wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Pendidikan Islam KSSM Tingkatan 5

Total questions: 15

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.

Ahli Sunnah Wal Jamaah ialah :

a)

Kumpulan mejoriti umat islam yang hidup sekitar 300 tahun daripada zaman Rasulullah s.a.w

b)

Kumpulan yang berpegang kuat dengan sunnah rasulullah mengikut tafsiran ulama semasa

c)

Kumpulan majoriti umat islam yang memahami dan berpegang pada AlQuran dan AsSunnah menerusi para sahabat dan tabi’in serta tabi’ tabi’in dalam prinsip akidah, syariah dan akhlak

2.

Berikut adalah merupakan nama lain bagi Ahli Sunnah Wal Jamaah KECUALI

a)

Assalafussoleh dan Assawadul a'zham

b)

Ahlul Hadisahh dan Ahlu Zimmah

c)

Al-Asyairah dan Al-Maturidiyah

3.

Berikut adalah merupakan prinsip bagi Ahli Sunnah Wal Jamaah KECUALI

a)

Beriktikad bahawa orang yang melakukan dosa besar dikira kafir

b)

Segala perbuatan manusia dicipta oleh Allah, namun manusia diberi pilihan untuk melakukannya atau tidak.

c)

Meyakini kewujudan perkara-perkara ghaib seperti yang diwahyukan dalam AlQuran dan AsSunnah

4.

Berikut juga adalah merupakan prinsip bagi Ahli Sunnah Wal Jamaah KECUALI

a)

Rasulullah di beri keizinan untuk memberikan syafaat kepada orang kafir yang baik semasa hidup di dunia supaya dapat masuk syurga

b)

Perutusan para nabi dan rasul adalah harus bagi Allah dan rahmat Allah kepada manusia

c)

Meyakini bahawa syurga dan neraka telah wujud sebelum dijadikan makhluk dan kekal selama-lamanya

5.

Kumpulan yang menuntut supaya Saidina Ali -radiallahuanhu- dilantik sebagai khalifah selepas Rasulullah saw dan berkeyakinan bahawa hanya Ahlulbait sahaja yang lebih layak memegang jawatan khalifah dinamakan dengan:

a)

Khawarij

b)

Syiah

c)

Muktazilah

6.

Kumpulan pengikut Saidina Ali-radiaallahuanhu- yang berpaling tadah kerana tidak berpuas hati dengan keputusan majlis tahkim dinamakan dengan :

a)

Muktazilah

b)

Syiah

c)

Khawarij

7.

Kumpulan yang diasaskan oleh Wasil bin Atho’ setelah berlaku perbezaan pendapat antara beliau dengan guru beliau Hasan Al-Basri tentang kedudukan pelaku dosa besar dinamakan dengan :

a)

Qamariah

b)

Muktazilah

c)

Jabariyah

8.

Meyakini bawaha Al-Imamah merupakan rukun agama dan telah ditentukan oleh Allah swt melalui lisan rasulnya secara nas adalah merupakan prinsip kumpulan:

a)

Salafussoleh

b)

AlMaturudiyah

c)

Syiah

9.

Beriktikad bahawa orang yang melakukan maksiat dikira dosa besar dan kafir adalah merupakan prinsip kumpulan :

a)

Khawarij

b)

Muktazilah

c)

Ahli Sunnah Wal Jamaah

10.

Al-Adlu : Meyakini manusia bertanggungjawab sepenuhnya atas perbuatan mereka sama ada baik atau buruk tanpa ditentukan oleh Allah swt adalah merupakan prinsip kumpulan:

a)

Jabariyyah

b)

Ahli Sunnah Wal Jamaah

c)

Muktazilah

11.

Kumpulan ....................meyakini bahawa Allah swt wajib memberikan balasan baik kepada orang yang taat dan ancaman kepada orang yang melakukan maksiat.

a)

Ahlu Sunnah Wal Jamaah

b)

Muktazilah

c)

Syiah

12.

Kumpulan Muktazilah meyakini bahawa pelaku dosa besar berada pada satu kedudukan antara mukmin dan kafir. Prinsip ini dinamakan dengan:

a)

Al-Wa’du Wal Wa’id

b)

Al-Adlu

c)

Al-Manzilah Bainal Manzilatain

13.

Pada pandangan Ahli Sunnah Wal Jamaah, Al-Quran adalah:

a)

bersifat hadis (baru)

b)

kalamullah bersifat qadim (sedia ada)

c)

makhluk bersifat hadis (baru)

14.

Pada pandangan Ahli Sunnah Wal Jamaah adakah orang beriman boleh melihat Allah di akhirat?

a)

Semua orang beriman dapat melihat Allah swt di akhirat

b)

Tidak, mustahil makhluk dapat melihat Allah swt

c)

Orang beriman dan orang kafir tidak dapat melihat Allah swt

15.

Prinsip Ahli Sunnah Wal Jamaah dalam qada' dan qadar ialah:

a)

Setiap perkara baik dan buruk datang daripada Allah swt

b)

Setiap perkara baik dan buruk datang daripada manusia

c)

Hanya perkara baik datang dari Allah swt sementara perkara buruk datang dari manusia