wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

GEOGRAFI TINGKATAN 1

Total questions: 50

Worksheet time: 30mins

Name
Class
Date
1.

1. Arah mata angin utama terdiri daripada...

a)

Tenggara

b)

Utara

c)

Barat Daya

d)

Timur Laut

2.

Nyatakan arah mata angin dalam kotak X

a)

Barat

b)

Timur

c)

Utara

d)

Timur Laut

3.

Berdasarkan peta di atas, antara petempatan berikut, yang manakah terletak di bahagian barat laut Pekan Lena?

a)

Pekan Nikmat

b)

Kampung Solo

c)

Kampung Batik

d)

Kampung Lima

4.

Ciri muka bumi yang terdapat di bahagian barat daya peta ialah

a)

berpaya

b)

berhutan

c)

berbukit-bukau

d)

bertanah pamah

5.

Kawasan yang didiami oleh semua benda hidup iaitu manusia, haiwan dan tumbuhan.


Pernyataan tersebut merujuk kepada

a)

Atmosfera

b)

Biosfera

c)

Litosfera

d)

Hidrosfera

6.

Bumi ialah planet yang berbentuk .....

a)

Bulat

b)

Bujur

c)

Sfera

7.

Atmosfera ialah lapisan udara yang menyelubungi bumi.

a)

Betul

b)

Salah

8.

Hidrosfera ialah bahagian air yang wujud di bumi contohnya ialah air laut, air tasik dan litupan ais.

a)

Betul

b)

Salah

9.

.... ialah lapisan luar bumi yang merangkumi bahagian kerak bumi dan bahagian atas mantel. Bahagian tersebut mengandungi pelbagai jenis batuan dan mineral.

a)

Atmosfera

b)

Hidrosfera

c)

Biosfera

d)

Litosfera

10.
  • Lapisan bumi yang paling keras.
  • Terdiri daripada dua lapisan iaitu sial dan sima.


Pernyataan tersebut merujuk kepada kawasan bertanda

a)

W

b)

X

c)

Y

d)

Z

11.

Antara berikut, yang manakah adalah sisa domestik dari bahan organik?

a)

Sisa kebun

b)

Besi buruk

c)

Botol kaca

d)

Plastik

12.

Antara berikut, yang manakah adalah sisa domestik dari bahan bukan organik?

I Kertas

II Botol plastik

III Tin aluminium

IV Sisa makanan

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

13.

Antara berikut, yang manakah benar tentang ciri-ciri sisa domestik dari bahan bukan organik?

I Sukar diuraikan dan dilupuskan

II Boleh diproses untuk dijadikan baja organik

III Bersifat mesra alam kerana mudah diuraikan semula

IV Dihasilkan dari sumber mineral

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

14.

Sisa domestik adalah terdiri dari bahan apa?

a)

Cecair kotor

b)

Pepejal dan gas

c)

Pepejal dan cecair

d)

Gas tercemar

15.

Negara Malaysia telah menjalankan beberapa langkah untuk mengurangkan kesan pembuangan sisa domestik. Antara berikut manakah langkah-langkah yang telah dijalankan?

I Menerapkan amalan 3R (Reduce, Reuse, Recycle)

II Menguatkuasakan undang-undang yang lebih tegas

III Menambah lokasi tapak perlupusan sisa domestik

IV Membina loji Waste to Energy (WtE)

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

16.

Antara berikut, yang manakah tergolong dalam kategori sisa cecair?

I Minyak masak yang telah terpakai

II Air di dalam empangan

III Air bawah tanah

IV Air kumbahan

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

17.

Pembuangan sisa domestik secara tidak terkawal akan menyebabkan pencemaran berlaku. Berdasarkan Rajah 2, apakah pencemaran X?

a)

Pencemaran alam sekitar

b)

Pencemaran udara

c)

Pencemaran bunyi

d)

Pencemaran domestik

18.

Antara berikut, manakah wabak penyakit yang akan menular sekiranya sisa pembuangan sampah tidak diurus dengan baik?

I Selsema

II Darah tinggi

III Demam denggi

IV Taun

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

19.

Negara manakah yang mempunyai bilangan penduduk paling sedikit di Asia Tenggara

a)

Laos

b)

Brunei Darussalam

c)

Timor Leste

d)

Singapura

20.

