WorksheetsPANTUN TEKA TEKI
Total questions: 12
Worksheet time: 4mins
Bendang di sawah sedang dibajak,
Dibajak oleh Pak Cik Anuar,
Kalau anda orang yang bijak,
Buah apa biji di luar ?
Setelah dibasuh baju disidai,
Untuk dipakai pagi raya,
Anda tentu orang yang pandai,
Apakah 4 warna bendera Malaysia?
Hijau, Kuning, Merah, Biru
Hitam, Biru, Kuning, Merah
Putih, Biru, Merah, Kuning
Biru, Merah, Putih, Jingga
Setiap hari berjalan di pantai,
Sudah penat duduk di batu,
Kalau anda cerdik dan pandai,
Binatang apa tulangnya satu ?
Pekerjaan ini sangat mulia,
Merawat orang yang memerlukannya,
Serba putih warna pakaiannya
Ada sahaja nak dapatkan rawatannya.
Bunga melur bunga cempaka,
Letak disanggul oleh si dara,
Dipakai untuk melihat dan membaca,
Ada pula untuk bergaya.
Pensil
Pemadam
Cermin Mata
Kanta Pembesar
Wahai adik cubalah fikir,
Dibawa ke sekolah setiap masa,
Diguna untuk menulis dan mengukir,
Kadang kala diguna untuk mengira.
Pensil
Kalkulator
Buku tulis
Telefon
Berbagai bentuk dan juga rasa,
Perisa durian, coklat apa sahaja,
Walaupun sejuk tidak terkira,
Menjadi kesukaan si kecil juga dewasa.
Milo Ais
Air Sejuk
Aiskrim
Ais
Ambil galah jolok nangka,
Nangka jatuh ke dalam tangki;
Cuba jawab cuba teka,
Binatang apa tidak berkaki.
Cicak
Ketam
Ular
Bayi comel anak lelaki,
Anak lelaki Tuan Sarjan;
Tiada kepala tiada kaki,
Sangat berguna waktu hujan.
Baju Hujan
Anak Patung
Payung
Pergi ke hutan mencari keldai,
Pergi bersama anak Pak Harun;
Jika tuan bijak pandai,
Apa yang naik tidak turun-turun?
Komputer
Jagung
Umur
Kereta
Hatinya merindu cucu tersayang,
Hingga tak selera makan nasi;
Terbang tinggi bukan layang-layang,
Badan keras daripada besi.
Helikopter
Roket
Ketuhar
Kapal Terbang
Anak Cina menjual lada,
Juga menjual daun kari;
Bukan kuda sebarang kuda,
Kuda ini pandai menari.
Kuda Belang
Kuda Kayu
Kuda Menari
Kuda Kepang
