wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

YDPA & Struktur Pemerintahan Kerajaan Malaysia 1

Total questions: 18

Worksheet time: 12mins

Name
Class
Date
1.

Yang manakah benar tentang kuasa YDPA?

a)

Kuasa pemerintahan bagi Persekutuan

b)

Kuasa mengisytiharkan darurat jika negara terancam

c)

Kuasa pengampunan di Mahkamah Syariah untuk negeri-negeri di Semenanjung Malaysia

d)

Kuasa budi bicara dalam menganugerahkan pingat dan pangkat kepada pembesar negara

2.

Yang manakah tugas badan kehakiman?

a)

Meluluskan undang-undang negara

b)

Menggubal undang-undang negara

c)

Melaksanakan undang-undang negara

d)

Menentukan kesahan undang-undang negara

3.

Yang manakah kuasa YDPA terhadap Dewan Rakyat?

a)

Merasmikan perasmian Dewan Rakyat pada setiap penggal

b)

Melantik Yang Dipertua Dewan Rakyat atas nasihat Perdana Menteri

c)

Memecat Setiausaha Dewan Rakyat atas nasihat Yang Dipertua Dewan Rakyat

d)

Meluluskan rang undang-undang yang dibentangkan dalam Dewan Rakyat

4.

Yang manakah pernyataan yang benar tentang jawatan Ketua Audit Negara?

a)

Pemilihannya adalah dalam kalangan ahli Parlimen

b)

Saraannya ditentukan oleh YDPA

c)

Pelantikannya dibuat oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam

d)

Pemecatannya oleh YDPA atas syor tribunal

5.

Yang manakah tugas kabinet (bukan kabinet dapur) ?

a)

Melantik setiausaha politik

b)

Merancang dasar pembangunan negara

c)

Meluluskan anggaran perbelanjaan tahunan

d)

Membuat pindaan Perlembagaan Persekutuan

6.

Antara yang berikut, yang manakah benar tentang fungsi Majlis Raja-Raja?

a)

Memberi pengampunan pesalah di mahkamah syariah

b)

Memberi persetujuan terhadap perlantikan Perdana Menteri

c)

Memberi persetujuan terhadap pelantikan Yang Dipertua Negeri

d)

Memberi persetujuan terhadap pindaan undang-undang persempadanan negeri

7.

Yang manakah yang diselaraskan dalam Mesyuarat Majlis Raja-Raja

a)

Penggunaan tanah rizab orang Melayu

b)

Perubahan sempadan antara negeri-negeri

c)

Amalan dan upacara agama Islam meliputi seluruh Persekutuan

d)

Peruntukan kewangan Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan Negeri

8.

YDPA boleh bertindak mengikut budi bicara dalam pelantikan jawatan?

a)

Peguam Negara

b)

Perdana Menteri

c)

Ahli Suruhanjaya

d)

Ketua Hakim Negara

9.

Yang manakah yang benar tentang sistem kerajaan demokrasi di parlimen di Malaysia?

a)

Ketua Negara dipilih dalam pilihan raya

b)

Pengundian pilihan raya diadakan secara sulit

c)

Semua ahli Majlis Parlimen dipilih oleh rakyat

d)

Rakyat perlu memilih wakil kawasan mereka ke Dewan Rakyat

10.

Yang manakah menggambarkan sistem pemilihan kerajaan di Malaysia?

a)

Perlembagaan Persekutuan menentukan sistem pemilihan kerajaan

b)

Ketua Negara menetapkan tarikh pemilihan kerajaan

c)

Kerajaan dipilih oleh rakyat lima tahun sekali

d)

Perdana Menteri dipilih melalui Pilihan Raya

11.

Yang manakah kepentingan institusi beraja dalam sistem pemerintahan Malaysia?

a)

Memeriksa dan mengimbangi tindakan-tindakan untuk memupuk keharmonian rakyat

b)

Meninjau keutuhan parti-parti politik yang bertanding dalam pilihan raya

c)

Mengesahkan kesahan penggubalan undang-undang negara

d)

Memantau kecekapan pelaksanaan projek pembangunan

12.

Yang manakah benar tentang kerajaan Malaysia?

a)

YDPA ialah ketua kerajaan

b)

Kuasa eksekutif dilaksanakan oleh kabinet

c)

Parlimen bersidang dalam tempoh 5 tahun selepas pilihan raya umum

d)

Parlimen berfungsi sebagai badan yang menjalankan kuasa pemerintahan

13.

Antara berikut yang manakah benar tentang Doktrin Pengasingan Kuasa di Malaysia?

a)

Mengutamakan kuasa relatif antara badan perundangan, eksekutif dan kehakiman

b)

Badan perundangan, kehakiman dan eksekutif mempunyai kuasa dan peranan yang sama

c)

YDPA mempunyai kuasa tertinggi kepada badan perundangan, kehakiman dan eksekutif

d)

Badan perundangan, eksekutif dan kehakiman melaksanakan peranan masing-masing tanpa sebarang pertindihan

14.

Yang manakah jawatan di bawah ini dilantik oleh YDPA dan rundingan dengan Majlis Raja-raja

a)

Jemaah Menteri

b)

Peguam Negara

c)

Ketua Audit Negara

d)

Ketua Setiusaha Kementerian

15.

Doktrin Pengasingan Kuasa yang diamalkan di Malaysia adalah untuk

a)

Mengelakkan penyalahgunaan kuasa

b)

Melibatkan rakyat dalam pentadbiran

c)

Melaksanakan sistem demokrasi tulin

d)

Mewujudkan pemerintahan yang adil dan saksama

16.

Yang manakah peranan utama Perdana Menteri dalam kerajaan Malaysia?

a)

Menjadi ketua kepada Jemaah Menteri

b)

Melantik pegawai-pegawai kerajaan

c)

Memastikan undang-undang dilaksanakan

d)

Menjadi wakil kepada YDPA dalam majlis rasmi

17.

Apakah yang dimaksudkan dengan kuasa legislatif dalam konteks pemerintahan Malaysia?

a)

Kuasa untuk melaksanakan undang-undang

b)

Kuasa untuk menggubal undang-undang

c)

Kuasa untuk menguatkuasakan undang-undang

d)

Kuasa untuk menafsirkan undang-undang

18.

Yang manakah benar tentang pemilihan anggota Dewan Negara?

a)

Dipilih oleh rakyat secara langsung

b)

Dilantik oleh YDPA

c)

Dipilih oleh Dewan Rakyat

d)

Dilantik oleh Perdana Menteri