wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Perbandingan Semacam

Total questions: 14

Worksheet time: 6mins

Name
Class
Date
1.

Suasana di dalam bilik darjah itu semasa ketiadaan guru sungguh ____________________

a)

busuk seperti bangkai

b)

rajin seperti semut

c)

bising seperti pasar

d)

sombong bak merak

2.

Bina perbandingan semacam berdasarkan gambar

a)

Laju seperti kuda.

b)

Gagah umpama kuda.

c)

Garang bagai kuda.

d)

Kuat macam kuda

3.

Zul berjaya mengedarkan bungkusan makanan itu kepada gelandangan secara sama rata kerana dia ..................... .

a)

adil macam hakim

b)

alim seperti ustaz

c)

bijak seperti kancil

d)

kuat seperti badang

4.

Aminah sukar untuk mencari cincin pertunangannya yang terjatuh di kawasan yang ..................itu kerana tiada cahaya.

a)

gelap seperti malam

b)

luas seperti padang

c)

dalam seperti perigi

d)

semak seperti hutan

5.

Ali tidak pandai menyimpan rahsia rakan-rakannya kerana mulutnya ............................

a)

becok seperti murai

b)

bising seperti kakak tua

c)

riuh seperti gagak

d)

licin macam belut

6.

Ahmad yang bekerja di kedai runcit itu telah menghantar lima tong gas ke rumah pelanggannya tanpa sebarang masalah kerana dia .................... .

a)

cerdik seperti kancil

b)

tinggi macam galah

c)

kuat seperti badang

d)

besar seperti gajah

7.

Alvin tidak akan makan kek yang berasa ......................... itu kerana dia mengalami penyakit diabetes.

a)

masam macam cuka

b)

kelat seperti peria

c)

pahit seperti hempedu

d)

manis macam madu

8.

Orang kaya itu angkuh macam ....

a)

harimau

b)

merak

c)

buaya

d)

murai

9.

Sejak dia jatuh sakit wajahnya menjadi .............

a)

pucat seperti mayat

b)

bebas seperti burung

c)

baik laksana malaikat

d)

cantik macam bidadari

10.

Beg tangan kulit yang berjenama itu mahal macam ...................

a)

berlian

b)

tembaga

c)

suasa

d)

perak

11.

Kipas dinding di bilik Syahmi berpusing ligat macam ........................

a)

roda

b)

tayar

c)

bola

d)

gasing

12.

Rumah Puan Tina kemas dan cantik kerana dia ________________.

a)

rajin seperti semut

b)

gagah seperti gergasi

c)

gemuk seperti badak

d)

malas macam keldai

13.

Sawah padi di kampung nenek luas seperti ______________, cantik mata memandang

a)

padang

b)

tasik

c)

lautan

14.

Cikgu Rashidi merupakan guru displin kerana dia ______________

a)

tinggi macam galah

b)

besar macam gajah

c)

garang seperti singa

d)

rajin macam semut