Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

NOVEL SEJAMBAK BAKTI TINGKATAN 1

Total questions: 11

Worksheet time: 47mins

Name
Class
Date
1.

Bab 1 Kisah di Kedai Koperasi


Kedai Koperasi Sekolah Menengah Teknik Pertanian Seri Kayangan telah ditubuhkan kira-kira lima tahun yang lalu. Pada pagi itu, terdapat seorang pembantu kedai dan tiga orang ahli lembaga pengarah sedang sibuk melayani pembeli-pembeli dengan sabar dan baik. Sebagai ahli lembaga pengarah yang bertugas sebagai jurujual telah menegur seorang pelajar lelaki yang cuba mencuri sebatang pen. Cikgu Zulkifli masuk ke kedai itu dan memberitahu ahli lembaga pengarah bahawa pada petang, mesyuarat lembaga pengarah kali pertama tahun itu akan diadakan. Norlela sebagai pembantu kedai juga dijemput hadir dalam mesyuarat itu.


Nyatakan perkara atau kejadian yang dapat kamu fahami serta ingati melalui Bab 1?

4 lines
2.

Bab 2 Mesyuarat Melaksanakan Harapan


Di bilik mesyuarat Sekolah Menengah Teknik Pertanian Seri Kayangan, mesyuarat Lembaga Pengarah telah diadakan. Sebanyak 11 orang murid dan empat orang guru yang dilantik sebagai ahli Lembaga pengarah dengan empat orang guru manakala pengetua sekolah, Cikgu Syamsudin telah menjadi Pengerusi Koperasi sekolah itu. Encik Sulaiman selaku Pegawai Pembangunan Koperasi turut hadir dalam mesyuarat itu. Pengetua mengucap tahniah kepada Razali kerana dipilih sebagai penolong setiausaha. Menurut pengetua, penubuhan koperasi sekolah bertujuan untuk menggalakkan sikap berjimat cermat dan menolong diri sendiri dan antara ahli. Beliau menyeru supaya semua ahli lembaga pengarah dapat menjalankan tugas dengan penuh amanah.

Seterusnya Cikgu Zulkifli membentangkan usul mesyuarat yang lalu, iaitu pertama, koperasi hendak berusaha menternak ayam telur. Kedua, koperasi akan menjual barang-barang makanan dan keperluan lain selain alat tulis, pakaian sukan dan buku-buku. Ketiga, koperasi hendak menubuhkan sebuah bilik bacaan. Ketiga-tiga usul itu diterima oleh ahli lembaga pengarah dengan sebulat suara.


Ringkaskan perkara yang ingin dijalankan di koperasi Sekolah Menengah Teknik Pertanian Seri Kayangan?

4 lines
3.

Bab 3 Perjanjian Membalas Dendam


Munir berasa kesal kerana tidak dipilih sebagai penolong setiausaha lembaga pengarah koperasi sekolah. Dia merungut kepada kawannya Leong dan Silvam. Sebagai ahli lembaga pengarah, mereka berasa tidak puas hati atas kemenangan Razali dipilih sebagai penolong setiausaha. Apabila ternampak Ramlah sedang membantu Razali untuk menyiapkan minit mesyuarat, Munir cemburu dan menyindir Razali sengaja mendekati Ramlah.


Apakah 2 perkara yang membuatkan Munir kesal dan cemburu?

(a)  

4.

Bab 4 Persiapan Kedai Operasi


Pada pagi itu, Norlela dan beberapa orang ahli lembaga pengarah sibuk melayani pelajar di kedai koperasi. Razali mendapati bahawa Munir, Silvam dan Leong tidak datang untuk bertugas di kedai koperasi itu. Swee Lan, Ramlah, Harun, Saridevi dan Razali terpaksa menggantikan tugas mereka. Cikgu Zulkifli berasa kesal atas sikap Munir dan kawannya. Razali menyenaraikan barangan yang hendak dijual di kedai koperasi. Mereka juga hendak menyediakan bilik bacaan dan akhbar dan majalah. Ayah Swee Lan, Encik Aik Hong telah memberikan potongan harga untuk kedai koperasi atas barangan yang akan dijual di koperasi itu. Mereka juga mendapat bantuan daripada Encik Aziz selaku tauke kedai buku dengan potongan harga buku sebagai 20% kepada koperasi sekolah itu.


