wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PENAMPILAN DIRI

Total questions: 20

Worksheet time: 11mins

Name
Class
Date
1.

Apa yang dimaksudkan dengan penampilan diri.

a)

Pembentukan personaliti yang menarik dan tampan.

b)

Pembentukan jati diri yang sempurna.

c)

Pembentukan diri seseorang agar menarik dari segi fizikal dan pembentukan peribadi yang mempersonakan.

2.

Tujuan menjaga penampilan diri adalah seperti berikut KECUALI

a)

Supaya diri kelihatan bersih dan kemas.

b)

Supaya diri nampak kaya dan elegan.

c)

Supaya diri lebih menarik dan yakin.

3.

Berikut merupakan menjaga penampilan diri dari sudut luaran KECUALI

a)

Pakaian dan penampilan.

b)

Nilai kepimpinan.

c)

Perwatakan dan komunikasi.

4.

Perkara berikut merupakan tips-tips pengurusan penampilan diri dari sudut luaran KECUALI

a)

Penjagaan Rambut yang Kemas.

b)

Menjaga nilai kepimpinan diri.

c)

Menjaga Kebersihan Diri.

5.

Bagaimanakah cara menjaga bau badan agar sentiasa selesa dan yakin.

a)

Memakai minyak wangi atau deodoran.

b)

Mandi sekerap yang mungkin.

c)

Menukar pakaian setiap kali badan berbau.

6.

Adakah menjaga kesihatan tubuh badan termasuk dalam tips penjagaan penampilan diri.

a)

Ya

b)

Tidak

c)

Tak pasti.

7.

Berperangai menarik dan berbudi bahasa termasuk dalam elemen penjagaan penampilan diri. Berikan contoh berbudi bahasa yang dimaksudkan.

a)

Menundukkan wajah ketika berbicara.

b)

Mengeluarkan kata-kata kesat apabila berkata-kata.

c)

Sering menggunakan perkataan maaf, terima kasih dan selalu melemparkan senyuman.

8.

Pilih 3 tanggungjawab menjaga penampilan diri

a)

Berpakaian suci dan bersih

b)

Mengikut kemampuan

c)

Untuk berbangga-bangga

d)

Menjaga kebersihan tubuh badan

9.

Tips mengekalkan penampilan

a)

Yakin dengan diri anda

b)

Senaman

c)

Berpakaian selekeh

d)

Pemakanan yang sihat

10.

Berikut adalah kepentingan menjaga penampilan diri kecuali:

a)

Memelihara maruah diri dengan menutup aurat

b)

Menzahirkan kecantikan diri untuk menarik perhatian

c)

Sihat tubuh badan & jauh daripada penyakit

11.

Apakah ciri-ciri pakaian yang menutup aurat menurut Islam?

a)

Memakai pakaian mengikut budaya

b)

Memakai pakaian yang ketat dan jarang

c)

Memakai pakaian yang longgar

d)

Memakai pakaian mengikut fesyen terkini

12.

Ciri-ciri penampilan sebagai seorang pelajar sekolah

a)

Rambut pendek dan disikat rapi

b)

Berpakaian bebas mengikut cita rasa

c)

Berpakaian kemas dan sopan

d)

Menggunakan kasut kanvas berwarna hitam atau putih

13.

Berikut ialah kepentingan menjaga batas pergaulan dan hubungan sesama manusia, kecuali;

a)

Menjaga maruah diri dan keluarga.

b)

Mewujudkan suasana harmoni dalam kalangan masyarakat.

c)

Untuk memuliakan manusia sebagai makhluk Allah yang paling sempurna.

14.

Antara berikut, individu yang manakah mempunyai wawasan diri

a)

Asri berhasrat ingin menjadi penyanyi: dia selalu berlatih menyanyi secara sendirian

b)

Didi ingin menjadi juruterbang tetapi dia tidak berminat dalam subjek matematik dan sains

c)

Tina berangan-angan ingin menjadi seorang pereka fesyen, dia selalu bercerita tentang angan-anganya itu kepada rakan-rakannya

d)

Salim ingin menjadi doktor, dia sentiasa berusaha memperbaiki penguasaannya dalam subjek sains

15.

Irfan telah menyiapkan tugasan sekolah dan berazam untuk hadir awal ke sekolah keesokan harinya


Apakah nilai murni yang sesuai berdasarkan situasi di atas?

a)

Komunikasi baik dan bekerjasama

b)

Tepati masa dan amanah

c)

Amanah dan jujur

d)

Berdaya tahan dan sanggup berkorban

16.

Ammar menegur Ali dengan menggunakan kata-kata yang tidak mengguris hati rakannya


Apakah nilai murni yang sesuai berdasarkan situasi di atas?

a)

Komunikasi yang baik

b)

Jujur

c)

Senang didekati

d)

Bekerjasama

17.

Setiap kali bertemu guru, Saiful akan memberi salam dan sentiasa membantu mereka


Apakah nilai murni yang sesuai berdasarkan situasi di atas?

a)

Bataskan pergaulan

b)

Sopan

c)

Sanggup berkorban

d)

Berdaya tahan

18.

Tanggungjawab seseorang murid dalam menjaga hubungan sesama rakannya di sekolah ialah seperti

a)

Menjaga tutur kata dengan rakan.

b)

Bersikap tidak sopan dengan rakan.

c)

Memanggil dengan gelaran yang baik kepada rakan.

d)

Menjaga batas aurat dengan rakan.

19.

Nabil suka membeli makanan ringan dan minuman manis di kedai. Rakannya sering mengajak dirinya untuk bersenam namun pelawaan itu telah ditolak oleh Nabil


Apakah nilai yang perlu dipupuk ke dalam diri Nabil?

a)

Bekerjasama

b)

Gaya hidup sihat

c)

Jujur

d)

Toleransi

20.

Antara situasi berikut yang manakah menunjukkan penampilan diri yang baik?

a)

Zharif seorang ketua kelas yang berpakaian kemas ke sekolah dan sentiasa menghulurkan bantuan kepada rakan dan gurunya

b)

Zul seorang pelajar yang menjaga penampilan dan suka memberi arahan kepada rakan sekelasnya

c)

Luqman seorang yang bergaya kerana pakaiannya mengikut peredaran masa dan sering mengharapkan pujian daripada rakan rakan

d)

Mamat suka membantu guru namun dia sering tidur di dalam kelas kerana bermain permainan sehinnga lewat malam