wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SOALAN KERTAS 1 SAINS TAHUN 6 (SIRI 1)

Total questions: 15

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.

Apakah pemerhatian yang boleh dibuat berdasarkan tumbuhan di atas ?

a)

Pokok kelapa berbuah.

b)

Daun pokok kelapa berurat jejala.

c)

Akar pokok kelapa menyerap air laut.

d)

Pokok kelapa mempunyai batang berkayu.

2.

Antara penyataan berikut, yang manakah dipadankan dengan kemahiran proses sains yang betul ?

a)

Ukur lilit batang tumbuhan semakin bertambah- Mendefinisi secara operasi.

b)

Semakin banyak klip kertas yang ditarik, semakin kuat daya magnet- Membuat hipotesis.

c)

Tumbuhan akan menjadi layu- Membuat inferens.

d)

Manusia bergerak balas terhadap rangsangan bau busuk- Meramal

3.

Apakah pemboleh ubah yang dikaitkan semasa membuat hipotesis ?

a)

Dimanipulasi dan bergerak balas.

b)

Dimanipulasi dan dimalarkan.

c)

Bergerak balas dan dimalarkan.

d)

Dimalarkan, dimanipulasi dan bergerak balas.

4.

Dalam satu penyiasatan, seorang murid dikehendaki mengukur jarak yang dilalui oleh troli dalam masa tertentu. Apakah alat yang perlu digunakan ?

a)

Jam randik.

b)

Kalkulator.

c)

Necara tuas.

d)

Pita pengukur.

5.

Antara yang berikut, yang manakah merupakan laluan udara semasa menghembus nafas ?

a)

Hidung - Trakea - Peparu

b)

Hidung - Peparu - Trakea

c)

Peparu - Trakea - Hidung

d)

Trakea - Peparu - Hidung

6.

Antara yang berikut, yang manakah benar semasa proses menarik nafas ?

a)

Dada turun.

b)

Udara keluar dari peparu.

c)

Peparu mengecil.

d)

Dada mengembang.

7.

Apakah kepentingan organ ini kepada manusia ?

a)

Untuk pembiakan.

b)

Untuk pernafasan.

c)

Untuk perkumuhan.

d)

Untuk penyahtinjaan.

8.

Apakah bahan buangan yang disingkirkan daripada organ ini ?

a)

Peluh

b)

Wap air

c)

Air kencing

d)

Karbon dioksida

9.

Julie mengalami masalah obesiti. Antara makanan berikut, yang manakah perlu dielakkan oleh Julie ?

a)

Buah-buahan

b)

Sayur-sayuran

c)

Kek

d)

Makanan ringan

10.

Antara aktiviti berikut, yang manakah mempunyai kadar pernafasan yang tinggi ?

a)

Tidur

b)

Berjalan

c)

Berlari

d)

Berenang

11.

"Amir terpijak serpihan kulit kerang yang tajam semasa berjalan di tepi pantai." Apakah gerak balas yang akan ditunjukkan ?

a)

Mencampakkan kulit kerang ke laut.

b)

Terus memijak serpihan kulit kerang itu.

c)

Mengangkat kaki dengan pantas.

d)

Melompat setinggi yang mungkin.

12.

Apakah kesimpulan reaksi seorang budak lelaki yang tiba-tiba mendengar bunyi hon yang kuat ke arahnya ?

a)

Manusia boleh mendengar.

b)

Manusia akan menjerit apabila terkejut.

c)

Manusia bertindak balas terhadap rangsangan.

d)

Manusai melindungi diri daripada musuh.

13.

Kumar menutup hidung apabila terhidu bau busuk daripada tong sampah di tepi jalan. Apakah organ deria yang terlibat dalam geraak balas ini ?

a)

Mata

b)

Lidah

c)

Telinga

d)

Hidung

14.

Antara tabiat berikut, yang manakah melambatkan gerak balas manusia terhadap rangsangan ?

a)

Merokok

b)

Minum kopi

c)

Menghidu bahan kimia

d)

Minum minuman beralkohol

15.

Antara tabiat berikut, yang manakah menyebabkan keadaan peparu seperti di atas ?

a)

Merokok

b)

Menghidu gam

c)

Minum minuman beralkohol

d)

Makan banyak makanan berlemak