Antara yang berikut, apakah yang telah dilakukan oleh Razali dan rakannya untuk koperasi sekolah?

a)

Mengganti tugas Munir, Silvam dan Leong

b)

Menyenaraikan barangan yang hendak dijual di kedai koperasi

c)

Ingin menyediakan bilik bacaan dan akhbar dan majalah

d)

Mendapat bantuan daripada Encik Aziz selaku tauke kedai buku dengan potongan harga buku sebagai 20%

5.

Bab 5 Cita-cita dan Harapan


Sebelum pulang, Munir, Leong dan Silvam sedang menunggu Ramlah, Swee Lan dan Saridevi untuk mengajak mereka menonton tayangan gambar. Bagaimanapun Ramlah dan kawan-kawannya menolak ajakan itu. Munir berasa marah dan menganggap bahawa Razalilah yang menyebabkan Ramlah tidak suka akannya. Dia ingin mengajar Razali.

Keesokan hari, Munir cuba mendekati Ramlah yang sedang menyusun rak buku di kedai koperasi, lalu memberi Ramlah sepucuk surat kepadanya. Ramlah menolak dan meminta bantuan daripada Razali. Razali menegur Munir. Munir, Leong dan Silvam meninggalkan kedai koperasi itu. Ramlah juga memberitahukan hal itu kepada Cikgu Zulkifli.


Mengapakah Munir berasa marah terhadap Razali?

a)

Ramlah, Swee Lan dan Saridevi menolak ajakan Munir.

b)

Ramlah menolak surat Munir

c)

Ramlah memberitahu kejadian hari ini kepada Cikgu Zulkifli.

6.

Bab 6 Persiapan


Razali, Cikgu Zulkifli, Cikgu Hassan, Swee Lan, Saridevi dan beberapa orang ahli lembaga pengarah sibuk membersihkan reban-reban ayam . Sebaliknya Ramlah, Cikgu Robeah, Rozita, Harun, Sivam dan Leong sibuk mengemaskan bilik bacaan kerana minggu depan Penolong Pengarah Pembangunan Koperasi Bahagain Sekolah akan melawat ke koperasi mereka. Koperasi sekolah telah memperuntukkan RM 30 untuk membeli akhbar dan majalah dalam bilik baca itu. Ketika mereka sibuk menjalankan tugas pembersihan, Munir bermain bola di padang. Cikgu Zulkifli pergi ke padang dan mendapati Munir telah dihalau keluar dari padang kerana bermain bola dengan kasar. Cikgu Zulkifli menasihati Munir agar melaksanakan tugasnya sebagai ahli lembaga pengarah koperasi sekolah. Munir berjanji bahawa dia tidak ponteng tugas lagi. Cikgu Zulkifli juga memberikan amaran kepada Munir supaya tidak tulis surat kepada Ramlah lagi. Munir berjanji bahawa dia tidak melakukan hal itu lagi.


Apakah nasihat serta teguran yang diberikan oleh Cikgu Zulkifli kepada Munir?

4 lines
7.

Bab 7 Semangat


Encik Mansur selaku Penolong Pengarah Pembangunan Koperasi , Bahagian Fungsi Sekolah-sekolah telah melawat ke Kedai Koperasi Sekolah Menengah Teknik Pertanian Seri, reban ayam telur dan bilik baca. Beliau memberikan pujian atas usaha dan kerjasama semua ahli lembaga pengarah koperasi sekolah itu. Dalam ucapan, beliau berharap agar koperasi sekolah dapat menyemaikan minat berniaga, semangat bekerjasama, bersatu padu dalam kalangan generasi muda.


Apakah ucapan Encik Mansur kepada ahli koperasi sekolah?

a)

Teruskan menjaga ayam telur

b)

Menyemaikan minat berniaga

c)

Terus bersemangat dan bekerjasama

d)

Bersatu padu dalam generasi muda

8.

Bab 8. Mempelajari Ilmu Perdagangan


Di Tingkatan 5C1, Cikgu Saiful, guru mata pelajaran Perdagangan telah membincangkan kepentingan prinsip akaun kepada ahli perniagaan, tetapi Munir asyik mengganggu pelajar lain. Akhirnya Cikgu Saiful menahan Munir di dalam kelas untuk menyalin semua catatan sebelum pulang. Ramlah, Swee Lan, Saridevi, dan Rozita hendak pergi ke rumah Razali untuk mengulang kaji tentang prinsip akaun. Ketika Munir turut dari tangga, dia ternampak Ramlah dan kawan-kawannya bersama dengan Razali dengan muka yang masam.


