wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

USAHA RUNDINGAN KEMERDEKAAN

Total questions: 17

Worksheet time: 9mins

Name
Class
Date
1.

Di antara peristiwa berikut yang manakah mempengaruhi usaha ke arah kemerdekaan Tanah Melayu.

a)

British memberi jaminan Persekutuan Tanah Melayu berkerajaan sendiri

b)

Rakyat Tanah Melayu kurang kesedaran tentang semangat naionalisme

c)

Perang Dunia Kedua telah menamatkan penjajahan British di Asia Tenggara

d)

Jepun mengistiharkan kemerdekaan Tanah Melayu sebelum tamat Perang Dunia Kedua

2.

Antara berikut merupakan tokoh yang telah menyokong perundingan kemerdekaan KECUALI

a)

Ibrahim Haji Yaakob

b)

Ahmad Boestamam

c)

E.E.C Thuraisingham

d)

H.S. Lee

3.

Rombongan rundingan kemerdekaan ke London dianggotai oleh wakil daripada Raja- Raja Melayu dan wakil Parti Perikatan.

Antara berikut pasangan yang manakah yang BENAR menganggotai rombongan tersebut.

a)

Dato’ Nik Ahmad Kamil Haji Mahmod (wakil Raja-Raja Melayu) , Dr. Ismail Abdul Rahman (wakil Parti Perikatan)

b)

Dato’ Onn Jaafar (wakil Raja-Raja Melayu), Dato’ Abdul Razak Hussein (wakil Parti Perikatan)

c)

En. Abdul Aziz Abdul Majid (wakil Raja-Raja Melayu),

Dato’ Hussein Onn (wakil Parti Perikatan)

d)

En. Ahmad Boestamam (wakil Raja-Raja Melayu), Tunku

Abdul Rahman (wakil Parti Perikatan)

4.

Kuala Lumpur - Singapura - Karachi, Pakistan - London

Mengapakah rombongan kemerdekaan Tanah Melayu perlu menyusun perjalanan untuk sampai ke London?

a)

Rombongan dapat menggunakan masa untuk berbincang dan menyusun strategik bersama-sama.

b)

Pada masa tersebut masih belum ada perjalanan kapal terbang dari Tanah Melayu ke London.

c)

Masalah kewangan yang dihadapi oleh wakil-wakil rombongan kerana kos pengangkutan yang tinggi.

d)

Meninjau keadaan negara Pakistan yang telah mendapat kemerdekaan lebih awal daripada British.

5.

ROMBONGAN RUNDINGAN KEMERDEKAAN

Siapakah yang mengetuai rombongan tersebut?

a)

Tunku Abdul Rahman

b)

Dato’ Onn Jaafar

c)

Dato’ Abdul Razak Hussein

d)

Dato’ Abdul Wahab Abd Aziz

6.

Antara berikut yang manakah merupakan perkara yang telah dirunding dan disepakati dalam rundingan kemerdekaan antara wakil Tanah Melayu dengan British.

a)

Mengadakan Perjanjian Pertahanan antara Persekutuan Tanah Melayu dan British

b)

Tunku Abdul Rahman dilantik menjadi Perdana Menteri Pertama

c)

Negara yang merdeka dinamai Malaysia

d)

Mengadakan Perjanjian Ekonomi antara Persekutuan Tanah Melayu dan British

7.

Gambar di atas menunjukkan wakil Tanah Melayu dan wakil British telah menandatangani sebuah perjanjian selepas rundingan di London pada 18 Januari sehingga 6 Februari 1956. Apakah perjanjian tersebut?

a)

Perjanjian Kemerdekaan Tanah Melayu

b)

Perjanjian Persekutuan Malaysia

c)

Perjanjian Semenanjung Malaysia

d)

Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu

8.

PERJANJIAN KEMERDEKAAN TANAH MELAYU

Apakah intipati perjanjian tersebut?

a)

Suruhanjaya perlembagaan dibentuk

b)

Majlis Raja-raja Melayu dibentuk

c)

Tunku Abdul Rahman dilantik sebagai Perdana Menteri

d)

Pihak British akan meninjau pendapat rakyat Tanah Melayu

9.

Peristiwa tersebut telah menyaksikan lebih kurang 100 ribu orang rakyat Tanah Melayu telah berkumpul di Padang Banda Hilir, Melaka bagi menyambut ketibaan

Rombongan Rundingan Kemerdekaan.

Mengapa rakyat berbuat demikian?

a)

Mendengar pengumuman tarikh kemerdekaan

b)

Meraikan kemerdekaan negara

c)

Menyambut Perdana Menteri pertama

d)

Menunjukkan semangat kemerdekaan bersama-sama

10.

Mengapakah Banda Hilir, Melaka menjadi lokasi untuk menyambut kepulangan Rombongan Merdeka?

a)

Negeri pertama dijajah kuasa Barat

b)

Simbol kedaulatan raja

c)

Diiktiraf sebagai Bandar Bbersejarah

d)

Negeri pertama mengadakan pilihanraya

11.

Namakan sebuah Suruhanjaya yang ditubuhkan untuk menyusun dan merangka Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka.

a)

Suruhanjaya Reid

b)

Suruhanjaya Fenn Wu

c)

Suruhanjaya Cobbold

d)

Suruhanjaya PBB

12.

Apakah peranan yang dimainkan oleh Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu ?

a)

Melindungi kedudukan raja-raja melayu

b)

Meminta penempatan tentera British

c)

Merangka belanjawan tahunan Tanah Melayu

d)

Menguruskan urusan luar negeri Tanah Melayu

13.

Gambar 1 menunjukkan anggota Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. Apakah tujuan Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu dibentuk?

a)

Mempercepatkan kemerdekaan negara

b)

Menyusun dan merangka Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu

c)

Melantik pegawai pentadbiran kerajaan yang baru.

d)

Membincangkan kedudukan Raja-raja Melayu

14.

Apakah perkara yang terkandung dalam Terma Rujukan Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu?

a)

Pelaksanaan Pilihan Raya Persekutuan

b)

Kewarganegaraan masyarakat Cina dan India

c)

Menjaga kedudukan istimewa orang melayu dan kepentingan sah kaum lain.

15.

Berikut merupakan ahli Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu kecuali....

a)

Lord Reid

b)

Sir Ivor Jennings

c)

Sir William Mckell

d)

J.W.W Birch

16.

Gerak Kerja Suruhanjaya Reid mengadakan persidangan untuk membincangkan pelbagai isu. Berapa kalikah perjumpaan diadakan dari bulan Jun hingga bulan Oktober 1956?

a)

100 kali perjumpaan

b)

118 kali perjumpaan

c)

120 kali perjumpaan

d)

125 kali perjumpaan

17.

Suruhanjaya Reid meminta cadangan daripada semua penduduk yang berminat. Cadangan boleh dikemukakan dalam bentuk ...

a)

memorandum

b)

Berkumpulan

c)

Parti Politik

d)

Lisan