Font size
Worksheetssajak Erti Hidup Bererti
Total questions: 16
Worksheet time: 8mins
Tema sajak Erti Hidup Bererti ialah ......
ketabahan seorang tua dalam menjalani kehidupan
Kasih sayang anak-anak terhadap ibu bapa
Kesunyian hidup yang dilalui oleh warga tua kerana tidak diziarahi oelah anak-anak
Kepincangan hidup masyarakat yang mengabaikan ibu bapa
Berikut merupakan persoalan Sajak Erti Hidup Bererti, kecuali .....
Kasih sayang ibu kepada anak
Hidup dan mati ketentuan Tuhan
Pengorbanan ibu bapa terhadap anak.
Kasih sayang anak-anak terhadap ibu bapa
Maksud rangkap 1 ?
Warga tua berasa gembira kerana mendapat hadiah
Warga tua berasa sedih kerana tercedera
Warga tua berasa simpati terhadap anak-anak sendiri
Warga tua berasa sunyi kerana tiada orang datang menjenguknya
KBAT : Sebab anak mengabaikan ibu bapa yang sudah tua
Sibuk dalam kerjaya
Kurang pendidikan & ajaran agama
Ibu bapa amat sayang akan mereka
Anak-anak sedar akan kepentingan ibu bapa
Apakah nilai?
Bertanggungjawab
Keinsafan
Kepercayaan kepada Tuhan
Kasih sayang
Maksud rangkap 2 ?
Anak-anak telah melupai jasa ibu yang mengandungnya
Anak-anak amat menyayangi ibu bapa
Warga tua berasa sendiri tiada tempat bagi anak-anak
Warga tua berasa sendiri disayangi
KBAT: Cara anak-anak membalas jasa ibu bapa
Menghormati mereka
Sering bergaduh dengan mereka
Belajar dengan bersungguh-sungguh
Tidak terlibat dalam masalah sosial
KBAT: Usaha ibu bapa memastikan anak-anak tidak melupakan jasa
Memberikan kasih sayang
Sentiasa memikul mereka
Menghabiskan masa bersama dengan anak-anak (mendampingi mereka)
Memberikan didikan & ajaran agama
Rangkap 1 : Aku selalu didatangi
malam sepi
bagai kalung
yang melingkari leherku
tidak berubah kesokan hari
siapa yang akan datang menjengukku
keluhan seorang tua sunyi
Soalan: Berdasarkan rangkap di atas, apakah keluhan penyajak?
penyajak berasa takut akan malam dan siang kerana dirinya sudah tua.
penyajak berasa hidupnya terlalu sepi dan kesunyian kerana tiada sesiapa yang sudi menziarahinya yang sudah tua.
Berdasarkan rangkap ke-3 sajak, apakah harapan penyajak? Pilih dua harapan penyajak
semoga anak-anaknya datang menziarahinya
semoga anak-anaknya diberikan keinsafan oleh Ilahi
agar keinsafan itu dapat membuahkan kasih sayang yang dapat merawat luka di hatinya.
Klik pengajaran yang terdapat dalam sajak ini. (Jawapan lebih daripada satu)
Kita hendaklah menghargai jasa dan pengorbanan ibu bapa yang telah melahirkan dan membesarkan kita hingga dewasa.
Kita hendaklah selalu menziarahi ibu bapa yang telah tua di kampung agar mereka tidak sunyi dan rasa dihargai.
Kita hendaklah menjaga kebajikan mereka agar hidup mereka tidak terabai.
Mengapakah anak-anak kerap mengabaikan ibu bapa yang telah tua? Pilih dua jawapan
Anak-anak terlalu sibuk dengan kerjaya
Mereka tidak mempunyai sikap tanggungjawab untuk menjaga ibu bapa yang telah tua
Mereka hidup senang
Nilai murni yang berikut terdapat dalam sajak ini kecuali?
Kasih sayang
Ketabahan
Bertanggungjawab
Kerajinan
Adakah wajar ibu dan bapa ditinggalkan kesunyian, apakah tindakan anda:
Wajar, ibu bapa terpaksa ditinggalkan kerana anak-anak sibuk dengan pekerjaan mereka
Tidak wajar, ibu bapa perlu diberikan kasih sayang dan dijaga dengan baik sebagai membalas jasa mereka yang pernah membesarkan kita
Wajar, ibu bapa perlu berdikari setelah tua
Tidak wajar, ibu bapalah yang akan menyerahkan harta kepada anak-anak. Oleh itu, ibu bapa harus dijaga dengan baik
Berikut merupakan pengajaran yang tepat bagi Sajak Erti Hidup Beerti kecuali:
Kita haruslah sayang akan ahli keluarga terutamanya ibu dan bapa dan sentiasa menjaga mereka sehingga hari tua.
Kita hendaklah taat kepada ibu dan bapa dan tidak melupakan mereka.
Kita haruslah menjadi anak yang bertanggungjawab untuk menjaga kebajikan ibu bapa serta membahagiakan mereka.
Kita mestilah mempunyai sifat rajin dan tekun belajar supaya dapat menjadi insan yang berjaya.
Jika anda terlihat orang tua yang daif di tepi jalan, tindakan berikut mungkin akan anda lakukan, kecuali?
Membiarkan sahaja ia disitu
Bertanya ke mana arah tujuannya
Menghubungi warisnya
Membantu menumpangkan tempat untuk berteduh
