WorksheetsGeografi Tingkatan 3 Sumber Hutan
Total questions: 24
Worksheet time: 20mins
Jenis tumbuh-tumbuhan yang manakah meliputi kawasan yang paling luas di Malaysia?
Hutan Pantai
Hutan Gunung
Hutan Hutan Tropika
Hutan Paya Air Masin
Maklumat yang manakah betul tentang jenis hutan dan lokasi?
Hutan Hujan Tropika - Desaru
Hutan Paya Air Tawar - Larut Matang
Hutan Paya Air Masin - Tasik Bera
Hutan Pantai - Pulau Sipadan
Pokok-pokok di Hutan Paya Air Tawar biasanya akan tumbuh di kawasan
tanih podzol
tanih gambut
tanih berpasir
tanih laterit
Antara yang berikut, lapisan yang manakah tidak terdapat di dalam Hutan Hujan Tropika di Malaysia?
Lapisan silara
Lapisan tengah
Lapisan renjong
Lapisan pokok renek
Ciri-ciri di bawah merujuk
kawasan rendah yang berlumpur dan terlindung ditenggelami air semasa air pasang
Hutan Pantai
Hutan Gunung
Hutan Paya Air Tawar
Hutan Paya Air Masin
Akar seperti dalam gambar berfungsi untuk
habitat hidupan akuatik
menyokong pokok
sebagai akar pernafasan
masuk ke dalam lumpur
Antara berikut, yang manakah merupakan kepentingan hutan kepada manusia?
Habitat
Sumber perubatan moden
Sumber bahan mentah
Kawasan kediaman
Apakah kegunaan pokok kayu keras di dalam Hutan Hujan Tropika?
Bahan api
Perabot
Kraftangan
Atap rumah
Ciri Hutan Hujan Tropika yang salah ialah
Berdaun lebar, hujung daun tirus
Lantai hutan ditumbuhi lumut
Batang lurus, berakar banir
Malar hijau
FRIM merupakan institusi terkemuka di Malaysia yang bertanggungjawab penyedilikan____________________.
Alam sekitar
Pertanian
Perhutanan
Perladangan
Daun mengkuang merupakan sumber bahan mentah. Apakah kegunaan daun tersebut?
Perabot
Kraf tangan
Atap
Tikar
Berikut merupakan lokasi ekopelancongan di Malaysia. Pilih lokasi yang terletak di negeri Sarawak.
Taman Negara Semenyih
Taman Negeri Royal Belum
Taman Negara Endau-Rompin
Taman Negara Niah
Geopark merujuk sesuatu kawasan yang terdapat tapak _________________ yang boleh digunakan oleh semua pihak bagi tujuan pemeliharaan, pendidikan dan pembangunan lestari.
pembangunan
geologi
geografi
alam sekitar
Pembangunan ____________ ialah pembangunan yang memenuhi keperluan pada masa kini tanpa menjejaskan keupayaan generasi akan datang.
ladang hutan
setempat
lestari
petempatan
Berikut merupakan badan kerajaan atau agensi yang berkaitan pengurusan hutan, kecuali...
JAS
MOE
FRIM
PERHILITAN
Tapak Ramsar merujuk kepada ______________
Rawatan Alam Sekitar Negara
senarai tanah lembab yang tidak dipersetujui melalui konvensyen tanah lembap di Iran pada tahun 1971.
senarai tanah lembab yang dipersetujui melalui konvensyen tanah lembap di Iran pada tahun 1971.
senarai tanah kering yang dipersetujui melalui konvensyen tanah lembap di Iran pada tahun 1971.
Apakah yang menggalakkan pertumbuhan sumber hutan di Malaysia?
Iklim
Undang-undang alam sekitar
Kesedaran masyarakat
Flora & fauna
pengurusan sumber hutan secara terancang adalah perlu bagi mengekalkan keseimbangan ekosistem. Ekosistem merujuk kepada __________________.
proses mengurus keperluan hutan semula jadi.
proses membekalkan sumber bahan mentah.
proses interaksi antara komponen biotik dengan komponen abiotik.
proses interaksi flora dan fauna.
Berikut merupakan lokasi tapak Ramsar di Malaysia, kecuali __________________
Tasik Chini, Pahang.
Tasik Bera, Pahang.
Kuching Wetland National Park, Sarawak.
Pulau Kukup, Johor.
Apakah contoh hasil yang diperoleh dari hutan untuk keperluan masyarakat tempatan?
Gas asli
Gaharu
Ikan
Pokok pain
Antara berikut, yang manakah BUKAN kepentingan pengurusan sumber hutan di Malaysia?
Ekopelancongan
Keseimbangan ekosistem
Sumber bahan mentah
Menjimatkan bahan api fosil
Kombinasi manakah yang benar tentang sumber hutan dan kegunaannya?
buluh - perubatan
daun nipah - kayu gergaji
batang nibung - kraf tangan
daun mengkuang - tikar
Mengapakah pembangunan lestari perlu dijalankan di Malaysia?
Sumber semula jadi digunakan sepenuhnya
Peluang pekerjaan
Teknologi hijau dapat dikomersilkan
Generasi baharu dapat melihat warisan hutan negara
Antara yang berikut, yang manakah peranan Institusi Penyelidikan Perhutanan (FRIM)?
Menggalakkan pembangunan
Menyelaraskan penebangan terpilih
Menguatkuasa undang-undang
Menjalankan penyelidikan perhutanan
