larutan.
Apakah larutan X?
Asid nitrik pekat
Asid sulfurik pekat
Kalium hidroksida pekat
Natrium hidroksida pekat
Antara yang berikut, yang manakah benar tentang garam
CuCO3
Garam itu larut dalam air
Garam itu membebaskan karbon monoksida apabila dipanaskan dengan kuat
Garam itu bertindak balas dengan asid sulfurik untuk menghasilkan kuprum (II) sulfat dan air sahaja
Garam itu dapat dihasilkan dengan penambahan larutan kuprum (II) nitrat dengan larutan natrium karbonat
Bahan manakah yang membentuk mendakan kuning apabila ditambahkan kepada larutan plumbum (II) nitrat?
Natrium klorida
Natrium karbonat
Kalium iodida
Kalium sulfat
Antara berikut kation manakah yang larut dalam larutan ammonia berlebihan?
Zn2+
Mg2+
Pb2+
Al3+
Apakah yang dapat diperhatikan dalam bikar?
Mendakan perang terbentuk
Mendakan biru terbentuk
Larutan hijau terbentuk
larutan kuning terbentuk
Antara kation berikut yang manakah tidak larut dalam larutan ammonia berlebihan?
Cu2+
Zn2+
Al3+
Na+
Tindak balas antara argentum nitrat dengan bahan T menghasilkan mendakan putih.
Apakah bahan T tersebut?
Asid hidroklorik
Asid etanoik
Asid karbonik
Asid nitrik
Garam X apabila dipanaskan dengan kuat menghasilkan baki berwarna putih dan membebaskan gas yang mengeruhkan air kapur.
Apakah garam X?
Natrium karbonat
Kalium karbonat
Zink karbonat
Aluminium karbonat
Antara berikut kation manakah yang tidak larut dalam larutan natrium hidroksida berlebihan?
Ca2+
Pb2+
Zn2+
Al3+
Apakah nama larutan V?
Magnesium nitrat
Magnesium sulfat
Magnesium klorida
Magnesium karbonat
Antara berikut larutan manakah yang digunakan untuk menguji kehadiran ion klorida
Ferum (II) sulfat
Argentum nitrat
Barium klorida
Kalium iodida
Rajah menunjukkan susunan radas bagi mengkaji kesan haba ke atas garam. Antara pernyataan berikut, yang manakah benar tentang garam itu?
Garam itu ialah suatu sebatian organik
Garam itu tidak larut di dalam air
Garam itu terurai untuk membentuk oksida logam, gas oksigen dan gas nitrogen dioksida
Garam itu bertindak balas dengan larutan natrium hidroksida untuk membentuk mendakan putih
Antara berikut larutan manakah yang digunakan untuk menguji kehadiran ion sulfat?
Kalium iodida
Argentum nitrat
Barium klorida
Ferum (II) sulfat
rajah menunjukkan dua ujian kimia untuk mengenal pasti kation dalam suatu larutan.
Apakah yang diperhatikan dalam tabung uji II?
Cincin perang terbentuk
Mendakan hijau terbentuk
larutan biru tua terbentuk
mendakan kuning terbentuk
Berdasarkan maklumat di atas, terdapat dua kation yang hadir dalam larutan itu. Bagaimanakah kita hendak membezakan kation dalam larutan itu?
Tambah HCl dan diikuti dengan larutan BaCl2
Tambah asid HNO3 dan diikuti dengan larutan AgNO3
Tambah larutan KI
Tambah reagen Nessler
Antara reagen berikut, yang manakah boleh digunakan untuk mengenal pasti kation dan anion yang hadir dalam larutan itu?
Kation: Larutan kalium heksasianoferat (III)
Anion: Larutan argentum nitrat
kation: Larutan kalium heksasianoferat (III)
anion: larutan barium nittrat
kation: larutan kalium tiosianat
anion: larutan argentum nitrat
kation: larutan kalium tiosianat
anion: larutan barium nitrat
Antara yang berikut, yang manakah TIDAK menghasilkan gas perang apabila dipanaskan dengan kuat?
Magnesium nitrat
Kalsium nitrat
Plumbum (II) nitrat
Kalium nitrat
Formula bagi suatu garam sulfat ialah MSO4. Garam MSO4 dapat disediakan dengan menambahkan oksida M kepada asid sulfurik.
Antara yang berikut, yang manakah benar tentang garam MSO4?
Garam MSO4 larut dalam air.
MSO4 ialah sebatian kovalen.
M ialah ion kalsium
M ialah ion plumbum (II)
Garam X digunakan dalam bidang industri makanan. Garam X digunakan sebagai serbuk penaik untuk pembuatan kek dan roti.
Apakah garam X?
Barium sulfat, BaSO4
Ammonium sulfat, (NH4)2SO4
Ammonium nitrat, NH4NO3
Natrium hidrogen karbonat, NaHCO3
Apakah proses yang ditunjukkan dalam rajah berikut?
Penyediaan garam tak terlarutkan
Penyediaan garam terlarutkan
Penulenan garam tak terlarutkan
Penulenan garam larut
