Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KUIZ T3 27 OGOS 2021

Total questions: 15

Worksheet time: 9mins

Name
Class
Date
1.

Antara berikut, yang manakah tidak menerangkan nilai toleransi ?

a)

Bersediakan memaafkan orang lain

b)

Menghormati hak orang lain

c)

Memberi bantuan kepada saudara mara sahaja

d)

Menerima teguran atau pandangan orang lain

2.

Individu yang mengamalkan sikap toleransi akan ....


(Boleh tanda lebih dari satu jawapan)

a)

Mengambil peluang mencari kesalahan orang lain

b)

Enggan memahami masalah orang lain

c)

Sentiasa mengawal tingkah laku dan emosi

d)

Mengelakan diri daripada terjebak dalam sebarang pertelingkahan

3.

Yang berikut merupakan ciri-ciri toleransi ketika menyelesaikan sesuatu masalah ?


(Boleh tanda lebih dari satu jawapan)

a)

Menghormati pendapat orang lain

b)

Sentiasa berpandangan positif

c)

Sentiasa bersaing untuk mengeluarkan pendapat yang terbaik

d)

Saling menyalahkan antara satu sama lain

4.

Perbuatan yang manakah tidak menggambarkan nilai toleransi ?

a)

Aizad sentiasa mencurigai kawannya yang pernah melakukan kesalahan

b)

Danial sentiasa mengawal emosinya ketika menyelesaikan sesuatu masalah

c)

Trisha sentiasa bersabar apabila dikritik dan ditegur oleh rakannya

d)

Dahlia sentiasa tenang apabila menghadapi masalah

5.

Sesuatu masalah atau konflik boleh diselesaikan dengan ...

a)

Berkongsi masalah dengan ramai orang

b)

Membawa masalah tersebut ke muka pengadilan

c)

Berbincang untuk mencari jalan penyelesaian masalah

d)

Menggunakan kekerasan untuk menyelesaikan masalah

6.

Apakah yang akan terjadi sekiranya alam sekitar tidak ditadbir dengan baik ?


(Boleh tanda lebih dari satu jawapan)

a)

Keseimbangan ekosistem terjejas

b)

Struktur tanah menjadi tidak seimbang

c)

Manusia akan hidup dalam keadaan tertekan

d)

Kebahagian manusia dan makhluk lain tergugat

7.

Mengapakah hutan perlu dipelihara ?


(Boleh tanda lebih dari satu jawapan)

a)

hutan merupakan kawasan tadahan air

b)

hutan menjadi tempat tinggal manusia

c)

hutan mampu memberi pulangan yang lumayan

d)

hutan merupakan habitat flora dan fauna

8.

Mengapakah kita perlu mengekalkan keindahan alam sekitar ?

a)

Kerana alam sekitar mampu mempengaruhi kehidupan kita

b)

Kerana alam sekitar dapat menjamin kekayaan manusia

c)

Kerana alam sekitar menghasilkan kayu-kayan yang berharga

d)

Kerana alam sekitar merupakan khazanah yang sangat bernilai

9.

Terdapat sesetengah pihak yang memburu hidupan liar semata-mata untuk ...

a)

Memperlihatkan kehebatan berburu

b)

Mendapatkan organ sebagai penawar penyakit

c)

Memuaskan nafsu berburu

d)

Menghapuskan spesies haiwan tersebut

10.

Yang manakah berikut merupakan etika kerja yang perlu diamalkan kecuali ?

a)

Meningkatkan kecekapan kerja

b)

Menekankan daya pengeluaran dan mutu yang tinggi

c)

Memberi keutamaan kepada kepentingan individu

d)

Menunjukkan kesetiaan kepada negara dan organisasi tempat bekerja

11.

Apakah langkah yang perlu diambil oleh kerajaan untuk mengelakkan penerokaan hutan sewenang-wenangnya ?

a)

Mengharamkan pengusaha balak memasuki hutan

b)

Mewartakan kawasan hutan persendirian

c)

Memelihara lebih banyak haiwan liar

d)

Menguatkuasakan akta dan undang-undang yang lebih tegas

12.

Apakah implikasi daripada sikap seseorang pekerja yang tidak amanah ?

a)

Mengubah struktur pentadbiran sesebuah organisasi

b)

Menjejaskan produktiviti sesebuah organisasi

c)

Mempengaruhi pekerja yang lain

d)

Menimbulkan kemarahan pekerja lain

13.

Berikut merupakan tindakan yang perlu ada dalam Ikrar Integriti Perkhidmatan Awam, kecuali ...

a)

memupuk nilai membenci rasuah

b)

mematuhi sepenuhnya kod Etika Jabatan

c)

bekerjasama dengan mana-mana pihak untuk memerangi rasuah

d)

melaporkan sebarang kegiatan jenayah kepada pihak polis

14.

Antara berikut, yang manakah bukan ciri-ciri orang yang amanah ?

a)

Sentiasa berpegang kepada janji

b)

Mengamalkan nilai membenci rasuah

c)

Menggunakan kuasa dengan sewenang-wenangnya

d)

Melaksanakan tugas yang diberikan dengan sempurna

15.

Pada pendapat anda, mengapakah terdapat pihak yang melakukan pembalakan secara haram ?


(Boleh tanda lebih dari satu jawapan)

a)

Ingin mengaut keuntungan semata-mata

b)

Menganggap alam sekitar hak individu

c)

Mengeksploitasi khazanah hutan yang bernilai

d)

Ingin menhapuskan hidupan liar