wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Bab 9 Haba

Total questions: 20

Worksheet time: 20mins

Name
Class
Date
1.

Manakah yang benar mengenai haba?

a)

darjah kepanasan sesuatu objek

b)

boleh diukur dengan termometer

c)

suatu bentuk tenaga

d)

Diukur dalam unit Kelvin (K)

2.

Apakah unit S.I untuk tenaga?

a)

Kilometer

b)

Darjah Celcius

c)

Kelvin

d)

Joule

3.

Manakah pernyataan yang betul bagi pengaliran haba.

a)

Haba mengalir daripada kawasan bersuhu rendah ke kawasan yang bersuhu tinggi

b)

Haba mengalir daripada kawasan bersuhu tinggi ke kawasan yang bersuhu rendah.

4.

Kadar pengaliran haba bergantung kepada perbezaan suhu antara dua objek. Semakin_________perbezaan suhu, semakin_______pengaliran haba berlaku.

a)

kecil, cepat

b)

besar, lambat

c)

besar, cepat

5.

Manakah yang pernyataan yang tidak benar mengenai suhu?

a)

Darjah kepanasan atau kesejukan

b)

Bergantung kepada pengerakan zarah dalam bahan

c)

Bergantung kepada jenis bahan, kuantiti bahan dan suhu

d)

Meningkat apabila dipanaskan dan menurun apabila disejukkan

6.

Haba boleh mengalir melalui beberapa kaedah atau keadaan iaitu konduksi, perolakan dan sinaran. Pilih padanan cara pengaliran haba dan medium yang betul.

i. Kaedah- konduksi, Medium- pepejal

ii. Kaedah- perolakan, Medium- bendalir

iii. Kaedah- sinaran, Medium- tanpa medium (vakuum)

iv. Kaedah- perolakan, Medium- pepejal

a)

i, iii dan iv

b)

i, ii dan iii

c)

i, ii dan iv

d)

ii, iii dan iv

7.

Pergerakan bendalir yang naik turun secara berterusan dikenali sebagai _______________.

a)

konduksi

b)

sinaran

c)

vakum

d)

arus perolakan

8.

Haba daripada Matahari sampai ke Bumi melalui _________.

a)

konduktor

b)

sinaran

c)

perolakan

9.

Manakah merupakan contoh bahan penebat haba?

a)

dasar kuali

b)

tapak seterika

c)

Merkuri

d)

pemegang periuk

10.

Mengapakah kebanyakan kuali berwarna hitam?

a)

Kuali hitam lebih kuat dan tahan lama

b)

Kuali hitam menyerap lebih banyak haba

c)

Kuali hitam penebat haba lebih baik daripada kuali berkilat.

11.

Permukaan yang manakah merupakan penyerap dan pembebas haba yang baik?

a)

Gelap dan kusam

b)

Gelap dan berkilat

c)

Cerah dan berkilat

d)

Cerah dan kusam

12.

Mengapakah kita dinasihatkan supaya memakai pakaian berwarna terang semasa melakukan aktiviti luar?

a)

Pakaian berwarna terang mudah dilihat

b)

Pakaian berwarna terang boleh menyerap peluh dengan mudah

c)

Pakaian berwarna terang boleh memantulkan pancaran haba daripada Matahari

d)

Pakaian berwarna terang boleh menyerap haba daripada Matahari

13.

Manakah pernyataan yang benar mengenai kesan haba terhadap pengembangan dan pengecutan jisim?

a)

Pepejal mengembang apabila dipanaskan kerana zarah-zarah bergetar dengan lebih cepat dan melanggar zarah-zarah lain dan memindahkan tenaga haba.

b)

Cecair mengecut apabila dipanaskan dan mengembang apabila disejukkan.

c)

Pepejal mengecut apabila dipanaskan kerana zarah-zarah bergetar dengan lebih cepat dan melanggar zarah-zarah lain dan memindahkan tenaga haba.

14.

Apabila cecair dipanaskan, aras air akan __________? Kenapa?

a)

Menurun. Air mengembang apabila dipanaskan dan mengecut apabila disejukkan.

b)

Meningkat. Air mengembang apabila dipanaskan dan mengecut apabila disejukkan

c)

Menurun. Air mengecut apabila dipanaskan dan mengembang apabila disejukkan.

d)

Meningkat. Air mengecut apabila dipanaskan dan mengembang apabila disejukkan.

15.

Mengapakah landasan kereta api mempunyai ruang kecil di antara penyambung rel?

a)

Supaya landasan mempunyai ruang apabila mengembang dalam cuaca panas

b)

Supaya dapat membengkok landasan kereta api

c)

Supaya kereta api boleh mengubah laluan

d)

Supaya landasan kereta api tahan lama

16.

Bola pingpong yang kemik boleh dikembalikan kepada bentuk asal apabila dimasukkan ke dalam air ______kerana udara dalam pingpong__________.

a)

sejuk, mengecut

b)

panas, mengecut

c)

sejuk, mengembang

d)

panas, mengembang

17.

Apakah fenomena ini?

a)

bayu darat

b)

bayu laut

18.

Apakah fenomena ini?

a)

Bayu darat

b)

Bayu laut

19.

Mengapakah kabel penghantaran pada tiang biasanya dipasang longgar sedikit?

a)

supaya kabel boleh mengecut pada hari panas dan mengembang pada cuaca sejuk

b)

supaya kabel boleh mengembang pada hari panas dan mengecut pada cuca sejuk

20.

Manakah bukan contoh bangunan hijau?

a)

Penggunaan bahan kitar semula

b)

Menggunakan tenaga yang tidak boleh diperbaharui

c)

Penggunaan peralatan yang mesra alam

d)

Mengurangkan kerosakan pada landskap asal