wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

ASAS PERKHEMAHAN TKRS TAHUN 4

Total questions: 10

Worksheet time: 6mins

Name
Class
Date
1.

Definisi khemah ialah _________________.

a)

tempat berteduh

b)

rumah

c)

pondok atau tempat perlindungan sementara

d)

tempat berkumpul

2.

Antara faedah berkhemah ialah __________________.

a)

memupuk semangat kejiranan

b)

berdisiplin mematuhi peraturan

c)

tidak berani menghadapi cabaran

d)

meningkatkan semangat patriotisme

3.

Lokasi yang sesuai untuk mendirikan khemah ialah _______________.

a)

terdedah kepada binatang buas

b)

mempunyai ancaman bahaya

c)

kawasan yang lapang bergantung kepada bilangan peserta

d)

di bawah pokok rimbun

4.

Elak mendirikan khemah di bawah pokok bagi mengelakkan risiko khemah __________________.

a)

dimasuki binatang buas

b)

dihanyutkan air

c)

ditimpa ranting dan dahan mati

d)

diterbangkan angin

5.

Antara berikut adalah perkara yang perlu dilakukan selepas aktiviti perkhemahan selesai, kecuali _______________.

a)

membersihkan kawasan

b)

memastikan tiada bara api yang masih membara

c)

mengutip sampah

d)

mengutip daun-daun kering

6.

Penting untuk melihat tapak perkhemahan untuk memastikan tempat dipilih bersesuaian dan selamat untuk diadakan aktiviti perkhemahan, berikut adalah perkara yang perlu diambil kira, kecuali _________________.

a)

berhampiran dengan pantai

b)

kemudahan asas yang mencukupi

c)

mempunyai ciri-ciri keselamatan yang terjamin

d)

mudah berhubung dengan pihak polis dan hospital

7.

Apakah kepentingan aktiviti perkhemahan kecuali _____________.

a)

Manfaat kepada perkembangan jasmani, emosi, intelek dan rohani.

b)

Memenatkan fizikal dan badan serta boleh menyebabkan penyakit.

c)

Dijadikan aktiviti membina semangat, motivasi dan keyakinan diri di samping memberi keseronokan dan menambah ilmu pengetahuan

d)

Aktiviti perkhemahan ini melibatkan aktiviti hutan, bukit, gunung dan laut.

8.

Apakah langkah-langkah keselamatan yang perlu diambil semasa mendirikan khemah?

a)

Dirikan khemah di kawasan berhampiran rumput dan lalang yang panjang serta pokok renek.

b)

Jangan dirikan khemah dibawah pokok yang sudah tua dan mempunyai dahan yang reput.

c)

Pilih kawasan yang berbatu dan mempunyai lubang untuk mengekalkan kestabilan edaran darah di badan anda.

d)

Pilih kawasan yang terdedah dengan matahari untuk mendapat keselesaan dan cahaya sepanjang masa.

9.

Apakah alatan memasak yang perlu di bawa semasa perkhemahan?

a)

Periuk Noxxa

b)

Kuali

c)

Parang panjang

d)

Ketuhar

10.

Bahan makanan apa yang tidak sesuai di bawa semasa perkhemahan?

a)

Ayam mentah dan ikan mentah yang segar dan berkhasiat.

b)

Sardin.

c)

Kari ayam di dalam tin.

d)

Telur.