Apakah yang dimaksudkan dengan populasi penduduk?

a)

Kaum yang paling ramai di sesebuah negara

b)

Kumpulan penduduk yang paling popular di sesuatu tempat

c)

Jumlah orang yang mendiami sesuatu daerah, negeri atau negara

d)

Jumlah kelahiran penduduk pada tahun berikutnya

21.

Apakah antara faktor yang menyebabkan taburan penduduk adalah padat di kawasan yang berikut?


· Manila (Filipina)

· Pulau Jawa (Indonesia)

a)

Harga hartanah yang tinggi

b)

Penduduknya yang sangat peramah

c)

Kawasan tumpuan pelancong

d)

Banyak peluang pekerjaan

22.

Antara berikut, pernyataan manakah benar tentang kawasan Asia Tenggara di bawah?


· Kawasan paya di Sumatera Timur (Indonesia)

· Kawasan Banjaran Annam (Vietnam)

a)

Kawasan tanah pamah yang padat penduduk

b)

Kawasan pedalaman yang mempunyai perhubungan yang terhad

c)

Kawasan tanih yang subur untuk pertanian padi sawah

d)

Kawasan pinggir bandar berpenduduk sederhana

23.

Berdasarkan lokasi di bawah, apakah jenis taburan penduduk di kawasan tersebut?


· Pantai Arakan Yoma (Myanmar)

· Pinggir Sungai Mekong (Vietnam)

a)

Padat

b)

Jarang

c)

Sederhana

d)

Rapat

24.

Antara bandar-bandar utama Asia Tenggara berikut, yang manakah terkenal dengan industri pemasangan kenderaan bermotor dan besi keluli?

a)

Manila (Filipina)

b)

Kuala Lumpur (Malaysia)

c)

Surabaya (Indonesia)

d)

Singapura

25.

Foto tersebut menunjukkan Lapangan Terbang Soekarno-Hatta, di negara manakah terdapatnya lapangan terbang tersebut?

a)

Laos

b)

Indonesia

c)

Brunei Darussalam

d)

Kemboja

26.

Bandar yang manakah merupakan pusat pentadbiran bagi sesebuah negara?

I Ho Chi Minh

II Bangkok

III Phnom Penh

IV Yangon

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

27.

Apakah ibu negara Timur Leste?

a)

Dili

b)

Hanoi

c)

Naypyidaw

d)

Phnom Penh

28.

Pandang darat fizikal dalam senarai di bawah terdapat di peringkat....


-Jeram

-Air Terjun

-Lubang Periuk

a)

Hulu

b)

Hilir

c)

Tengah

d)

Dasar

29.

Pernyataan berkaitan pandang darat fizikal dalam rajah tersebut ialah

a)

delta di hilir sungai

b)

lubang periuk akibat hakisan

c)

tetambak di tengah sungai

d)

sebuah tasik ladam

30.

Apakah persamaan bagi kedua-dua sungai di bawah?


-Sungai Kinabatangan (Sabah)

-Sungai Rajang (Sarawak)

a)

Kekeringan air dalam musim panas

b)

Sumber air ikan tawar negara yang terbesar

c)

Jalan perhubungan dan pengangkutan ke kawasan pedalaman

d)

Dasarnya kaya dengan pelbagai mineral

31.

Antara berikut yang manakah merupakan kepentingan sungai dan tasik di Malaysia

a)

Membekalkan sumber protein

b)

Membekalkan kuasa tenaga hidroelektrik

c)

Membekalkan sumber tenaga geoterma

d)

Sempadan semula jadi

32.

Antara berikut, sungai manakah berfungsi sebagai sempadan antarabagsa

a)

Sungai Rajang

b)

Sungai Golok

c)

Sungai Bernam

d)

Sungai Endau

33.

Berdasarkan maklumat di bawah ia merujuk kepada ciri-ciri petempatan jenis apa?


  • Jumlah penduduk melebihi 10 000 orang
  • Mempunyai pelbagai kemudahan asas
  • Kawasan kediaman berciri moden
a)

Petempatan desa

b)

Petempatan eksklusif

c)

Petempatan alaf baru

d)

Petempatan bandar

34.

