NEW
Font size
WorksheetsKATA BERIMBUHAN AWALAN T2
Total questions: 10
Worksheet time: 5mins
Damia __________ kerana terjatuh dari basikal.
menangis
tertangis
bernangis
Zahid dan Ali _______________ basikal ke sekolah pada setiap pagi.
penunggang
tertunggang
menunggang
Bola itu __________ oleh Ammar.
penendang
ditendang
menendang
__________ restoran itu sedang mencatat pesanan pelanggan dengan sopan.
Pelayan
Melayan
Dilayan
Lori itu ______ dengan perlahan kerana muatannya yang banyak.
tergerak
bergerak
menggerak
Ibu Qayyum __________ pokok bunga di tamannya.
disiram
menyiram
bersiram
_____ pengawas itu melaksanakan tanggungjawabnya dengan penuh dedikasi.
Tertua
Petua
Ketua
____________ Kampung Sawah Ring mengadakan aktiviti bergotong-royong pada hari Sabtu yang lalu.
Berduduk
Menduduk
Penduduk
Datuk saya ______ kambing dan lembu di kampungnya.
berternak
menternak
penternak
Fatimah tekun __________ buku kerana peperiksaan semakin hampir.
membaca
menbaca
dibaca
