WorksheetsKuiz Cerpen Profesor Sufi
Total questions: 10
Worksheet time: 5mins
Tema Cerpen Profesor sufi
konsep dan interpretasi ilmu
kegigihan menuntut ilmu agama
tanggungjawab terhadap ilmu agama
Namun anak muda yang belum pun menunaikan fardu haji itu tidak peduli tentang kapur barus. Dia mahu ke Barus kerana sesuatu yang mencangkul-cangkul lubuk hatinya, mengheret-heret tangkai jantungnya. Apakah sesuatu yang mencangkul- cangkul lubuk hati dan mengheret-heret tangkai jantungnya itu? Dia sendiri pun kabur tentang gelodak hatinya.
Pilih 3 gaya bahasa yang berkait dengan petikan di atas.
metafora, kata ganda, repitisi frasa
personafikasi, hiperbola
kata ganda, asonansi
Dia berasakan dirinya kecil, lebih kecil daripada cebisan pasir yang terkecil di bawah gaung, di tepi pantai Danau Kota yang luas itu. Sebuah bot pelancongan melintasi danau itu, sayup-sayup mata memandang. Fikirnya, ‘Demikianlah dirinya sedang hanyut dalam dunia ciptaan Tuhan ini, Apabila bot itu sampai ke destinasi dan kemudian kembali ke tempat asalnya, akan turunlah para penumpang dari bot itu. Akan teruslah mereka memulakan perjalanan baharu yang entah bagaimana?’
Teknik plot yang sesuai yang terdapat dalam petikan
dialog, kejutan
imbas kembali, monolog luaran
monolg dalaman, pemerian, imbas muka
seorang yang gigih dalam menuntut ilmu.
seorang yang sangat yakin, peramah dan mencintai ilmu.
seorang yang menghormati orang yang lebih tua
seorang yang berani berhujah
Pernyataan diatas menggambarkan watak siapa ?
Profesor Sufi
Pemandu teksi
Anak muda
Unsur keagamaan yang terdapat dalam cerpen Profesor Sufi ialah
Tokoh-tokoh Islam, Institusi agama
hukum dalam Islam
peristiwa kebesaran dalam Islam
Saya tidak berilmu. Sebab itu saya mahu beramal walaupun sekecil-kecilnya amalan saya. Itu lebih baik daripada saya banyak berilmu tetapi tidak beramal. Pemuda itu sedikit. kesal mengeluarkan kata-katanya yang mungkin boleh menyinggung profesor yang mahu mengajarnya itu. Walau bagaimanapun profesor itu lebih kesal lagi. Dia datang beribu-ribu kilometer jauhnya untuk mengkaji. Serdang, anak muda yang tidak beribawa itu juga datang beribu-ribu kilometer jauhnya hanya untuk beramal.
Anak muda yang diceritakan dalam petikan ini boleh disanjungi, berikan pandangan anda
sanjungan terhadap dia merendah diri dan sanjungan terhadap kegigihannya menuntut ilmu serta sanjungan terhadapnya yang berani dalam berhujah
seorang yang berani, seorang yang gigih dan seorang yang merendah diri
Nilai keberanian, nilai kejujuran, nilai kegigihan
Profesor itu mengangguk-menangguk. Kali ini hatinya tidak memperkecil-kecilkan anak muda itu lagi. Dia menghitung-hitung jumlah pengetahuannya yang banyak tentang ilmu tasawuf. Dia menghitung-hitung juga amalan tasawufnya yang. diketahui iaitu jelas dia hanya seorang manusia yang bergelar ilmu tasawuf namun dia bukan ahli tasawuf.
Pengajaran yang sesuai bagi petikan di atas ialah
Kita haruslah mengamalkan ilmu yang kita pelajari dan kita janganlah suka memandang rendah terhadap orang lain
kita jangan terlalu memembtingkan diri sendiri dan kita jangan suka bangga diri
kita haruslah cinta akan ilmu
Anak muda itu agak gugup seketika. Dia mungurut-urut daanya. Prosefor iti seperti sedang memberi kuliah kepada mahasiswa-mahiswa tasawufnya. Dia amat berkeyakinan di hadapan anak muda mentah yang tidak dikenalinya itu. “Tapi profesor, saya merasai ada sesuatu kelainan dalam ilmu tasawuf ini yang tidak ada pada ilmu-ilmu lain. Bagi saya, tasawuf membuatkan manusia lebih berkeinginan untuk memanjat tembok makrifat, mahu menjenguk Arasy ketuhanan. Tasawuf membuatkan manusia lebih memilih jalan kehidupan yang abadi, untuk beramal. Bukan lagi untuk membuatkan kajian. Kalau prosefor tahu di mana saya boleh berguru si sini, tolonglah bantu saya
Nyatakan satu isu masyarakat besarta contoh yang terdapat dalam petikan cerpen tersebut.
Isu masyarakat yang berkeyakinan tinggi
isu masyarakat yang cintakan ilmu agama sebagai landasan kehidupan
isu masyarakat yang bertanggungjawab
“Ya, saya akan pergi ke sana juga. Tapi, saya lebih berkeinginan untuk memenuhi mereka yang masih hidup.” Prosefor itu tersenyum lebar membawa erti
yang tertentu bagi pemuda itu.
nyatakan sudut pandangan yang terdapat dalam petikan
sudut pandangan orang ketiga
sudut pandangan orang pertama
sudut pandangan orang ketiga serba tahu
. Banyak kitab Hamzah Fansuri, Nuruddin ar-Raniri, Shansuddin al-Sumatrani dan Abdul Raof Singkel yang saya temui. Ada yang tak dapat dibaca pun. Tapi memang menarik. Saya kagum melihatnya. Mereka hidup pada zaman Raja Iskandar Muda Mahkota Alam, zaman raja Iskandar thani memerintah Aceh pada abad ke-17 . sayang, kita tidak hidup pada zaman itu.”
Latar masyarakat yang terdapat dalam petikan ialah
masyarakat ulama
masyarakat raja-raja
masyarakat abad ke-17
