Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Tahun 6 perkembangan islam setelah pembukaan kota mekah

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Terdapat ....... strategi yang digunakan Nabi SAW untuk mengembangkan agama Islam setelah pembukaan Kota Mekah.

a)

1

b)

2

c)

3

d)

4

2.

Strategi Pertama Rasulullah SAW ialah

a)

menjalinkan hubungan luar

b)

menekankan tanggungjawab berdakwah

c)

berperang dan menyerang negara bukan Islam

d)

mengukuhkan negara Islam

3.

Dalam usaha Nabi SAW mengukuhkan negara Islam, tandakan 2 strategi yang telah digunakan baginda SAW

a)

membentuk masyarakat mengikut acuan Islam

b)

berperang dan menyerang negara bukan Islam

c)

tidak melayan permintaan bukan Islam untuk memeluk Islam

d)

memperkasakan ekonomi umat Islam

4.

Antara cara Nabi SAW membentuk masyarakat mengikut acuan Islam ialah

a)

menghapuskan amalan jahiliah seperti penyembahan berhala dan hidup mementingkan kabilah serta keturunan

b)

menekankan amalan mensyirikkan Allah

c)

menggalakkan amalan jahiliah seperti penyembahan berhala dan hidup mementingkan kabilah serta keturunan

d)

membenarkan larangan seperti membunuh dan berzina berleluasa

5.

Dalam memperkasakan ekonomi umat Islam, Nabi SAW .....

a)

mengenakan saman dan denda kepada pesalah

b)

tidak mengutuskan pemungut zakat dan jiziah kepada kabilah-kabilah dan negeri-negeri yang dikuasai Islam

c)

meminjam wang dari negara- negara bukan Islam

d)

mengutuskan pemungut zakat dan jiziah kepada kabilah-kabilah dan negeri-negeri yang dikuasai Islam

6.

Jizyah ialah ...............

a)

denda yang dibayar oleh rakyat bukan beragama islam yang bernaung atau tinggal di negara Islam.

b)

cukai yang dibayar oleh rakyat bukan beragama islam yang bernaung atau tinggal di negara Islam.

c)

hutang yang dibayar oleh rakyat bukan beragama islam yang bernaung atau tinggal di negara Islam.

d)

derma ikhlas (sedekah) yang dibayar oleh rakyat bukan beragama islam yang bernaung atau tinggal di negara Islam.

7.

Strategi Kedua Nabi SAW ialah .............

a)

menekankan tanggungjawab berdakwah

b)

mengukuhkan negara Islam

c)

menjalinkan hubungan luar

d)

berperang dan menyerang negara bukan Islam

8.

Tanggungjawab berdakwah menyampaikan kebenaran Islam kepada orang bukan Islam adalah dipikul oleh .........

a)

Perempuan SAHAJA

b)

Lelaki SAHAJA

c)

Nabi SAW dan para Sahabat SAHAJA

d)

setiap Muslim sama ada lelaki atau perempuan.

9.

Semua orang Islam hendaklah.............

a)

tidak mempertahankan kesucian Islam daripada ancaman musuh.

b)

saling berganding bahu mempertahankan kesucian Islam daripada ancaman musuh.

c)

membiarkan pemimpin sahaja mempertahankan kesucian Islam daripada ancaman musuh.

d)

memburuk-burukkan kesucian Islam daripada ancaman musuh.

10.

Strategi Ketiga Rasulullah SAW ialah ...............

a)

menjalinkan hubungan luar

b)

menekankan tanggungjawab berdakwah

c)

mengukuhkan negara Islam

d)

berperang dan menyerang negara- negara Bukan Islam

11.

Berikut merupakan 2 cara Nabi SAW menjalinkan hubungan dengan pihak luar. (tandakan 2 jawapan kamu)

a)

Menghantar utusan dan gabenor

b)

menerima kedatangan delegasi - delegasi kabilah Arab

c)

menghalau kedatangan delegasi - delegasi kabilah Arab

d)

Tidak menghantar utusan dan gabenor

12.