Berdasarkan foto tersebut, kegiatan ekonomi berikut biasanya terdapat di kawasan petempatan jenis apa?

a)

Petempatan prima

b)

Petempatan berkelompok

c)

Petempatan luar bandar

d)

Petempatan ladang

35.

Antara berikut pernyataan manakah yang benar tentang pola petempatan berjajar?

a)

Rumah dibina secara terancang di pinggir jalanraya

b)

Rumah berjauhan antara satu sama lain di pinggir pantai

c)

Rumah kelihatan tersusun secara deretan dan seragam di sepanjang sungai

d)

Susun atur kediaman bertaburan dan tidak seragam

36.

Faktor utama yang membezakan petempatan bandar dengan petempatan luar bandar ialah

a)

tahap pendidikan penduduk

b)

jenis kegiatan ekonomi

c)

tahap keselamatan kawasan

d)

hubungan dalam kalangan penduduk

37.

Antara yang berikut, kegiatan ekonomi yang manakah berkaitan dengan petempatan luar bandar?

I Pertanian

II Pentadbiran

III Perindustrian

IV Perlombongan

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

38.

Antara yang berikut, yang manakah merupakan bandar pertahanan?

I Arau (Perlis)

II Miri (Sarawak)

III Port Dickson (Negeri Sembilan)

IV Lumut (Perak)

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

39.

Antara yang berikut, bandar yang manakah pembukaannya dipengaruhi oleh dasar kerajaan?

a)

Bandar perindustrian

b)

Bandar pertahanan

c)

Bandar teknologi maklumat

d)

Bandar satelit

40.

Yang manakah benar berkaitan dengan petempatan di bandar ?

a)

Penduduk melebihi 10 000 orang

b)

Penduduk kurang daripada 10 000 orang

c)

Kegiatan ekonomi seperti pertanian

d)

Kegiatan ekonomi seperti perniagaan

41.
- dibina selari di sepanjang sungai, pinggir pantai, jalan raya, landasan kereta api
- dikenali petempatan linear
- Dataran Kedah-Perlis
Penyataan di atas merujuk kepada pola petempatan
a)
Berpusat
b)
Berselerak
c)
Berkelompok
d)
Berjajar
42.

Fungsi petempatan bandar boleh dilihat melalui aspek

a)

Ekonomi

b)

Sosial

c)

Kerajaan

d)

Perhubungan

43.

Antara contoh bandar diraja ialah

a)

Ipoh

b)

Pekan

c)

Kuala Kangsar

d)

Cameron Highlands

44.

Antara kegiatan ekonomi di kawasan luar bandar ialah

a)

Perindustrian

b)

Perbankan

c)

Penternakan

d)

Pertanian

45.

Pilih Sumber Air permukaan di Malaysia

a)

Sungai

b)

Tasik

c)

Salji

d)

Laut

46.

Infiltrasi ialah

a)

air minuman domestik

b)

air hujan yang menyerap dalam tanah

c)

air hujan yang tidak menyerap dalam tanah

d)

air hujan yang tersejat dan turun sebagai wap air

47.

Persamaan antara AIR PERMUKAAN dan AIR BAWAH TANAH

a)

mengandungi air mineral

b)

sumber air minuman yang utama

c)

sumber air yang terdapat di sungai

d)

terletak di kawasan tanah tinggi sahaja

48.

Sumber air di SUNGAI PAHANG dan SUNGAI RAJANG dapat membekalkan air di Malaysia kerana

a)

dasar sungai yang cetek

b)

hujan lebat sepanjang tahun

c)

sungai mengalir dengan deras

d)

bekalan air bawah tanah yang banyak

49.

Pilih Punca Krisis Air di Malaysia

a)

fenomena cuaca

b)

hujan lebat yang berterusan

c)

jumlah sungai yang sedikit

d)

peningkatan populasi penduduk

50.

Apakah punca tanah kering-kontang akibat fenomena cuaca?

a)

akar tumbuhan bertambah panjang

b)

hujan tidak turun untuk jangka masa yang lama

c)

perubahan suhu secara mendadak

d)

tanaman bergilir tidak dijalankan oleh petani