NEW
Font size
WorksheetsPeribahasa
Total questions: 10
Worksheet time: 10mins
Raju dan Kumar merupakan sahabat karib sejak kecil dan mereka sering bekerjasama dalam apa jua situasi.
Seperti isi dengan kuku
Seperti anjing dengan kucing
Bagai aur dengan tebing
Bagai cincin dengan permata
Jauhary menyiapkan tugasan yang diberikan oleh majikannya itu dengan bersungguh-sungguh dan dia sanggup tidak tidur semalaman.
Bagai mencurah air ke daun keladi
Sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain
Seperti kerbau dicucuk hidung
Genggam bara api biar sampai jadi arang
Zairul tidak menghadapi sebarang masalah ketika menetap di luar negara kerana dia mudah menyesuaikan diri dengan adat resam dan budaya hidup masyarakat setempat.
memeluk akar, menyuluh ke langit
Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang lembu menguak
Seperti mendengar guruh di langit, air ditempayan dicurahkan
Seperti belanda minta tanah
Selepas pencen, Haji Hashim tidak lagi bergaul dengan masyarakat di kampungnya ____________________________.
Seperti enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing
Seperti bulan di pagar bintang
Seeprti kera sumbang
Seperti lipas kudung
Apakah nama peribahasa yang boleh dikaitkan dengan gambar ini?
Ombak rindu
Bagai aur dengan tebing
Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai
Buang yang keruh, ambil yang jernih
Farhat tidak jemu mengulang kaji pelajaran walaupun satu jam sehari menyebabkan dia berjaya dalam peperiksaan
kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya.
kerana air dicincang tidak akan putus.
bagai mendapat durian runtuh.
kerana sehari sehelai benang, lama – lama menjadi kain.
Apabila Chin Kai mendengar berita bahawa dia mendapat kerja baru , dia terus berhenti daripada kerja lamanya
seperti cendawan tumbuh selepas hujan.
seperti mendukung biawak hidup.
seperti mendengar guruh di langit, air tempayan dicurahkan.
bagaikan kera mendapat bunga
Hanya Husaini sahaja yang nakal di kelas itu tetapi semua pelajar di sekolah itu menganggap pelajar kelas tersebut sebagai kelas pelajar-pelajar nakal
kerana mulut tempayan boleh ditutup, mulut manusia tak dapat ditutup.
kerana nila setitik rosak susu sebelanga.
kerana kalau kail panjang sejengkal, lautan dalam usah diduga.
seperti burung terbang dipipiskan lada
Oleh kerana kerajinan Zul dalam berlatih, dia berjaya mendapat tempat dalam pertandingan merentas desa umpama ______________________________________.
genggam bara api biar sampai menjadi arang.
tikus jatuh di kepuk.
ular menyusur akar tidak akan hilang bisanya
mencurah air ke daun keladi.
Walaupun asalnya Saidiyah seorang pelajar yang lembam namun setelah diajar dengan bersungguh-sungguh oleh guru-gurunya, akhirnya dia berjaya dalam peperiksaan itu dengan cemerlang.
carik – carik bulu ayam lama- lama bercantum juga
bagai mendapat durian runtuh
belakang parang kalau diasah lagikan tajam.
melentur buluh biarlah dari rebungnya
