Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

bunyi

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Bagaimanakah bunyi dihasilkan (Pilih 3 jawapan)

a)

Tuipan

b)

Ketukan

c)

Petikan atau gesekan

d)

Statik

2.

Antara alat muzik tersebut, yang manakah dapat menghasilkan bunyi melalui ketukan?

a)
b)
c)
d)
3.

Bagaimanakah bunyi alat ini dihasilkan?

a)

Gesekan

b)

Petikan

c)

Ketukan

d)

Tepukan

4.

Aktiviti yang dilakukan oleh murid ini, dapat menghasilkan bunyi. Bagaimanakah cara bunyi tersebut terhasil?

a)

Tepukan

b)

Gesekan

c)

Petikan

d)

Ketukan

5.

Antara aktiviti berikut, yang manakah dapat menghasilkan bunyi dengan cara petikan?

a)
b)
c)
d)
6.

Gambar menunjukkan satu aktiviti bersiul. Bagaimanakah bunyi terhasil apabila kita bersiul?

a)

Kotak suara menghasilkan bunyi

b)

Pergerakan bibir dan lidah menghasilkan bunyi

c)

Udara yang ditiup bergetar dan menghasilkan bunyi

d)

Bunyi daripada mulutnya bergerak dan dipantulkan oleh udara

7.

Gambar menunjukkan pembesar suara yang sedang digunakan. Apa yang dapat diperhatikan pada beberapa butir kacang hijau yang diletakkan di atas pembesar suara tersebut?

a)

Kacang hijau tersebut akan pecah

b)

Kacang hijau tersebut akan bergetar di atas pembesar suara itu

c)

Kacang hijau tersebut akan bercambah

d)

Tiada apa-apa berlaku pada kacang hijau itu

8.

Mengapakah Lily dapat mendengar bunyi lagu semasa melalui sebuah bilik?

a)

Bunyi itu bergerak ke semua arah

b)

Bunyi itu dibiaskan di udara

c)

Bunyi itu dipantulkan oleh dinding

d)

Bunyi itu bergerak mengikut laluannya

9.

Fakhruddin mendapati gema terhasil apabila dia membuat bunyi semasa berada di sebuah bilik kosong, tetapi tiada gema terhasil apabila membuat bunyi yang sama di bilik tidurnya. Mengapakah hal ini berlaku?

a)

Bilik tidur Fakhruddin lebih luas daripada bilik kosong itu

b)

Bilik yang kosong menyerap bunyi dengan mudah

c)

Dinding di dalam bilik tidur Fakhruddin memantulkan bunyi dan kurang penyerap bunyi

d)

Dinding di dalam bilik kosong memantulkan bunyi dan kurang penyerap bunyi

10.

Apakah fenomena pantulan bunyi yang membolehkan seekor kelawar untuk memandu arah dan mengesan lokasi mangsa?

a)

Super Sonik

b)

Ultrasonik

c)

Sonar

d)

Gema

11.

Dalam bidang perubatan, doktor dapat mengesan organ di dalam badan pesakit atau bayi di dalam kandungan. Antara yang berikut, yang manakah fenomena pantulan bunyi yang terlibat?

a)

Gema

b)

Super Sonik

c)

Ultrasonik

d)

Sonar

12.

Rajah menunjukkan sebuah kapal nelayan yang menggunakan sonar untuk mengesan kedudukan ikan. Bagaimanakah alat itu berfungsi?

a)

Menggunakan prinsip pantulan bunyi

b)

Menghasilkan bunyi untuk menarik perhatian ikan

c)

Mengesan bunyi yang terhasil daripada kumpulan ikan

d)

Menggunakan bunyi yang kuat untuk menghasilkan getaran

13.

Antara yang berikut, yang manakah menyebabkan pencemaran bunyi?

a)

Bunyi guruh semasa hujan lebat

b)

Bunyi ombak di pantai

c)

Bunyi dari kawasan pembinaan

d)

Bunyi air terjun

14.

Antara yang berikut, yang manakah situasi yang menggambarkan bunyi yang tidak memberi faedah dalam kehidupan harian kita?

a)

Bunyi siren daripada kereta polis

b)

Bunyi hon kenderaan di jalan raya

c)

Bunyi loceng kebakaran

d)

Bunyi daripada aktiviti perindustrian

15.

Apakah faedah bunyi seperti dalam rajah ini?

a)

membolehkan berkomunikasi

b)

memberikan maklumat

c)

memberikan hiburan

d)

memberi isyarat kecemasan

16.

Apakah kesan bunyi yang memudaratkan?

a)

menghiburkan

b)

tekanan emosi

c)

memberikan maklumat

d)

berkomunikasi dengan mudah

17.

Pencemaran bunyi boleh dikurangkan dengan menggunakan

a)

Pembesar suara

b)

Pelindung telinga

c)

Penyerap bunyi seperti permaidani, langsir dan pokok

18.

Antara berikut, yang manakah ciri-ciri bunyi yang betul?

a)

Tidak boleh bergerak ke semua arah

b)

Tidak boleh dipantulkan

c)

Tidak boleh diserap

d)

Boleh dipantulkan

19.

Apakah kesan pencemaran bunyi?

a)

Gangguan tidur

b)

Memberi ketenangan

c)

Mendamaikan suasana

d)

Memberi hiburan

20.

Mengapakah perpustakaan sekolah mempunyai permaidani?

a)

Supaya semua orang boleh membuat bunyi bising

b)

Membantu menyerap bunyi supaya lebih senyap

c)

Supaya kelihatan cantik