Ketika Nabi SAW menjalinkan hubungan dengan pihak luar,..............

a)

para utusan nabi tidak dihantar kepada kabilah-kabilah Arab dan

b)

para utusan nabi dihantar kepada kabilah-kabilah Arab dan ditugaskan berdakwah serta menyeru mereka agar memeluk Islam

c)

para utusan tidak ditugaskan berdakwah serta menyeru mereka agar memeluk Islam

d)

Nabi SAW hanya mementingkan urusan dalam negara Madinah sahaja.

13.

Ketika menjalin hubungan luar, Nabi SAW juga

a)

menerima kedatangan delegasi - delegasi kabilah Arab yang berhasrat untuk memeluk islam

b)

menyerang dan berperang negara yang masih belum memeluk Islam

c)

menghalau kedatangan delegasi - delegasi kabilah Arab yang berhasrat untuk memeluk islam

d)

menolak secara baik kedatangan delegasi - delegasi kabilah Arab yang berhasrat untuk memeluk islam

14.

Tandakan 3 kesan daripada dakwah Rasulullah SAW

a)

terbentuk masyarakat Islam yang teguh akidahnya, hidup bersatu padu, aman dan damai

b)

Islam tidak tersebar dan Negara Madinah makin mundur

c)

negara Islam semakin kukuh Kerana setiap muslim sanggup berkorban tenaga dan harta demi mempertahankan kesucian Islam dan negara

d)

ramai yang memeluk Islam kerana setiap orang berperanan menyebarkan Islam dan pengaruh Islam semakin meluas di semenanjung Arab

e)

pertambahan orang yang memeluk Islam semakin berkurangan.

15.

Banyak cabaran yang di hadapi oleh Nabi Muhammad saw dan para ketika berdakwah. Antaranya ialah......

a)

Menghadapi penentangan bersenjata daripada musuh islam.

b)

Menghadapi golongan munafik

c)

Musyrikin Quraisy bertambah kuat.

d)

Negara Islam semakin kukuh.

16.

Pilih penyataan yang tepat tentang perang Hunain.

a)

berlaku pada tahun kelapan Hijrah.

b)

bilangan tentera islam seramai 12 000 orang.

c)

peperangan ini berakhir dengan kemenangan kepada pihak muslimin.

d)

Ekonomi umat islam semakin merosot.

17.

Golongan munafik ialah mereka yang .............................. Islam dan .......................... bersama-sama dengan kaum muslimin.

a)

berpura-pura , tinggal

b)

betul-betul, hidup

c)

berkawan dengan orang, bermusuh

d)

mengikut orang, tinggal

18.

Golongan Munafik selalu mencari jalan untuk melemahkan kekuatan umat Islam. Antaranya ialah:-

a)

Sentiasa memberikan alasan dan menolak apabila diminta berganding bahu mempertahankan agama dan negara.

b)

Menjalinkan hubungan dengan raja rom untuk bersama-sama melemahkan umat islam.

c)

Membina Masjid Dhirar dengan tujuan mengaingi Masjid Quba' dan memecahbalahkan kaum muslimin.

d)

Masyarakat dapat hidup dengan aman dan tenteram.

19.

Pilih penyataan yang betul tentang iktibar daripada perkembangan Islam pada zaman Rasulullah saw selepas pembukaan kota mekah?

a)

Terburu-buru dalam membuat sesuatu keputusan.

b)

Membuat sesuatu keputusan secara bersendirian.

c)

Kita hendaklah berdakwah untuk menyebarkan kebenaran Islam.

d)

Kita hendaklah bersangka buruk terhadap seseorang.

20.

20. Berkenaan ialah penyataan yang tepat tentang perang Tabuk kecuali.

a)

Berlaku di Tabuk

b)

Bilangan kaum muslimin ialah seramai 40 000 orang

c)

Bilangan musuh adalah seramai 40 000 orang

d)

Peperangan ini berakhir dengan kemenangan dipihak muslimin