Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kata Kerja 2 Tingkatan 2 - XYF

Total questions: 10

Worksheet time: 3mins

Name
Class
Date
1.

Usaha pihak kerajaan untuk __________ pesakit mental kurang berkesan kerana tidak mendapat sokongan daripada anggota masyarakat.

a)

memulihkan

b)

menukarkan

c)

mengalihkan

d)

menyasarkan

2.

Pokok kacang itu __________ batang kayu yang dipacakkan oleh ayah pada batasnya.

a)

melilit

b)

menyelit

c)

menggigit

d)

mengulum

3.

Masyarakat yang tinggal di kawasan kampung sentiasa __________ sikap bekerjasama dan beramah mesra dengan jiran tetangga.

a)

mengamalkan

b)

mengerjakan

c)

menunaikan

d)

memastikan

4.

Perdana Menteri __________ sikap sesetengah kakitangan awam yang tidak melaksanakan tugas mereka dengan sempurna.

a)

mengeji

b)

menghina

c)

mengkritik

d)

mengherdik

5.

Arsyad __________ tangan orang tua yang buta itu ketika melintas jalan raya.

a)

memaut

b)

memeluk

c)

mencapai

d)

memimpin

6.

Soalan yang berikut berdasarkan gambar di atas ini.


Pak Akob dan beberapa orang penduduk kampung sedang __________ lembu.

a)

melapah

b)

menghiris

c)

mengupas

d)

memenggal

7.

Guru besar akan __________ mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru yang diadakan pada hari esok.

a)

mengarahkan

b)

melaksanakan

c)

mengacarakan

d)

mempengerusikan

8.

Semua kakitangan awam diminta __________ tanggungjawab mereka dengan jujur, cekap, dan amanah demi kebajikan masyarakat.

a)

menarik

b)

memikul

c)

menahan

d)

memegang

9.

Kita perlu __________ ilmu sains dan teknologi untuk mencapai kemajuan negara.

a)

mengikuti

b)

menikmati

c)

menguasai

d)

mengelilingi

10.

Kapten Azwan __________ kasut kawadnya sehingga berkilat.

a)

mengesat

b)

mengelap

c)

menggilap

d)

menggaru