Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Haba Sains Tahun 5

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Apakah yang dimaksudkan dengan 'suhu'?

a)

Ukuran darjah kepanasan sesuatu bahan.

b)

Kuantiti haba dalam sesuatu bahan.

c)

Sukatan haba yang terdapat dalam sesuatu bahan

d)

Tahap kepanasan sesuatu bahan.

2.

Unit untuk menyukat suhu ialah.....

a)

sentimeter padu (cm3)

b)

darjah celsius (oC)

c)

mililiter (ml)

d)

meter sesaat (ms-1)

3.

Antara peralatan berikut, yang manakah digunakan untuk menyukat suhu?

a)
b)
c)
d)
4.

Kedudukan meniskus yang betul semasa mengambil bacaan suhu ialah.....

a)
b)
c)
d)
5.

Rajah menunjukkan pemerhatian dalam satu penyiasatan yang dijalankan. Apakah inferens berdasarkan pemerhatian ini?

a)

Belon mengembang kerana panas.

b)

Belon bersifat kenyal.

c)

Udara dalam botol mengembang apabila menerima haba.

d)

Udara dalam botol bertambah apabila menerima haba.

6.

Rajah menunjukkan bebola logam tidak dapat melalui gelang logam. Apakah yang perlu dilakukan supaya bebola logam boleh melalui gelang logam itu?

a)

Panaskan bebola logam.

b)

Rendam bebola logam dalam air.

c)

Panaskan bebola dan gelang logam.

d)

Rendam gelang logam dalam air

7.

Rajah menunjukkan sebuah landasan keretapi. Apakah yang perlu dilakukan supaya landasan itu tidak membengkok pada hari panas?

a)

Besarkan ruang antara kepingan besi landasan keretapi.

b)

Kecilkan ruang antara kepingan besi landasan keretapi.

c)

Gantikan kepingan besi landasan keretapi dengan kayu.

d)

Bina landasan keretapi yang lurus.

8.

Rajah menunjukkan satu penyiasatan. Apakah yang terjadi jika botol di dalam air panas dipindahkan ke bekas yang mengandungi air sejuk?

a)

Belon terus mengembang.

b)

Belon menjadi semakin kecil

c)

Belon akan meletup

d)

Saiz belon tidak berubah..

9.

Rajah menunjukkan dua biji gelas P dan Q yang sukar dipisahkan. Apakah cara yang patut dilakukan untuk memisahkan gelas itu?

a)

Rendam gelas P dalam air panas.

b)

Rendam gelas Q dalam air panas.

c)

Rendam gelas P dalam air yang mengandungi ais.

d)

Rendam kedua-dua gelas dalam air panas.

10.

Rajah menunjukkan sebahagian termometer. Berapakah bacaan suhu yang termometer itu?

a)

90 oC

b)

88 oC

c)

85 oC

d)

84 oC

11.

Antara yang berikut, yang manakah cara yang betul mengendalikan termometer?

a)
b)
c)
d)
12.

Sesuatu bahan bahan menjadi panas apabila menerima haba.

a)

Betul

b)

Salah

13.

Sesuatu bahan menjadi sejuk apabila kehilangan haba.

a)

Betul

b)

Salah

14.

Mengapakah terdapat ruang kecil di antara landasan kereta api?

a)

untuk membolehkan landasan mengembang semasa cuaca panas.

b)

untuk membolehkan landasan kelihatan cantik.

c)

untuk membolehkan landasan mengecut semasa cuaca panas.

15.

Apakah yang akan berlaku pada pepejal, cecair dan gas apabila disejukkan?

a)

Mengecut

b)

Mengembang

c)

Melebur

d)

Membeku

16.

Mengapakah penutup sos cili yang ketat boleh dibuka selepas direndam di dalam air panas?

a)

Penutup sos cili mengecut

b)

Penutup sos cili membeku

c)

Penutup sos cili melebur

d)

Penutup sos cili mengembang

17.

Mengapakah kabel elektrik dipasang secara kendur?

a)

Untuk mengelakkannya mengembang

b)

Untuk menggelakkannya putus apabila mengecut

c)

Untuk membolehkannya menerima haba

d)

Untuk mengelakkannya putus apabila mengembang

18.

Takat didih air ialah ___________ darjah celcius.

a)

100

b)

37

c)

0

19.

Objek panas apabila?

a)

Kehilangan haba

b)

Menerima haba

20.

Objek menjadi sejuk apabila?

a)

Menerima haba

b)

Kehilangan haba