wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Fonologi

Total questions: 20

Worksheet time: 20mins

Name
Class
Date
1.

Bidang fonologi ialah bidang yang mengkaji

a)

bahasa secara saintifik

b)

bunyi-bunyi yang dihasilkan oleh manusia

c)

fonem-fonem dalam sesuatu bahasa tersebut

d)

bunyi dalam sesuatu bahasa dan lambang kepada bunyi tersebut

2.

Yang manakah alat artikulasi yang menentukan perjalanan udara sama ada ke rongga mulut atau ke rongga hidung?

a)

pita suara

b)

lelangit lembut dan anak tekak

c)

belakang lidah

d)

bibir atas dan bibir bawah

3.

Yang manakah definisi yang tepat tentang fonem?

a)

Unit bahasa yang membentuk perkataan.

b)

Unit bahasa yang terkecil yang mempunyai makna.

c)

Unit bahasa yang terkecil yang boleh membezakan makna perkataan.

d)

Unit bahasa yang terkecil yang boleh berdiri sendiri.

4.

Yang manakah pasangan minimal?

I Barang-parang

II Badam-padam

III Kebun-rabun

IV Ikan-ikut

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan III

d)

III dan IV

5.

Pasangan yang manakah yang dengan tepat dapat menentukan bahawa /p/ dan /b/ ialah dua fonem yang berbeza?

a)

Buntu-pintu

b)

Bawang-pawang

c)

Bilang-pulang

d)

Baur-paut

6.

Yang manakah pernyataan yang tepat yang merujuk kepada konsep alofon?

a)

Unit bunyi yang terkecil.

b)

Unit bahasa yang membezakan makna perkataan.

c)

Kelainan bunyi bagi sesuatu fonem.

d)

Unit bahasa yang diberikan tanda diaklitik yang tertentu.

7.

Yang manakah pasangan perkataan yang terdiri daripada empat suku kata?

a)

Menggembleng-keberuntungan

b)

Pergantungan-ketumbukan

c)

pengisytiharan-kedaulatan

d)

Persendirian-keberanian

8.

Yang manakah perkataan yang mengandungi suku kata berpola KKKV?

a)

Traktor

b)

Strategi

c)

Tragedi

d)

Struktur

9.

Yang manakah alat artikulasi yang menentukan sesuatu bunyi itu bersuara atau tidak?

a)

bibir

b)

pita suara

c)

anak tekak

d)

lelangit lembut

10.

Yang manakah huruf yang digunakan untuk fonem yang dipinjam daripada bahasa asing?


I ng

II ny

III sy

IV kh

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

11.

Yang manakah keterangan yang benar tentang lelangit keras?


I Boleh menjadi titik artikulasi

II Boleh menyekat laluan udara

III Berfungsi sebagai artikulator

IV Kedudukannya selepas gusi

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

12.

I Depan lidah dinaikkan ke arah lelangit keras tetapi

tidak setinggi seperti menghasilkan vokal /i/.

II Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan.


Vokal yang dihasilkan dengan cara di atas terdapat dalam kedua-dua perkataan dalam pasangan

a)

endah-pendek

b)

kerat-herot

c)

tele-pekat

d)

sendat-cendol

13.

Pasangan perkataan yang manakah yang kedua-duanya mengandungi vokal yang penyebutannya mengalami sengauan?

a)

Nano-sejat

b)

ketua-maha

c)

ambil-mawar

d)

gunung-kemaruk

14.

Yang manakah pasangan perkataan yang kedua-duanya, semasa penyebutannya berlaku pelelangitkerasan?

a)

kuat-liang

b)

lauk-tuak

c)

paut-muat

d)

piat-ketiak

15.

Yang manakah pasangan perkataaan yang kedua-duanya ketika penyebutannya berlaku pengglotisan sebagai artikulasi tambahan?

a)

Faedah-godaan

b)

Persenjataan-Anuar

c)

Keibuan-ibuan

d)

kualiti-suara

16.

I Belerang

II Gelodak

Berdasarkan rajah di atas, vokal pada suku kata kedua dalam perkataan I dan II ialah vokal yang ditandai oleh

a)

Q dan S

b)

P dan T

c)

Q dan U

d)

R dan T

17.

Pasangan perkataan yang manakah yang kedua-duanya mengandungi vokal belakang?

I Karet-toreh

II Terus-jaguh

III Boleh-sapu

IV Tukul-sempit

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

18.

tempuh-tempoh


Apakah nama vokal yang terdapat dalam suku kata yang bergaris dalam perkataan di atas?

a)

vokal tengah,vokal tengah

b)

vokal tengah,vokal depan separuh sempit

c)

Vokal depan separuh sempit, vokal tengah

d)

vokal depan separuh sempit,vokal depan separuh sempit

19.

Yang manakah perkataan yang vokalnya mengalami kelainan sebutan semasa perkataan itu dibunyikan?

I nama

II minum

III karung

IV sumbu

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan IV

d)

III dan IV

20.

*rongga hidung terbuka

*rongga mulut terbuka

*buka antara rahang luas

*Pita suara bergetar


Yang manakah perkataan yang mengandungi bunyi vokal yang penyebutannya seperti di atas?

a)

Masak

b)

Terang

c)

Pangkat

d)

Menang