WorksheetsKesalahan Bahasa SPM - Kata Terbitan
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
Berkat dorongan dan sokongan kedua-dua ibu bapanya, Amira telah berjaya _____ nama dalam bidang perniagaan.
menempa
menempah
menempakan
Konsert itu dibatalkan kerana tidak mendapat _____ daripada pihak berkuasa tempatan.
lulusan
kelulusan
meluluskan
Farha menangis teresak-esak apabila _____ tentang berita yang sedih itu.
diberitahu
memberitahu
pembertahuan
Pelbagai jenis pakaian yang _____ di Pameran Busana Tradisional Melayu tempoh hari.
pamerkan
dipamerkan
mempamerkan
Semua ____ seminar itu diminta berkumpul di dewan utama seawal pukul 8.00 pagi.
perserta
peserta
berserta
Luqman _____ bakat yang cukup besar dan berpotensi untuk menjadi seorang pemain bola sepak yang berjaya pada peringkat antarabangsa.
dimiliki
memiliki
pemilikan
Nazmi Faiz Mansor pernah _____ arena bola sepak tanah air apabila menamatkan kontrak tiga tahunnya bersama sebuah kelab Portugal.
menggegarkan
menggemparkan
menggempurkan
Di Malaysia, e-sukan semakin popular dan negara kita telah pun _____ atlet e-sukan yang berdaya saing pada peringkat antarabangsa.
melahirkan
menzahirkan
memahirkan
Mengikut sejarah, pada mulanya penduduk awal Kadazan Dusun tidak membenarkan _____ dan aktiviti pendakian Gunung Kinabalu kerana bimbang roh nenek moyang mereka berasa marah terhadap penduduk tempatan.
pengembaraan
penjelajahan
penerokaan
Semasa _____ Hari Raya Aidilfitri diadakan, tuan rumah menghidangkan nasi impit, rendang daging, serondeng, dan ketupat kepada para tetamu.
menyambut
sambutan
disambut
Penceramah bahasa itu memberikan _____ tentang penulisan yang matang dan cemerlang kepada murid yang menghadiri bengkel itu.
panduan
memandu
pemanduan
Beberapa orang jurutera dari luar negara yang dapat memainkan peranan yang sangat penting diimport untuk memastikan _____ struktur bangunan diberikan perhatian oleh golongan pakar yang sungguh profesional.
keselamatan
diselamatkan
penyelamat
Semangat kejiranan memainkan peranan penting untuk membentuk amalan bergotong-royong bagai aur dengan tebing dalam kalangan penduduk _____.
tempatan
setempat
penempatan
_____ ini perlu dilakukan segera kerana ketua kumpulan sorak yang dipilih sebelum ini tidak dapat menjalankan tugasnya kerana sakit.
Pilihan
Pemilihan
Terpilih
Bonda tersenyum melihat saya tidak sabar untuk meninggalkan bumi _____ saya ini untuk melanjutkan pelajaran ke Mesir.
kelahiran
melahirkan
dilahirkan
Perpaduan merujuk satu bentuk _____ pelbagai kelompok yang mempunyai latar belakang sosial, agama, budaya dan bahasa yang berbeza di bawah satu bentuk identiti nasional.
penyatuan
kesatuan
persatuan
Sekolah perlu _____ semangat muhibah dan semangat toleransi antara kaum dalam usaha menyuburkan perpaduan kaum dan membolehkan mereka berinteraksi sesama mereka.
dipupuk
memupuk
pemupukan
______ Sekolah Wawasan telah memberikan kesan yang positif dalam menanam sifat perpaduan ke dalam diri pelajar sekolah pada peringkat sekolah rendah lagi.
Pelaksanaan
Perlaksanaan
Melaksanakan
Sesiapa boleh mendaftar menjadi pengikrar _____ organ dan tisu kecuali mereka yang menghidap penyakit berjangkit seperti HIV AIDS, Hepatitis B, dan Sifilis.
penderma
pendermaan
mendermakan
Sindiket penipuan kewangan kini menjadi semakin kreatif dengan menggunakan pelbagai cara untuk menipu mangsa sehingga mengakibatkan kerugian _____ ringgit dan yang terbaharu dikenali sebagai sindiket Keldai Akaun.
sejuta
jutaan
jutawan
