wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KATA GANDA

Total questions: 12

Worksheet time: 6mins

Name
Class
Date
1.
     ____________ adalah sejenis binatang yang suka duduk di celah-celah tilam dan bantal.
a)
Pepijat
b)
Rerama
c)
Jejentik
d)
Pijat-pijat
2.

Apakah maksud kata ganda?

a)

Bentuk kata yang wujud apabila dua kata dasar atau lebih dirangkaikan menjadi satu kesatuan sintaksis yang membawa makna tertentu.

b)

Bentuk kata yang dihasilkan dengan menggandakan atau mengulangi kata dasar sama ada kata ganda tersebut diulang secara keseluruhan atau pada bahagian-bahagian tertentu, dan dengan imbuhan atau tanpa imbuhan.

c)

Bentuk kata yang terdiri daripada kata dasar yang mengalami proses pengimbuhan.

d)

Bentuk kata yang terdiri daripada hanya satu bentuk dasar, yakni yang tidak menerima apa-apa bentuk imbuhan atau kata dasar yang lain.

3.

Berikut merupakan jenis-jenis penggandaan kecuali

a)

Penggandaan penuh

b)

Penggandaan separa

c)

Penggandaan berentak

d)

Penggandaan berbunyi

4.

Pilih contoh kata ganda yang betul bagi penggandaan penuh

a)

rumah-rumah, berlari-lari

b)

sekolah-sekolah, pepohon

c)

kuih-muih, gotong-royong

d)

kekasih-kekasih, budak-budak

5.

Pilih contoh penggunaan kata ganda yang betul

a)

Sesiku adik berdarah kerana terkena pisau.

b)

Abang suka menunggang kekuda di padang.

c)

Lauk-pauk yang disediakan semasa kenduri tersebut sungguh enak.

d)

Ayah berjalan lintang-pukang ke surau.

6.

Pilih contoh penggunaan kata ganda yang betul

a)

Selepas memperoleh kemerdekaan, rakyat dapat hidup dengan huru-hara.

b)

Pelajar KVKK membaca banyak buku-buku di perpustakaan.

c)

Murid itu memberi hadiah kepada gurunya sebagai kenang-kenangan.

d)

Pelajar itu menangis tersenyum-senyum kerana mendapat A dalam subjek bahasa Melayu.

7.

Pilih perkataan yang mengandungi kata ganda berimbuhan.

a)

melambai-lambai

b)

anak-anak

c)

berlari-lari

d)

berbual-bual

8.

Pilih 2 perkataan yang mengandungi kata ganda penuh.

a)

berjalan-jalan

b)

laki-laki

c)

buku-buku

d)

gunung-ganang

9.

Ramai ______________ yang hadir terdiri daripada pelbagai kaum seperti Melayu, Cina dan India.

a)

tetamu

b)

lelangit

c)

jiran-jiran

d)

orang-orang

10.

Bukan itu sahaja, pelbagai _______________ turut dihidangkan kepada para tetamu seperti epok-epok, seri muka dan pulut panggang.

a)

lauk-pauk

b)

kuih-kuih

c)

makanan-makanan

d)

kuih-muih

11.

Tandakan jenis kata ganda berimbuhan.

a)

warna-warni

b)

meja-meja

c)

buah-buahan

d)

jejari

12.

Pilih contoh kata ganda yang betul bagi penggandaan penuh

a)

rumah-rumah, berlari-lari

b)

sekolah-sekolah, pepohon

c)

kuih-muih, gotong-royong

d)

kekasih-kekasih, budak-budak