Mengapakah Munir ditahan oleh Cikgu Saiful dan apakah denda yang dikenakan?

4 lines
9.

Bab 9 Kerja Rumah


Rumah Razali di pinggir sawah. Kedatangan Ramlah dan kawan-kawannya disambut oleh ibu Razali , Mak Sopiah dengan mesra. Mak Sopiah menjemput mereka masuk ke dalam rumah. Bagaimanapun Razali mengajak mereka mengulang kaji di pondok yang terletak di tengah sawah. Ternyata di situ sungguh nyaman dan sunyi. Mak Sopiah turut menghidangkan minuman dan pisang goreng untuk mereka di pondok itu.


Apakah yang ingin dilakukan oleh Razalai dan rakannya di pondok yang terletak di tengah sawah?

4 lines
10.

Bab 10 Pengakuan


Munir dipanggil ke bilik kerjaya. Cikgu Zulkifli dan Cikgu Muniam selaku guru kaunseling dan guru kerjaya sekolah telah meminta Munir memberikan penjelasan tentang sikapnya yang suka mengganggu pelajar lain di dalam kelas dan selalu ponteng ketika menjalankan tugas di kedai koperasi. Munir tidak mengakui tuduhan itu. Setelah diberi nasihat, Munir mengaku tidak akan berbuat demikian lagi. Cikgu Zulkifli berharap agar Munir akan sedar akan kesalahannya.


Mengapakah Munir dipanggil ke bilik kerjaya?

4 lines
11.

Sila pilih jawapan di bawah mengikut susunan yang betul.


i- Pada petang itu, Munir, Leong dan Silvam menunggang motosikal lalu singgah di tepi jalan yang menuju ke arah rumah Razali. Mereka menunggu kedatangan Razali. Ketika ternampak Razali, mereka terus memukul Razali sehingga Razali tersungkur dan mukanya berdarah. Setelah mereka meninggalkan tempat itu, Ramlah, Swee Lan dan Saridevi menunggang basikal ke situ. Setelah mengetahui perlakuan Munir, mereka ingin melaporkan perkara itu kepada Cikgu Zulkifli, tetapi Razali enggan berbuat demikian kerana takut kalau berita itu sampai pada ayah tirinya.


ii- Ketika Razali sampai di rumah, Mak Sopiah amat terkejut melihat keadaan anaknya. Razali pun menyatakan perlakuan Munir terhadapnya. Kebetulan ayah tiri Razali, Pak Zakaria telah pulang. Apabila ternampak keadaan Razali, Pak Zakaria terus menyalahkan Razali sebagai anak yang sombong dan angkuh sehingga bergaduh dengan orang lain. Mak Sopiah terus mempertahankan anaknya. Pada petang itu, setelah makan, Razali membaca di pondok yang terletak di sawah itu. Dia kecewa atas layanan ayah tirinya. Razali terus bertanya kepada ibunya siapa ayahnya yang sebenarnya. Bagaimanapun, Mak Sopiah enggan memberitahu Razali tentang ayahnya kerana tidak mahu mengingat kembali kenangan pahit itu.


iii- Cikgu Zulkifli mengumumkan bahawa Razali telah dipilih untuk menyertai kursus koperasi di Petaling Jaya. Ahli lembaga pengarah koperasi sekolah yang lain telah memberikan ucapan tahniah kepada Razali. Pada suatu petang, Cikgu Zulkifli, Mak Sopiah, Harun, Swee Lan dan Ramlah telah tiba di stesen bas untuk menghantar Razali yang akan menaiki bas ke Petaling Jaya.


iv- Keesokan hari, Munir, Leong dan Silvam disuruh ke bilik pengetua kerana terdapat aduan bahawa mereka dituduh memikul Razali. Setelah disoal siasat, Cikgu Syamsudin mengambil keputusan untuk merotan Munir, Leong dan Silvam di dalam bilik pengetua.

a)

ii, i, iv, iii

b)

iii, iv, i, ii

c)

i, ii, iv, iii

d)

iii, iv, ii, i